• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marc Marquez [Siri 2]: Bakat Luar Biasa yang Konsisten Sejak 17 Tahun Lalu

Marc Marquez [Siri 2]: Bakat Luar Biasa yang Konsisten Sejak 17 Tahun Lalu

October 16, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

539
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITA bersambung lagi dengan artikel bersiri pendek tentang juara dunia, Marc Marquez yang baru saja disahkan sebagai juara MotoGP 2019, sekali gus melengkapkan jumlah kejuaraan dunia sebanyak 8 kali.

Seperti dikisahkan dalam artikel Siri 1, Marquez mendapat tunjuk ajar daripada beberapa mentor hebat seperti Guim Roda dan Àlvar Garriga hingga Santi Hernandez dan Carlos Linan.

Kita juga dikongsikan dengan pe'el Marquez yang tidak sukakan kekalahan dan sanggup menangis seharian hanya kerana gagal mendapat nombor satu.

BACA >>> Marc Marquez [Siri 1]: Pelumba Serius yang Pernah Menangis Seharian Sebab Kalah

ALVAR GARRIGA
GUIM RODA

Artikel terbaharu ini akan berkongsi rahsia kehebatan pelumba Sepanyol itu yang melayakkan beliau digelar bakat luar biasa dalam sukan permotoran, setanding Lionel Messi dalam bola sepak, atau Rafael Nadal dalam tenis.

KEBAL DENGAN KELAJUAN

Sudah tentu Marquez tiada ilmu kebal. Namun mentornya, Roda dan Garriga ketika menjelaskan bagaimana Marquez dilahirkan sebagai penakluk hebat adalah kelebihan beliau menyerap kelajuan yang boleh dianggap sesuatu yang sukar difahami manusia biasa.

BACA >>> Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi

Garriga berkata;

"Memang ada kanak-kanak, termasuk Marc (Marquez) yang dilahirkan dengan kapasiti, dan persepsi visual tentang sesuatu yang lebih tinggi berbanding orang lain.

"Kau menunggang laju, sangat laju di litar dan apa saja boleh berlaku kepada kau ketika memecut laju. Persepsi sebenar tentang kelajuan adalah situasi itu menyebabkan seseorang itu mengalami stres, keterujaan, dan kurang tumpuan... (tapi) Marc menyerap kelajuan pada kelambatan relatif.

"Bagi dia, segalanya jadi sangat perlahan, ini membolehkan dia buat apa saja dengan cara lebih menyeronokkan dan mampu meneroka otaknya dengan memikirkan hal lain," katanya.

Gaya Marquez ketika kanak-kanak dengan helmet besar gedabak.

Tambah Garriga lagi;

"Kemudian, bila kau gabungkan kelebihan menyerap kelajuan dengan kemampuan fokus, determinasi, keinginan untuk jadi sempurna, dan lain-lain,  untuk bakat yang luar biasa, kau akan faham kenapa Marc boleh laju.

"Ini kerana dia pernah menghadapi pesaing yang lebih besar dan lebih tua dengan pengalaman yang diraih beberapa tahun. Masalah pelumba kanak-kanak ialah menyerap kelajuan pada halaju sebenar," katanya.

BACA >>> CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP

Entah apa yang dibisikkan Marquez ke telinga Alzamora.

Maksudnya, adakah kita bercerita tentang bakat semula jadi? Ini dijelaskan pula mentor Marquez ketika dia masih kanak-kanak, Emilio Alzamora;

Ya, kita bercakap pasal bakat semula jadi, tetapi kita tidak terlepas untuk bercakap pasal melatih, menggilap dan menambah baik seseorang bakat. Aku sudah pernah tengok ramai pelumba yang lebih berbakat berbanding Marc. Sesetengahnya pernah bersaing dengan dia dalam MotoGP.

"Tetapi, tiada seorang pun bakat yang aku pernah latih itu adalah seorang yang tepat dan konsisten sejak 17 tahun lalu selain Marquez."

SUMBER: Elperiodico.com

Artikel Berkaitan

539
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez, MotoGP, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my