Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jangan Terkejut, Jualan MG Cyberster di Malaysia Paling Laris di Asia dan Oseania!
Auto Terkini

Jangan Terkejut, Jualan MG Cyberster di Malaysia Paling Laris di Asia dan Oseania!

SyafieBy Syafie06/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jualan MG Cyberster paling laris di Asia, dan Oseania

MG Motor Malaysia mencipta sejarah apabila mengumumkan Malaysia sebagai pasaran No. 1 paling laris untuk model elektrik MG Cyberster di seluruh Asia dan Oceania hanya dalam tempoh beberapa bulan selepas pelancaran rasmi pada Disember 2024.

Roadster elektrik bumbung lembut (soft-top) pertama dunia dengan pintu gunting (scissor doors) itu bukan saja mencuri tumpuan ramai, tetapi menjadi simbol gaya baharu dalam dunia mobiliti elektrik.

Lebih 90 Tempahan, Malaysia Paling Laris Rantau Ini

Sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan, MG Cyberster terus menerima sambutan luar biasa:

  • Lebih 90 tempahan direkodkan sejak Disember 2024
  • Malaysia kini pasaran MG Cyberster paling berjaya di Asia dan Oseania
  • Disambut hangat dalam sesi pandu uji dan pameran awam seluruh negara.

Dihargai Dunia, Diiktiraf Antarabangsa

MG Cyberster juga meraih pelbagai pengiktirafan rekabentuk antarabangsa seperti:

Jelajah pandu uji MG Cyberster di Malaysia 2025

  • Red Dot Design Award
  • iF Design Award
  • Good Design Award

Rekabentuk futuristik, dan prestasi elektrik mengasyikkan serta pendekatan gaya berani menjadikannya model itu ikon kenderaan elektrik (EV) sports moden.

Harga Mula RM299,900, Roadster EV Kini Lebih Mampu Milik

Dengan pengecualian duti eksais dan import Kerajaan, inilah masa terbaik untuk anda memiliki MG Cyberster yang didatangkan dalam dua varian:

  • RWD (Pacuan Roda Belakang): RM299,900
  • AWD (Pacuan Semua Roda): RM319,900

Setiap pembelian dipakejkan dengan:

  • Pengecas dinding AC Wallbox 7kW percuma
  • Pengecasan tanpa had 1 tahun (JomCharge + AutoCharge)
  • Model diecast MG Cyberster edisi terhad
  • Hadiah eksklusif lain

Jelajah Pandu Uji MG Cyberster Seluruh Negara

Jelajah pandu uji MG Cyberster di Malaysia 2025

MG Motor Malaysia juga akan menganjurkan siri acara pandu uji khas di lokasi terpilih:

  • MG Motor Seri Kembangan/Muar: 9-10 Ogos
  • MG Motor Klang: 16-17 Ogos
  • MG Motor Ipoh: 23-24 Ogos
  • MG Motor Tebrau: 30-31 Ogos
  • MG Motor Plentong: 6-7 Ogos
  • MG Motor Juru: 13-14 Ogos
  • MG Motor Ipoh: 20-21 September
  • MG Motor Damansara: 27-28 September
  • MG Motor Skudai: 4-5 Oktober

Malaysia Bukti Minat Terhadap EV Sport Premium Semakin Kukuh

Pencapaian MG Cyberster di Malaysia bukan sekadar angka jualan, tetapi menandakan gelombang baharu penerimaan rakyat terhadap EV prestasi tinggi.

Dengan rekabentuk unik, teknologi canggih dan harga kompetitif, MG Cyberster berjaya menawan hati rakyat Malaysia, terutama golongan yang mencari gaya hidup moden dan lestari.

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) MG Cyberster MG Motor Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.