Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Aloha Wanderwell – Wanita Pertama Pusing Dunia, Rentas 4 Benua
Autotainment

#RetroAuto: Aloha Wanderwell – Wanita Pertama Pusing Dunia, Rentas 4 Benua

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/09/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ALOHA Wanderwell. Pernahkan anda dengar nama gadis ini? Ataupun pernah menonton video dokumentari biografi tentang wanita pertama mengelilingi dunia merentasi 43 negara? Anak kelahiran Kanada dengan nama asal, Idris Galcia Hall itu memulakan detik pengembaraan selepas melihat poster ‘Brains, Beauty, & Breeches – World Tour Offer For Lucky Young Woman’ di akhbar Paris Herald (New York Herald versi Eropah).

Gadis tomboi dengan ketinggian 6 kaki itu sudah lama mahu melihat dunia luar selepas membaca cerita dongeng pengembaraan dalam buku kanak-kanak. Beliau menetap di Paris dalam program penempatan semula berikutan kematian bapa yang bertugas sebagai askar Britain maut dalam Perang Dunia Pertama.

WALTER WANDERWELL

Aloha menghantar pemohonan sebagai setiausaha dan pemandu untuk menyertai ekspedisi kembara diketuai kapten Walter Wanderwell yang sudah memulakan ekspedisi pada 1919 sebagai usaha mempromosikan keamanan dunia dan Liga Bangsa-Bangsa (LN). Walter dan isterinya, Nell menubuhkan pasukan sendiri untuk bersaing merekodkan perjalanan paling jauh dengan pembiayaan juga ditanggung sendiri.

BACA >>> Misteri Kehilangan Amelia Earhart, Juruterbang Wanita Pertama Cuba Keliling Dunia

Dana dikutip menerusi  jualan risalah cendera hati, acara pidato umum dan tayangan filem tentang pengembaraan yang direkodkan dan disunting sendiri. Pengembaraan dibuat dengan memandu Ford Model T dan pengeluar kereta itu pun hanya memberikan sedikit sumbangan.

Sayangnya, menjelang 1922 ketika Aloha memohon, Walter dan isteri berpisah. Pasukan Nell meneruskan penjelajahan ke Amerika Syarikat (AS), manakala Walter memerlukan krew baru yang fasih berbahasa Perancis untuk meneruskan pengembaraan Eropah.

Seakan ditakdirkan, Walter terpesona dengan karisma dan semangat lasak ditunjukkan Aloha, sekali gus menerimanya dengan diberikan nama julukan Aloha Wanderwel untuk ekspedisi tersebut.

BINTANG EKSPEDISI MERENTAS 4 BENUA

Dalam usaha menyesuaikan diri, tanpa diduga Aloha menjadi bintang ekspedisi. Beliau bukan sekadar menjadi penterjemah, tetapi turut memikul tugas sebagai aktres, jurugambar, sinematografer, penyunting filem, jurujual, pelukis persembahan pentas vaudeville, jurubahasa, perunding, dan mekanik. Ya, beliau melakukan pelbagai tugas sepanjang mengembara ke empat benua itu.

Dalam memoir, Aloha menceritakan kembali pengalaman merentasi medan perang di Perancis hingga tiba di Itali yang dikuasai Benito Mussolini dan parti politiknya, Fascisti yang kemudian situasi bertukar kepada rusuhan makanan sebaik saja tiba di Jerman.

BACA >>> Wanita Urus Bengkel: Bekas Mekanik Jadi Bos Pusat Servis – G-Car Auto Garage

Perjalanan mencemaskan di benua Eropah itu akhirnya kembali aman sebaik beliau tiba di Mesir yang mana mereka berpeluang berkhemah di bawah monumen ikonik negara itu, Great Sphinx dan tidak ketinggalan menyaksikan kaum Yahudi memulakan penempatan baru di Palestin.

Antara cabaran perlu dihadapi ialah merentasi tanah gersang di India dan kereta dipandunya terpaksa ditunda menggunakan kerbau ketika cuba merentasi laluan sungai. Perjalanan lasak itu turut hampir meragut nyawa Aloha yang ketika itu baru berusia 16 tahun akibat masalah dehidrasi di padang pasir Sudan. Beliau juga pernah tiba di Mekah dan menyamar sebagai lelaki untuk berdoa.

