Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda VISION COUPE – Bangkitkan Semangat Masa Lalu untuk Masa Hadapan
Roda4

Mazda VISION COUPE – Bangkitkan Semangat Masa Lalu untuk Masa Hadapan

Han OthmanBy Han Othman25/10/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA memperkenalkan model konsep VISION COUPE dengan mengajak umum mengimbau semula legasi rekabentuk masa lalu yang diserlahkan menerusi Mazda R360 (1960) dan coupe rotari, Mazda Luce (1969). Walaupun model tersebut tampil di luar kebiasaan pesaing lain pada masa itu, tetapi rekabentuk itulah yang menjadi asas kepada konsep ‘Mazda Elegance’ hari ini.

Mazda VISION COUPE ialah model visi rekabentuk generasi akan datang yang memaparkan maksud ‘elegan baharu’ dibangunkan pengeluar dari Jepun itu berasaskah sejarah rekaan masa lalu. Nama ‘Coupe’ itu sendiri memberi bayangan tentang asal usul ‘Mazda Elegance’.

BACA >>> Kereta Sport Mazda dengan Enjin Rotari Bakal Kembali?

Menerusi model ini, Mazda menghasilkan kecantikan sebenar sebuah kereta dengan bentuk bonet melonjong ke hadapan dan garis tunggal lembut melatari seluruh badan, dibina berasaskan apa yang pernah ada pada coupe klasik. Kesan siluet jelas memberikan semangat dan roh bagi mesin berprestasi tinggi.

Rupa badan diperagakan dalam bentuk solid dengan mengetepikan segala elemen rekaan yang tidak diperlukan. Segalanya diterjemahnkan menerusi bentuk dimensi ringkas yang penuh estetika seperti kerap disebut ramai pereka hebat, ‘less is more‘!

DALAMAN MINIMALIS KONSEP ‘MA’

Elemen minimalis turut diserlahkan pada ruang dalam VISION COUPE dengan memberikan perasaan serba redup dan menenangkan mata. Menggunakan konsep ‘ma‘ (bermaksud ‘ruang‘), coupe konsep ini cuba mengetengahkan  arkitektur tradisional Jepun menerusi penghasilan ruang dalaman yang dapat mengekalkan ‘rasa’ tentang hubungan dengan dunia luar.

Bentuk struktur seperti konsol tengah, trim pintu, dan panel instrumen ditemukan sesama sendiri tanpa perlu saling bersentuhan, sekali gus mewujudkan sensasi ‘ma’ dalam kereta. Malah, rekabentuk ringkas itu memberikan pemandu dan penumpang lebih perasaan selamat dan tenteram, tanpa mengabaikan ciri dan perincian kemewahan.

Tiada lagi skrin besar terpampang di tengah papan pemuka kerana Mazda kali ini membangunkan skrin khas yang cuma dipaparkan apabila diperlukan mengikut kehendak pemandu.

JINBA-ITTAI – MESIN DAN MANUSIA BERSATU

Mazda turut cuba menjalinkan ikatan antara mesin dan manusia, seperti mana manusia suatu masa lalu begitu akrab dengan kuda tunggangannya menerusi konsep dinamakan Jinba-ittai. Konsep ini juga menjadi antara nadi utama rekabentuk model-model baharu Mazda.

Menerusi VISION COUPE, model konsep ini menampilkan metod operasi baharu dengan meminimumkan jurang antara pemandu dan kereta secara intuitif. Kokpit direka simetri dengan pusat stereng di tengah dan segala lain di kiri dan kanan. Ini membuatkan pemandu merasai pengalaman memandu dalam posisi paksi pusat sepanjang masa. Pemandu juga dapat mencapai akses segera dengan sentuhan pantas pada konsol pusat, sama seperti si penunggang merentap tali kekang kudanya. Kini, manusia dan mesin, bagi Mazda, bukan lagi entiti yang terpisah.

GALERI

kereta konsep ma mazda Mazda Elegance Mazda Vision Coupe Pameran Motor Tokyo 2017 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.