Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda Perkenal BT-50 (2020) Serba Baharu, Direka Semula Guna Platform Isuzu
Roda4

Mazda Perkenal BT-50 (2020) Serba Baharu, Direka Semula Guna Platform Isuzu

Abang HirataBy Abang Hirata18/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA Motor Corporation (Mazda) baru saja memperkenalkan trak pikap BT-50 baharu di Australia, semalam (17 Jun).

Walaupun barisan produk Mazda daripada CX-30 hingga Mazda6 tampil bergaya, pengeluar yang berpangkalan di Hiroshima, Jepun itu masih kekal konsisten menawarkan trak pikap lasak BT-50.

Mazda-Go (1931)

Tahukah anda, trak pikap atau kenderaan komersial adalah produk bersejarah buat Mazda menerusi pengenalan Mazda-Go pada 1931, berupa motosikal roda tiga dengan ruang kargo di belakang. Sejak itu, Mazda berterusan mengeluarkan kenderaan komersial sama ada dalam bentuk trak pikap atau van kargo.

Sebelum tampil dengan model hebat seperti RX-3, RX-7 dan MX-5, trak pikap adalah pembuka jalan kepada sejarah pembuatan kenderaan Mazda. Jadi, Mazda memang ada alasan kuat kenapa masih mengeluarkan trak pikap walaupun terkenal sebagai pengeluar kereta penumpang penuh gaya.

BACA >>> Gadis 15 Tahun Main Kejar-Kejar dengan Polis, Pecut Trak Pikap Hingga 160kmj

Mazda BT-50 (2006)
Ford Ranger (2006)
Ford Courier (1972)
Mazda B1500 (1961)

Bermula 2006, trak pikap Mazda, diwakili BT-50, yang turut dijenamakan sebagai Ford Ranger, dan sejarah kedua-dua model itu bermula dengan Ford Courier (1972) yang dijenamakan daripada Mazda B Series.

Trak pikap B Series bermula dengan B1500 yang diperkenalkan di Jepun pada Ogos 1961. Selepas menggunakan pelbagai nama mengikut pasaran seperti Proceed, Bravo dan Fighter, Mazda memutuskan meringkaskan nama model itu kepada BT-50. Ini kerana nama tersebut lebih bersifat universal dan sinonim dengan trak pikap B Serie berdekad lalu.

Dengan sejarah trak (sama ada kereta pikap atau trak pikap) yang begitu kuat, ia sangat bertepatan apabila Mazda sanggup melaburkan banyak sumber dan usaha untuk mengeluarkan BT-50 walaupun dijenamakan daripada Isuzu D-Max baharu. Sangat jelas, Mazda cuba tampil dengan idea sendiri yang dikenali ramai.

Jika tidak diberitahu mengenai kaitan BT-50 dengan Isuzu D-Max, rekabentuk trak pikap Mazda ini memang nampak seperti produk ] sendiri dengan konsep rekabentuk Kodo-Soul of Motion. Malah, BT-50 sebelum ini pun sudah bergaya dengan rekabentuk tersendiri walaupun berkongsi dengan Ford Ranger.

BACA >>> Mazda3 Menang Anugerah Rekabentuk Kereta Terbaik Dunia (WCDY) 2020

Perubahan yang dibuat menyeluruh membabitkan luaran dan dalaman. Bahagian depan sinonim dan elegan seperti SUV Mazda lain dengan lampu kabus mengimbangi lampu utama tirus dan bampar supaya tidak nampak kosong.

Bahagian tepi atau pintu juga berbeza daripada D-Max, tampil elegan tanpa gerbang roda. Belakang BT-50 juga berbeza dengan identiti tersendiri pada lampu dan pintu but tanpa sebarang pengaruh D-Max.

Luaran BT-50 seakan designer’s truck dengan perkadaran bentuk badan yang sedap mata memandang. Mazda turut mengambil berat ruang kabin apabila menggunakan papan pemuka dan beberapa komponen sendiri. Mazda juga tidak menerapkan gaya ringkas seperti Mazda3 atau CX-3.

Papan pemuka direka ringkas dan maskulin serta praktikal supaya sesuai dengan imej trak pikap. Menariknya, tiada skrin apung yang terpampang keluar dari papan pemuka dan konsep begini lebih menyenangkan kerana tidak menghalang pandangan pemandu.

Trenkuasa yang menggerakkan BT-50 spesifikasi Australia ini ialah enjin 3.0L Diesel Turbo berkuasa 188hp dan tork 450Nm, juga daripada Isuzu serta dipadan dengan transmisi automatik.

Tiada maklumat mengenai enjin 1.9L Ddi Blue Power seperti digunakan D-Max baharu untuk pasaran Thailand. Jika dibawa masuk ke pasaran Malaysia, rasanya enjin sesaran kecil itu, yang memiliki kuasa 148hp dan tork 350Nm, adalah lebih relevan kerana menawarkan kadar cukai jalan lebih mesra pengguna.

BT-50 secara tradisi akan dibawa masuk ke pasaran tempata, cuma masih terlalu awal untuk buat sebarang pengesahan. Apapun, ramai pasti teruja mahu melihat kelibat BT-5o baharu ini yang tampil dengan gaya elegan Mazda dan karakter lasak dan reliabel dimiliki D-Max.

BACA >>> Mazda CX-30, MX-30 Raih Anugerah Red Dot: Product Design 2020

GALERI
mazda Mazda BT-50 MAZDA Motor Corporation (Mazda) Mazda-Go Roda4 Trak pikap Trak Pikap Mazda
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.