Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Mary Anderson – Bilah Pengelap Rekaan Wanita Ini Jadi Ciri Standard Kereta Moden
Autotainment

Mary Anderson – Bilah Pengelap Rekaan Wanita Ini Jadi Ciri Standard Kereta Moden

Han OthmanBy Han Othman27/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA memandu dalam hujan lebat, jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada Mary Anderson kerana jasa beliaulah kereta kita hari ini mempunyai pengelap cermin depan (windshield wiper).

Anderson dilahirkan di Greene County, Alabama pada 1866 ketika Era Pemulihan (Reconstruction Era) selepas pasca era Perang Saudara. Pada 1889, Anderson berpindah dengan ibu dan adiknya ke bandar Birmingham, Alabama dan membina Fairmont Apartments di Highland Avenue. Menjelang 1893, Anderson berpindah pula ke barat di Fresno, California, di mana beliau bekerja sebagai pengembala lembu dan di ladang anggur.

Bila pula masanya beliau cipta pengelap cermin depan kereta?

Kisahnya begini…

LAP CERMIN GUNA TANGAN

pengelap-cermin
Dalam satu trip lawatan ke New York City pada musim sejuk 1902, Anderson yang ketika itu menaiki tram menyedari pemandu kereta memandu dengan membuka tingkap di kedua-dua belah pintu supaya tangan mereka dapat dikeluarkan untuk mengelap cermin depan yang ditimbuni ketulan salji dengan pengelap getah (seperti pengelap yang ada di pam minyak).

Apabila pulang ke Alabama, beliau membayar seorang pereka untuk menghasilkan peranti operasi-tangan untuk membersihkan cermin depan kereta. Kemudian rekaan itu dibawa kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjadikan ia berfungsi.

Hasilnya, beliau mendapat paten selama 17 tahun bagi rekaan pengelap cermin hadapan itu pada 1903. Rekaannya itu terdiri daripada tuil dalam kereta yang mengawal bilah pengelap getah di luar cermin depan. Rekaan itu masih sama seperti digunakan kereta moden hari ini.

BACA >>> #RetroAuto: Aloha Wanderwell – Wanita Pertama Pusing Dunia, Rentas 4 Benua

Tuil beroperasi menggerakkan lengan berspring ke belakang dan hadapan, sekali gus menyapu sebarang objek atau sisa atas cermin. Sebenarnya, terdapat beberapa versi pengelap cermin kereta yang dicipta lebih awal, tetapi Anderson orang pertama yang menyempurnakan semua ciptaan terdahulu dengan efektif.

pengelap-cermin-kereta-pandulajudotcomdotmy

Pada 1905, Anderson cuba menjual hak paten kepada sebuah sebuah firma Kanada, tetapi ditolak dengan alasan tiada nilai komersil. Namun, apabila hak paten beliau tamat pada 1920 (selepas 17 tahun) dan perniagaan pengeluaran automobil berkembang semakin pesat, barulah  penggunaan pengelap cermin kereta mula popular selepas dikomersialkan seorang lagi (John) Anderson sebagai aksesori yang mudah diganti dan dibeli di mana-mana kedai auto. Dia – John Anderson – ialah pengasas kepada bilah pengelap kereta jenama ANCO, dan tiada kena mengenai dengan Mary Anderson.

Pada 1922, Cadillac menjadi pengeluar kereta pertama yang menjadikan pengelap cermin kereta sebagai keperluan standard.

ANDERSON DALAM BUDAYA POPULAR

the-simpsons-girls-just-want-to-have-sums

Siapa sangka ciptaan Anderson turut mencetuskan budaya popular di negaranya, Amerika Syarikat. Nama beliau pernah disebut dalam siri kartun The Simpsons musim ke-17, episod 19: Girls Just Want to Have Sums ketika Marge Simpsons bertekak dengan suaminya Homer dan anak lelakinya, Bart mengenai kesamaan jantina.

Marge: Lihatlah, seorang wanita juga reka pengelap cermin kereta
Homer: Dan ia jadi hebat dengan ciptaan lelaki, kereta!

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?

Rekaan Anderson turut disebut dalam program kuiz di Britain; QI (Quite Interesting); Musim ke-10, Episod 16 – Just the Job. Anderson meninggal dunia pada usia 87 tahun.

autotainment Mary Anderson pencipta pengelap cermin kereta pengelap cermin hadapan Retro Auto sejarah automotif wanita dan automotif wiper kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.