Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line, C 300 AMG Line di Malaysia! Harga Mula RM288k
Auto Terkini

Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line, C 300 AMG Line di Malaysia! Harga Mula RM288k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi melancarkan dua varian terbaharu Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line dan C 300 AMG Line ke pasaran tempatan.

Kedua-dua varian itu ialah model import (CBU) yang hadir dengan penambahbaikan bagi meningkatkan keseronokan pemanduan dan keselesaan. Model pemasangan tempatan (CKD) pula dijangka tiba separuh kedua tahun ini, selepas tamat insentif pengecualian cukai.

BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta

Berikut perincian Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line dan C 300 AMG Line:

HARGA

  • C 200 Avantgarde Line – RM288,334
  • C 300 AMG Line – RM330,681

* Harga jualan disyorkan untuk pendaftaran persendirian Semenanjung Malaysia, termasuk pengecualian cukai jualan, kecuali kos insurans.

 

WARNA

  • Ada lapan pilihan warna ditawarkan, termasuk satu warna bukan metalik, Polar White (bukan metalik), Obsidian Black (hitam), Selenite Grey (kelabu), Cavansite Blue (biru), Graphite Grey (kelabu gelap), High-Tech Silver (perak), Spectral Blue (biru lembut) dan Manufaktur Hyacinth Red (merah).

TRENKUASA

C300
C300
C200
C200
C 200 Avantgarde Line
  • Enjin petrol 4-silinder 1.5L (1,496cc) berkuasa 204hp @ 5,800 – 6,100rpm dan tork 300Nm @ 1,800 – 4,000rpm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.3 saat, dan kelajuan maksimum 246kmj.
C 300 AMG Line
  • Enjin petrol 4-silinder 2.0L  (1,999cc) berkuasa 258hp @ 5,800rpm dan tork 400Nm @ 2,000-3,200rpm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6saat, kelajuan maksimum 250kmj.
  • Kedua-dua varian menggunakan transmisi 9G-Tronic dan dibantu unit motor elektrik 15kW yang memberikan daya tork 200Nm. Kapasiti bateri 70Ah.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Kereta Pernah Tenggelam Banjir?

REKABENTUK LUARAN

  • Rekabentuk lebih dinamik dengan anjur (overhang) depan pendek, jarak roda dan overhang belakang panjang. Gaya model baharu juga tampak lebih mewah dan moden.
  • Kedua-dua model dilengkapi lampu utama LED prestasi tinggi jenis dengan sistem suspensi rendah tanpa menjejaskan aspek keselesaan.

BACA >>> #RetroAuto: 10 Tahun Lalu Proton Pernah Jual Model Paling Mahal Bernilai RM115k

C200
C300
  • Varian C200 menggunakan rim aloi 5 jejari 18 inci, manakala C300 hadir dengan rim AMG 19 inci.
  • C300 juga menerima beberapa tambahan ciri seperti bumbung suria panoramik boleh buka, gril paten Mercedes-Benz dan pakej parkir dengan kamera pasang keliling 360º.
  • Ciri bantuan keselamatan standard untuk kedua-dua varian terdiri daripada: Bantuan Jejak Lorong (LTA), Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA), Bantuan Titik Buta (BSA), Bantuan Brek Aktif (ABA), kunci pintar dengan penghidup tanpa kunci (keyless) dan perlindungan kenderaan Urban Guard.

BACA >>> Mercedes-Benz Pamer Model Konsep SUV Elektrik EQG

KABIN 

  • Ruang kabin diserikan dengan unit infotainmen MBUX (Mercedes-Benz User Experience) dengan skrin sentuh 11.9 inci sebagai ciri standard dengan fungsi navigasi premium MBUX.
  • Juga disediakan kluster instrumen LCD resolusi tinggi 12.3 inci jenis apung di depan stereng.
  • Ventilator penyaman udara direka bulat seperti ekzos pesawat udara.
  • Ciri kabin disediakan ialah pengecas telefon pintar wayarles dan pengimbas cap jari.
  • Kemasan upholsteri menggunakan material kulit Artico dalam dua pilihan warna, hitam dan coklat-hitam.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Teknologi Keselamatan Kenderaan Paling Top Masa Kini

KESELAMATAN

Berikut ciri keselamatan ditawarkan kedua-dua varian:

  • Pakej Jejak Lorong (LTP)
  • Bantuan Titik Buta Aktif (ABSA)
  • Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA)
  • Bantuan Brek Aktif (ABA)
  • Kawalan Jelajah (Cruise Control)
  • Perlindungan Kenderaan Urban Guard
  • Pakej parkir dengan kamera 360º (C300)
  • Pakej parkir dengan kamera undur (C200)
  • Kamera 360º (C300)
  • Kamera undur (C200)
  • Bantuan Parkir Aktif (ABA) dengan Parktronic
  • Sistem Panggilan Kecemasan Mercedes-Benz
  • Perlindungan Pejalan Kaki
  • Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS)
  • Sistem Penggera Anti-Kecurian
  • Indikator Penggunaan Tali Keledar Belakang
  • Pengelap Cermin dengan Sensor Hujan

BACA >>> #TahukahAnda: 7 Kelebihan Antena Sirip Yu yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?
BACA >>> DIY Pemegang Telefon Bimbit Buat Mereka yang Jimat Cermat (Kedekut)

C200

C300

C200 C300 Mercedes-benz Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line Mercedes-Benz C 300 AMG Line Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

    08/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.