Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Michelin Tweel – Inovasi Tayar Mati Tanpa Perlu Isi Angin
Autotainment

Michelin Tweel – Inovasi Tayar Mati Tanpa Perlu Isi Angin

Han OthmanBy Han Othman11/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA tentu biasa dengar tentang istilah ‘tayar mati’ yang merujuk kepada tayar basikal kanak-kanak yang tidak perlu diisi angin kerana tayar jenis ini sememangnya tidak akan pancit. Itulah tayar tanpa angin yang diperbuat daripada material getah atau sintetik padu, dan bukan dalam bentuk tiub atau berongga seperti mana tayar biasa.

Namun, tayar mati tetap tidak reliabel untuk digunakan pada kenderaan berenjin seperti kereta. Jadi, tidak hairanlah tayar isian udara kekal relevan dalam teknologi automotif sejak lebih 100 tahun lalu. Apakah tiada teknologi lain yang mampu menandingi superioriti tayar isian angin (pneumatik)?

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?

Faktanya, pengeluar memang sudah lama mencari alternatif kepada tayar isian angin. Pada 1970-an, pereka Ferenc Pavlics yang dibantu pengeluar automotif GM menghasilkan tayar 9×32 inci untuk kenderaan bulan NASA, Lunar Roving Vehicle, terdiri daripada jejaring keluli toroid (koil bentuk-donat) yang dilekapkan bersama roda aluminium. Bunga titanium bentuk-V memberikan traksi atas permukaan bulan yang berdebu. Isunya angkasawan di bulan tidak berapa mengambil berat hal kualiti pengendalian dan keselesaan memandu berbanding pemandu kereta di Bumi. 😀

TWEEL JADI PERINTIS

Kemudian, Michelin membangkitkan semula idea itu pada 2005 menerusi kombinasi tayar dan roda yang dipanggil mereka sebagai ‘Tweel’. Selepas menghabiskan masa beberapa tahun membangunkan tayar run-flat (jalan-terus) PAX, pasukan jurutera Michelin mendapati penghasilan tayar tanpa angin adalah boleh dan munasabah dihasilkan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?

Tweel terdiri daripada jalur getah tipis yang diperkuat dengan tali sawat plastik-komposit dan disokong dengan jejari poliuretana (polyurethane) bentuk-V yang lasak. Bunga tayar baharu itu tahan lama sebanyak dua hingga tiga kali ganda berbanding tayat pneumatik konvensional. Kombinasi Tweel antara vertikal lembut dengan sisi tegar adalah jawapan kepada pengendalian terbaik.

Selain menguji sendiri Tweel pada kereta sebenar, Audi A4 dan dua kenderaan Segway (dua roda), Michelin turut menyatakan ciptaan itu akan digunakan pada kenderaan militari dan jentera berat. Malah, majalah Time mengiktiraf rekaan Michelin itu sebagai rekaan paling menakjubkan 2005.

BERGETAR DAN BISING

Bagaimanapun, daripada ujian dilakukan pada Audi A4, Tweel berbunyi bising dan bergetar apabila kereta dalam kelajuan tinggi. Michelin mendakwa ia berpunca daripada jejari roda. Walaupun teknologi tayar tanpa angin masih jauh daripada sempurna untuk diadaptasikan pada kenderaan massa, usaha ke arah itu dijangka mendatangkan hasil positif dalam masa sedekad akan datang.

npt-bridgestone-airless-tire

Malah, bukan Michelin saja, Bridgestone juga memperkenalkan konsep tayar serupa dipanggil NPT, iaitu tayar tanpa isian angin dengan menawarkan prestasi pembrekan terbaik dan komponen tayar yang lebih tahan lama. Mungkinkah penghasilan tayar tanpa isian angin ini akan menjejaskan pengeluar-pengeluar tayar dunia? Atau masing-masing akan berlumba menghasilkan tayar tanpa isian angin terbaik untuk pengguna jalan raya? Sama-samalah kita menunggu detik itu tiba.

autotainment Bridgestone Bridgestone NPT Michelin Michelin Tweel tayar mati tayar pneumatik tayar tanpa angin teknologi automobil teknologi tayar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.