Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»McLaren Senna GTR yang Bagaikan Sirih Pulang ke Gagang, dan Sudah Pun Habis Dijual
Auto Terkini

McLaren Senna GTR yang Bagaikan Sirih Pulang ke Gagang, dan Sudah Pun Habis Dijual

Abang HirataBy Abang Hirata11/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GENAP 12 bulan selepas kali pertama ditayangkan sebagai model konsep di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2018, McLaren Senna GTR kini didedahkan dalam bentuk kereta lumba sepenuhnya. Sekarang, barulah padan dengan namanya, ibarat Aryton Senna dengan litar lumba.

Senna GTR ialah siri terbaru McLaren Ultimate Series dan menjadi model paling pantas atas trek selepas kereta lumba Formula 1 McLaren.

BACA >>> #TahukahAnda: McLaren Pilih Nama Senna Sempena Peringati Jaguh F1, Ayrton Senna

Senna GTR ialah jelmaan McLaren Senna yang hadir dengan pakej berkuasa tinggi dan lebih ringan dengan aerodinamik daya bawah (downforce) 1,000kg berserta suspensi diambil daripada kereta lumba McLaren GT3. Seperti dimaklumkan, model ini ialah famili baharu McLaren Ultimate Series yang sebelum ini diwakili model juara Le Mans, F1 GTR (1995) dan jentera moden P1 GTR (2015).

Setiap satu Senna GTR boleh dibina mengikut cita rasa peribadi pemiliknya, dibawah divisyen McLaren Special Operation (MSO). Hanya 75 unit akan dibina di kilang McLaren di Woking, Britain dengan proses penghantaran pertama bermula September nanti.

Berikut Ciri McLaren Senna GTR:

  • Dibekalkan enjin M840TR versi paling ekstrem 4.0L V8 turbo kembar.
  • Menjana kuasa 823hp dan tork 800Nm, manakala pengecas turbo dikawal secara elektronik.
  • Kuasa tambahan 23hp berbanding McLaren Senna diperoleh daripada kalibrasi semula kawalan enjin dan ekzos tanpa pemangkin (katalis) kedua bagi mengurangkan efek tekanan balik @ back pressure.
  • Ekzos tanpa pemangkin kedua itu memberikan deruman menarik.
  • Muncung ekzos ditala keluar di bawah spoiler belakang supaya jarak dari enjin lebih dekat untuk mengeluarkan gas dan mengurangkan berat selain rekaan lebih ringkas.
  • Kuasa 823hp dengan berat kering 1,188kg menjadikan nisbah berat kepada kuasa paling cemerlang antara model McLaren lain untuk kegunaan trek atau jalan raya biasa.
  • Ada tiga mod pemanduan: Wet, Track dan Race.
  • Mod Wet memberikan lebih sokongan daripada sistem elektronik Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan Sistem Brek-Anti-Kunci (ABS) dan ditala untuk digunakan bersama tayar basah.
  • Transmisi  SSG (Seamless Shift Gearbox) 7-kelajuan sama seperti McLaren Senna dengan ciri Kawalan Luncur @ Launch Control.

Selain ciri hebat dinyatakan, Senna GTR dikeluarkan dalam versi pemanduan sebelah kiri sahaja (LHD). Keputusan itu dibuat memandangkan pemanduan sebelah kanan atau kiri bukan masalah untuk segmen kereta lumba dan majoriti pembeli pula ialah kalangan pemandu LHD.

Senna GTR ditawarkan pada harga £1.1 juta (RM5.8 juta), termasuk cukai. Apapun maaf, semua unit sudah ada pembeli dan habis dijual dalam masa beberapa minggu selepas tempahan dibuka. Hmm…

BACA >>> Inilah McLaren Senna yang Paling Mampu Milik, Cuma RM79.90 Sahaja!

GALERI
Ayrton Senna McLaren McLaren Senna McLaren Senna GTR Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

    01/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Roda4

    Suzuki e VITARA Rasmi Di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Bermula RM188,000

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.