Di China ketika itu, perjuangan sivil untuk mendapatkan bahan bakar hampir mustahil dicapai. Di sana juga kereta mereka ditarik menggunakan bantuan buruh sejauh 130km. Bagaimanapun, ekspedisi yang mencabar mental dan fizikal itu terselit cerita manis apabila Aloha dan kapten Wanderwell jatuh cinta dan berkahwin apabila tiba di AS.

Pada 1929, selepas melengkapkan pusingan pertama dunia, mereka melancarkan dokumentari berjudul ‘With Car and Camera Around the World’.

TERUSKAN KEMBARA KE MATO GROSSO, AMAZON

Namun semangat pengembaraan Aloha tidak tamat di situ, selepas belajar menerbangkan pesawat Jerman ‘Junker’, beliau dan suaminya, Walter berangkat sekali lagi menuju ke Mato Grosso, sebuah negeri di Brazil yang dikelilingi lembah Amazon. Hajat itu bagaimanapun terpaksa ditunda apabila pesawat mereka terpaksa mendarat di kawasan hutan belantara kerana kehabisan bahan api.

Satu-satunya jalan pulang pula hanya menggunakan pesawat terbang. Akhirnya Walter memutuskan meninggalkan Aloha bersama suku pribumi, Bororo dan dia pula berjalan kaki menuju kawasan penduduk biasa selama beberapa bulan untuk mendapatkan alat ganti. Walaupun halangan utama ialah komunikasi, Aloha langsung tidak kekok menjalinkan hubungan dengan suku pribumi di situ dan diberi kepercayaan merekodkan segalan aktiviti kehidupan mereka.

BACA >>> Selepas Wanita Saudi Dibenarkan Memandu, Pengeluar Automotif Berlumba Lancar Kempen

Tanpa disedari, catatan berbentuk rekod video suku Bororo Brazil itu kali pertama difilemkan dan langsung menjadi dokumen antropologi sangat penting dalam lipatan sejarah. Hari ini, rekod dokumentari ‘Flight to the Stone Age Bororoscan’ berada dalam simpanan Arkib Kajian Manusia di Institut Smithsonian.

MISTERI PEMBUNUHAN WANDERWELL

Malangnya, perjalanan Walter dan Aloha berakhir sejurus pasangan itu kembali ke California, AS pada 1931. Walter dilaporkan dibunuh di kapal layar mereka di Long Beach, dan polis hingga kini tidak pernah dapat menyelesaikan misteri pembunuhan tersebut, sekali gus menyebabkan segala rancangan ekspedisi terbaharu Aloha terbantut.

Pada 1933, Aloha berkahwin lagi, dengan lelaki bernama Walter Baker yang pernah bertugas sebagai jurukamera Work Around the World Education Club, iaitu organisasi diasaskan mendiang suaminya, kapten Wanderwell.

BACA >>> Anita Yusof Kebanggaan Malaysia – Penunggang Wanita Pertama Berjaya Keliling Dunia

Apapun yang berlaku, Aloha jelas mencatatkan pencapaian luar biasa bagi seorang wanita pada zamannya. Beliaulah wanita pertama merentasi India, Cape Town di Afrika Selatan hingga ke Sungai Nil di Mesir. Beliau juga wanita pertama terbang ke Mato Grosso di Brazil dan  memandu mengelilingi dunia sejauh 380,000km pada 1920-an dengan fasiliti yang sudah tentu tidak semoden hari ini.

Aloha meninggal dunia pada 4 Jun 1996.

VIDEO

GALERI
Aloha Wanderwell Ford Ford Model T Retro Auto Roda4 sejarah sejarah automotif wanita
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Roda4

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – SUV Ultra Mewah dengan Enjin 4.0L V8 MHEV

    23/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026

    1 Comment

    1. Aloha Wanderwell on 06/05/2018 11:45

      source!
      https:www.AlohaWanderwell.com

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.