Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-Benz Perkenal 3 GLA Baharu – GLA 200 Urban, GLA 250 4MATIC AMG dan AMG GLA 45 4MATIC
Roda4

Mercedes-Benz Perkenal 3 GLA Baharu – GLA 200 Urban, GLA 250 4MATIC AMG dan AMG GLA 45 4MATIC

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia baru-baru ini memperkenalkan siri GLA berwajah baharu dengan tiga varian iaitu GLA 200 Urban Line, GLA 250 4MATIC AMG Line dan varian paling berkuasa, AMG GLA 45 4MATIC berkuasa 381hp dan tork 475Nm.

Generasi baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu dilengkapi pelbagai ciri baharu dari segi luaran dan dalaman, termasuk spesifikasi yang dikemas kini. Rekabentuk ekspresif adalah antara sebab kenapa GLA begitu digemari pembeli selain prestasi teknikal yang mengujakan. Naib Presiden, Jualan & Pemasaran Kereta Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Mark Reine berkata;

Generasi baharu GLA dengan karakter unik dan penampilan progresif ini dibina sebagai ikon stail. Bersama jiwa sporty dan karakter dinamik yang digabungkan bersama ciri bergaya itu, GLA sesuai buat mereka yang memiliki gaya hidup aktif.”

Ciri Utama GLA Baharu:

Luaran
  • Bampar dan warna baharu – canyon beige (cokelat keemasan)
  • Suspensi off-road baharu – GLA 200 Urban Line dan GLA 250 4MATIC AMG Line
  • GLA200 dilengkapi spesifikasi Urban Line dengan rim aloi 19-inci warna hitam mayang (matt black) dan kemasan lapisan kilat.
  • AMG Line dan GLA 250 4MATIC tampil dengan karakter sporty seperti kit AMG, roda aloi 19-inci AMG, ekzos berkembar, brek cakera lelohong (ventilated-disc) dan kaliper dengan teks – Mercedes-Benz
  • AMG GLA 45 4MATIC mendapat aksesori kosmetik baru seperti lid depan, gril, spliter depan, difuser belakang dan spoiler lip pada bumbung. Juga didatangkan dengan rim-aloi AMG 20-inci
Dalaman
  • Kerusi kulit dan kemasan baharu dengan panel kawalan krom dan jarum merah pada meter – GLA.
  • Papan pemuka menggunakan material kulit ARTICO, nombor panel instrumen direka baharu dan jarum meter hitam – AMG GLA 45 4MATIC.
Sistem Keselamatan
  • GLA dilengkapi Bantuan Brek Aktif (Active Brake Assist) sebagai ciri standard yang berfungsi mengeluarkan amaran jika kereta dipandu terlalu hampir dengan kenderaan depan. Jika tiada respon atau pemandu terlalu lambat bertindak, kereta akan membrek automatik bagi mengelakkan perlanggaran.
  • GLA turut dipasangkan Bantuan Perhatian (Attention Assists) sebagai ciri standard yang mampu mengesan situasi pemandu mengantuk menerusi tindak balas stereng dan beri amaran jika mereka dikesan seakan terlelap.
Teknikal dan Prestasi
  • GLA 200 – Enjin 1.6L turbo; Kuasa 156hp @ 5,300rpm; Tork 250Nm (1,250-4,000rpm).
  • GLA 250 4MATIC – Enjin 2.0L turbo; Kuasa 211hp @ 5,500rpm; Tork 350Nm (1,200-4,000rpm).
  • Tetapan suspensi boleh ditala dengan opsyen mod Dynamic Select – Comfortable, Sporty, Efficient atau Individual.
  • Pemandu juga boleh memilih mod transmisi – Comfort, Sport, Eco, Individual dan Off-road (bagi varian 4MATIC, GLA 250 4MATIC).
  • Transmisi 7G-DCT dengan nisbah gear lebih pendek daripada gear 5 hingga 7.

MERCEDES AMG GLA 45 4MATIC

Selain karakter di atas, varian Mercedes AMG GLA 45 4MATIC (gambar atas) dibangunkan khas buat mereka yang mahukan kuasa luar biasa. Model ini mampu mencapai kelajuan 0-100kmj sepantas 4.4 saat daripada enjin 2.0L Turbo berkuasa 191hp. Varian ini dilengkapi AMG Dynamic Select dan transmisi 7-kelajuan AMG Speedshift DCT.

Mercedes-Benz GLA 200 dipasarkan pada harga RM239,888, GLA 250 4MATIC (RM269,888) dan GLA 45 4MATIC (RM408,888). Harga adalah atas jalan dan tidak termasuk insurans.

GALERI

Mercedes GLA 200 Urban Line Mercedes GLA 250 4MATIC AMG Line Mercedes-AMG Mercedes-benz Mercedes-Benz GLA Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.