• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dilema Honda: Naikkan Gaji Marquez atau Korbankan Bajet R&D?

Dilema Honda: Naikkan Gaji Marquez atau Korbankan Bajet R&D?

September 30, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENARKAH khabarnya adinda Marc Marquez minta dinaikkan gaji? Berapa banyakkah gaji diminta Marquez? Dan sejauh manakah Honda sanggup membayar?

Sebelum ini kita dimaklumkan yang Honda memang memberikan insentif €2 juta (RM9 juta) kepada pelumbanya yang menjadi juara MotoGP.  Jika dicampurkan gaji sekarang yang dikatakan €15 juta (RM69 juta) setahun, bermakna dia akan mendapat €17 juta (RM77.9 juta) tahun ini jika menamatkan musim ini sebagai juara MotoGP 2019.

Adakah Marquez mahu lebih? €20 juta (RM92 juta)? €25 juta (RM114 juta)? Adakah Honda Racing Corporation (HRC) sanggup membayar?

BACA >>> Poncharal: Quartararo Satu-Satunya Pelumba Boleh Cabar Marquez

REKOD CEMERLANG JADI SANDARAN

marc-marquez-crash-3
marc-marquez-crash-1
Marc Marquez

Jawapannya, ya, kerana Marquez memiliki rekod cemerlang. Namun, ia menimbulkan masalah berbeza kerana gaji Márquez melebihi nisbah anggaran bajet HRC. Walaupun tiada angka tepat didedahkan kepada umum, beberapa pakar menganggarkan HRC memperuntukkan antara €70 juta-€80 juta (RM321 juta-367 juta) untuk MotoGP (berdasarkan jumlah dilaburkan pasukan pengilang lain).

Gaji Marquez sendiri sudah mengambil satu perempat bajet HRC dalam MotoGP. Jika dia menerima kenaikan lebih tinggi, tentu peruntukan itu menjangkau sepertiga bajet. Ini akan menjadi masalah kepada Honda kerana terpaksa mengurangkan peruntukan untuk bahagian lain.

Sebagai contoh, jika Márquez diberikan tambahan €1 juta (4.5 juta) lagi, itu menyamai nilai peruntukan untuk bajet aerodinamik. Jika diberikan €2 juta (RM9 juta) pula, Honda terpaksa mengambil dana yang boleh dibelanjakan untuk pembangunan casis dan menambah baik kelemahan seksyen depan jentera (front-end), iaitu masalah tipikal seperti dialami pelumba pasukan lain.

BACA >>> Marquez Raih 'Perfect 10' di GP Jerman, Tinggalkan Vinales Lebih 4 Saat di Belakang

MARQUEZ BESAR KEPALA?

Adakah Marquez perlu menyirap marah dengan tuntutan gajinya itu?

Jika gaji seseorang pelumba ditentukan mengikut permintaan pasaran, maka harga untuk skil unik Marquez adalah tidak ternilai. Dia sebenarnya boleh minta berapa saja yang dimahukan dan pasti ada pasukan yang sanggup membayarnya.

Namun, jika sengaja berperangai diva seperti itu, dia sebenarnya sedang merosakkan reputasinya sebagai pelumba. Jika dia kekal dengan Honda dan menuntut bayaran €25 juta (RM114 juta), HRC terpaksa juga membayar.

Itupun jika HRC mampu mengeluarkan lebih banyak wang dari ibu pejabat korporat Honda, dan mahu tidak mahu peruntukan bajet perlu dipotong. Ini disukarkan lagi dengan kadar inflasi tahunan membabitkan gaji, upah teknikal yang semakin meninggi dan pastinya ia tidak dapat mengurangkan bajet kajian dan penyelidikan (R&D).

Kekangan dana untuk R&D, maka berkuranganlah usaha membangunkan kualiti dan prestasi Honda RC213V. Ini bermaksud jentera sekarang akan kekal seadanya seperti sedia ada.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Marc Marquez Berlatih Sepanjang Musim Panas Ini

DILEMA HONDA

brno-2019-marc-marquez-1
brno-2019-marc-marquez-2
Marc Marquez (1)

Apa yang pasti Marquez kini semakin hampir meraih kejuaraan MotoGP kali keenam. Namun, jika Ducati GP20 maju selangkah ke depan, manakala Yamaha pula mampu menambah kuasa untuk YZR-M1 dan Suzuki lebih maju lagi menjelang 2020, pasti Marquez berdepan cabaran lebih sukar untuk siri kejuaraan akan datang.

Menjelang 2021, tuntutan gaji tinggi mungkin berisiko menjejaskan rekod kejuaraan Marquez seandainya dia memilih untuk berhijrah. Persoalannya, sanggupkah Honda kehilangan Márquez yang kini menjadi fenomena MotoGP dan sedang di kemuncak prestasi untuk meraih lebih banyak gelaran juara?

Marquez adalah laluan terpantas untuk Honda melebarkan rekod pencapaian dalam kejuaraan MotoGP. Tapi dia tidak datang dengan pakej harga murah. Malah ada mendakwa kehebatan Marquez ketika ini sebenarnya jauh mengatasi jentera RC213V sendiri.

Lihatlah apa berlaku kepada rakan pasukan Marquez lain seperti Dani Pedrosa yang suatu masa dulu bergelut untuk mengatasi rakan pasukannya sendiri, dan Jorge Lorenzo dengan prestasi yang merudum teruk.

Memang Honda betul-betul dalam dilema.

BACA>>> Marc Marquez Setuju Lanjut Kontrak 2 Tahun dengan Repsol Honda Team Hingga 2020

SUMBER: AsphaltAndRubber

Artikel Berkaitan

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Marc Marquez, MotoGP 2019, Repsol Honda, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
    KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
  • Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
    Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
  • Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
    Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
  • Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik
    Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my