Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda CX-30 (2020) Lancar di Malaysia, 10 Perkara Perlu Anda Tahu
Roda4

Mazda CX-30 (2020) Lancar di Malaysia, 10 Perkara Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman15/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA CX-30 serba baharu rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia sebagai crossover kompak baharu yang akan mengisi slot segmen antara CX-3 dan CX-5 dengan menampilkan falsafah rekabentuk Kodo yang diperhalusi.

Bersama pakej yang lebih relaks dan mesra pengguna dengan ruang kabin selesa untuk empat dewasa, CX-30 mampu memberikan pengalaman pemanduan menyeronokkan. Crossover ini juga direka untuk mudah dipandu dengan profil badan tinggi untuk sudut pandang jelas, dan saiz badan tidak terlalu besar yang memudahkan ia dikawal dalam pelbagai kondisi jalan dan mudah diparkir.

Apa yang menarik tentang CX-30 yang perlu anda tahu?

1. Didatangkan dalam tiga pilihan varian dan harga seperti berikut:

  • SkyActiv-G 2.0L (petrol) – RM143,059.00
  • SkyActiv-G 2.0L High (petrol) – RM164,059.00
  • SkyActiv-D 1.8L High (diesel) – RM172,943.60

* Harga tidak termasuk insurans.

2. Ada dua varian enjin ditawarkan dengan kuasa dan tork berbeza:

  • SkyActiv-G 2.0L – Enjin petrol 4-silinder 16-injap 1,998cc DOHC dengan VVT berkuasa 162hp @ 6,000rpm, dan tork maksimum 213Nm @ 4,000rpm. Kelajuan maksimum 196kmj.
  • SkyActiv-D 1.8L – Enjin diesel 4-silinder  16-injap 1,759cc DOHC dengan VVT berkuasa 114hp @ 4,000rpm, dan tork 270Nm @ 1,600-2,600rpm. Kelajuan maksimum 183kmj.

Kedua-dua trenkuasa menggunakan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv-DRIVE dengan mod anjakan manual, manakala kapasiti tangki 51 liter.

3. Model import penuh (CBU) ini menampilkan rekabentuk luaran yang bersih, dan slik tanpa garis badan, tetapi pelapik keliling gerbang roda direka besar, membuatkan roda nampak kecil.

4. Rupa dalaman tampil menarik dan elegan dengan rekabentuk mewah yang memberikan fokus utama kepada pemandu. Imej premium diserlahkan menerusi kemasan sulaman benang kontras untuk papan pemuka.

5. Sistem infotainment juga direka baharu dengan memuatkan paparan skrin lebar 8.8 inci dan tombol kawalan rotari. Antara ciri standard kabin yang disediakan ialah sistem MazdaConnect dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, dan paparan warna penuh dengan sambungan auksiliari dan Bluetooth. CX-30 juga didatangkan dengan lapan sistem pembesar suara sebagai standard.

6. Rim aloi varian petrol standard bersaiz 16 inci dengan tayar 215/65R16, manakala rim aloi petrol variah High dan diesel 17 inci dengan tayar 215/55R18. Hanya varian 2.0L saja diberikan teknologi LED dan kerusi kulit. Sistem suspensi menggunakan strut McPherson di depan dan Torsion Beam di belakang.

7. CX-30 juga dilengkapkan ciri keselamatan standard terbaik seperti: 7 beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Lancar Bukit (HLA), fungsi pegun automatik (auto-hold), dan ISOFIX. Tidak ketinggalan ciri kawalan vektor G-Vectoring Control untuk pengalaman pengendalian stereng lebih baik .

8. Selain itu, jika memilih varian 2.0L High dan 1.8L Diesel High, anda akan diberikan ekstra ciri keselamatan seperti: Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS), Kawalan Lampu Tinggi (HBC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dan Sokongan Brek Pintar hanya ditawarkan pada.

9. Ada lapan pilihan warna CX-30 ditawarkan iaitu:  Soul Red Crystal (merah), Machine Gray (kelabu), Titanium Flash, Jet Black (hitam), Deep Crystal Blue (biru), Sonic Silver (perak), Snowflake White Pearl (putih mutiara) dan Polymetal Gray Metallic (kelabu metalik).

10. CX-30 didatangkan dengan 5 tahun untuk waranti pengilang dan servis percuma, serta terhad kepada perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu).

GALERI
bermaz Motor Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mazda Mazda CX-30 Roda4 SUV SUV kompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.