Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Marc Marquez [Siri 3]: Pelumba Luar Biasa dengan Kemampuan Menyerap Kelajuan Super
Autotainment

Marc Marquez [Siri 3]: Pelumba Luar Biasa dengan Kemampuan Menyerap Kelajuan Super

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, juara dunia MotoGP lapan kali, Marc Marquez tidak pernah terjejas dengan kelajuan? Maksudnya kelajuan tidak pernah membuatkan beliau rasa takut, tertekan, gelisah atau berdebar.

Situasi ini sebenarnya biasa bagi seseorang pelumba kerana mereka memang dilatih dan sudah terbiasa dengan kelajuan, bukan Marquez sahaja. Namun, apa yang membezakan pelumba Sepanyol itu dengan pelumba lain, kelajuan dirasainya secara relatif adalah perlahan. Sekarang anda boleh bayangkan aksi Flashman dalam filem Justice League.

BACA >>> Rossi Kesal Sia-Siakan 3 Kejuaraan, Mula Risau Marquez Samakan Rekod 9 Kali MotoGP

Cuma Superman yang setanding kelajuan Flashman.

Atau lebih mudah, Marquez seperti juruterbang pesawat pejuang yang dilatih untuk membiasakan diri dengan halaju melebihi kelajuan bunyi. Faktanya, Marquez tidak pernah pun ada lesen kapal terbang. Segala yang ada dalam dirinya adalah natural. Inilah dikatakan bakat semula jadi.

Menurut mentornya, Guim Roda, salah seorang anak didiknya, Pol Espargaro (sekarang pelumba Red Bull KTM Factory) juga pelumba yang hebat pada usia seperti Marquez.

“Tetapi Marc selepas menanggalkan helmet, dia terus saja beritahu kau pasal perlumbaan tadi, dia jelaskan apa yang motor itu buat, termasuk brek, tayar, dan suspensi  sampailah putaran terotel di setiap selekoh litar. Dia juga beri cadangan apa perlu buat untuk tingkatkan prestasi jentera,” katanya.

Roda turut memetik apa dikatakan mantan Presiden Persekutuan Motosikal Diraja Sepanyol (RFME), Dimite Angel Viladoms yang menganggap Marquez sebagai pelumba sangat istimewa yang penuh dengan sensor dan mengetahui segala apa yang berlaku pada motosikal di setiap segmen litar.

BACA >>> Dilema Honda: Naikkan Gaji Marquez atau Korbankan Bajet R&D?

MARQUEZ DAN KEAJAIBAN

Seperkara lagi, kenapa Marquez kerap melakukan sesuatu yang nampak mustahil?

Jawapannya mudah. Marquez mampu bayangkan sesuatu situasi sebelum aksi itu dilakukannya. Ia seperti kita cuba membayangkan apa bakal menimpa kalau menampar bos di pejabat, iaitu kena pecat.

Kalau anda Marquez, anda tentu dapat mengelak tamparan balas bos.

Ya, apa bakal terjadi sudah sedia divisualkan dalam fikiran pelumba itu, dan dengan kemampuan menyerap masa yang relatif perlahan, beliau mampu beraksi seperti apa dibayangkan.

“Kau perlu bayangkan boleh menunggang dengan cara macam tu. Tak ada siapa boleh jamin yang kau boleh buat, dan tak ada siapa boleh tunjuk, tak ada siapa! Kau kena bayangkan sendiri dan lakukannya dengan bakat, ketenangan, keberanian dan mesti perhatikan reaksi jentera. Kau kena selalu perbaiki diri,” kata Roda

Marquez juga memiliki keupayaan memproses segalanya dalam otak tentang apa yang berlaku pada jentera dalam kelajuan perlahan berbanding kelajuan trek sebenar, iaitu hingga 300kmj! Dia jelas sekali mampu menyerap kesan kelajuan seperti sedang bermain permainan video.

“Bakat Marc luar biasa.” – THOMAS BAUJARD

Wartawan Perancis, Thomas Baujard daripada majalah Moto Moto turut berkongsi kehebatan Marquez;

Rahsia Marc adalah pendidikannya. Ada ramai pelumba berbakat dalam MotoGP, tetapi untuk jadi juara kau kena cukup kuat untuk selesaikan semua teka-teki.

“Bila kau cukup bagus dan semua orang tengok kau, kau mesti juga pintar. Itulah Marc. Dan persekitaran Marc adalah lebih baik daripada sempurna, ia kompetitif dan sudah terbiasa. Bakatnya luar biasa, dia adalah anugerah daripada kehebatan (Casey) Stoner mengawal jentera dan etika kerja (Valentino) Rossi.

Marquez memang layak dianggap pelumba paling berbakat dalam dekad ini, tetapi faktanya, bukan sedikit komitmen yang perlu dikorbankan. Mula memulas terotel seawal 4 tahun, dan beraksi di trek semuda usia 9 tahun, tidak semua manusia memiliki kesanggupan, keseronokan dan bersedia melakukan apa dilakukan Marquez.

Marquez sudah pun berada di luar batasan sejak usia kanak-kanak lagi. Malah, beliau beruntung berada dalam persekitaran terbaik, termasuk mendapat sokongan keluarga dan mentor yang hebat.

BACA >>> Marc Marquez [Siri 1]: Pelumba Serius yang Pernah Menangis Seharian Sebab Kalah
BACA >>> Marc Marquez [Siri 2]: Bakat Luar Biasa yang Konsisten Sejak 17 Tahun Lalu

SUMBER: Elperiodico.com

autotainment Cerita Marc Marquez Dimite Angel Viladoms Guim Roda Marc Marquez MM93 MotoGP MotoGP 2019 Pelumba
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Marc Marquez | GP Jerman 2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini

    16/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.