• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Marc Marquez [Siri 3]: Pelumba Luar Biasa dengan Kemampuan Menyerap Kelajuan Super

Marc Marquez [Siri 3]: Pelumba Luar Biasa dengan Kemampuan Menyerap Kelajuan Super

October 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

703
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, juara dunia MotoGP lapan kali, Marc Marquez tidak pernah terjejas dengan kelajuan? Maksudnya kelajuan tidak pernah membuatkan beliau rasa takut, tertekan, gelisah atau berdebar.

Situasi ini sebenarnya biasa bagi seseorang pelumba kerana mereka memang dilatih dan sudah terbiasa dengan kelajuan, bukan Marquez sahaja. Namun, apa yang membezakan pelumba Sepanyol itu dengan pelumba lain, kelajuan dirasainya secara relatif adalah perlahan. Sekarang anda boleh bayangkan aksi Flashman dalam filem Justice League.

BACA >>> Rossi Kesal Sia-Siakan 3 Kejuaraan, Mula Risau Marquez Samakan Rekod 9 Kali MotoGP

Cuma Superman yang setanding kelajuan Flashman.

Atau lebih mudah, Marquez seperti juruterbang pesawat pejuang yang dilatih untuk membiasakan diri dengan halaju melebihi kelajuan bunyi. Faktanya, Marquez tidak pernah pun ada lesen kapal terbang. Segala yang ada dalam dirinya adalah natural. Inilah dikatakan bakat semula jadi.

Menurut mentornya, Guim Roda, salah seorang anak didiknya, Pol Espargaro (sekarang pelumba Red Bull KTM Factory) juga pelumba yang hebat pada usia seperti Marquez.

"Tetapi Marc selepas menanggalkan helmet, dia terus saja beritahu kau pasal perlumbaan tadi, dia jelaskan apa yang motor itu buat, termasuk brek, tayar, dan suspensi  sampailah putaran terotel di setiap selekoh litar. Dia juga beri cadangan apa perlu buat untuk tingkatkan prestasi jentera," katanya.

Roda turut memetik apa dikatakan mantan Presiden Persekutuan Motosikal Diraja Sepanyol (RFME), Dimite Angel Viladoms yang menganggap Marquez sebagai pelumba sangat istimewa yang penuh dengan sensor dan mengetahui segala apa yang berlaku pada motosikal di setiap segmen litar.

BACA >>> Dilema Honda: Naikkan Gaji Marquez atau Korbankan Bajet R&D?

MARQUEZ DAN KEAJAIBAN

Marc Marquez crash_1
Marc Marquez crash_2
Marc Marquez crash_3

Seperkara lagi, kenapa Marquez kerap melakukan sesuatu yang nampak mustahil?

Jawapannya mudah. Marquez mampu bayangkan sesuatu situasi sebelum aksi itu dilakukannya. Ia seperti kita cuba membayangkan apa bakal menimpa kalau menampar bos di pejabat, iaitu kena pecat.

Kalau anda Marquez, anda tentu dapat mengelak tamparan balas bos.

Ya, apa bakal terjadi sudah sedia divisualkan dalam fikiran pelumba itu, dan dengan kemampuan menyerap masa yang relatif perlahan, beliau mampu beraksi seperti apa dibayangkan.

"Kau perlu bayangkan boleh menunggang dengan cara macam tu. Tak ada siapa boleh jamin yang kau boleh buat, dan tak ada siapa boleh tunjuk, tak ada siapa! Kau kena bayangkan sendiri dan lakukannya dengan bakat, ketenangan, keberanian dan mesti perhatikan reaksi jentera. Kau kena selalu perbaiki diri," kata Roda

Marquez juga memiliki keupayaan memproses segalanya dalam otak tentang apa yang berlaku pada jentera dalam kelajuan perlahan berbanding kelajuan trek sebenar, iaitu hingga 300kmj! Dia jelas sekali mampu menyerap kesan kelajuan seperti sedang bermain permainan video.

"Bakat Marc luar biasa." - THOMAS BAUJARD

Wartawan Perancis, Thomas Baujard daripada majalah Moto Moto turut berkongsi kehebatan Marquez;

Rahsia Marc adalah pendidikannya. Ada ramai pelumba berbakat dalam MotoGP, tetapi untuk jadi juara kau kena cukup kuat untuk selesaikan semua teka-teki.

"Bila kau cukup bagus dan semua orang tengok kau, kau mesti juga pintar. Itulah Marc. Dan persekitaran Marc adalah lebih baik daripada sempurna, ia kompetitif dan sudah terbiasa. Bakatnya luar biasa, dia adalah anugerah daripada kehebatan (Casey) Stoner mengawal jentera dan etika kerja (Valentino) Rossi.

Marquez memang layak dianggap pelumba paling berbakat dalam dekad ini, tetapi faktanya, bukan sedikit komitmen yang perlu dikorbankan. Mula memulas terotel seawal 4 tahun, dan beraksi di trek semuda usia 9 tahun, tidak semua manusia memiliki kesanggupan, keseronokan dan bersedia melakukan apa dilakukan Marquez.

Marquez sudah pun berada di luar batasan sejak usia kanak-kanak lagi. Malah, beliau beruntung berada dalam persekitaran terbaik, termasuk mendapat sokongan keluarga dan mentor yang hebat.

BACA >>> Marc Marquez [Siri 1]: Pelumba Serius yang Pernah Menangis Seharian Sebab Kalah
BACA >>> Marc Marquez [Siri 2]: Bakat Luar Biasa yang Konsisten Sejak 17 Tahun Lalu

SUMBER: Elperiodico.com

Artikel Berkaitan

703
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Cerita Marc Marquez, Dimite Angel Viladoms, Guim Roda, Marc Marquez, MM93, MotoGP, MotoGP 2019, Pelumba

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my