• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP

CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP

October 14, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

699
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI gagal lagi, bukan saja di Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK), tetapi juga Kejuaraan Dunia MotoGP. Jonathan Rea daripada pasukan Kawasaki Racing Team (KRT) sudah mengunci posisi juara WSBK 2019, manakala Marc Marquez (Repsol Honda) untuk MotoGP 2019.

Kebetulan pula kedua-dua kejuaraan dunia itu meletakkan pasukan Ducati sekadar berpuas hati di kedudukan kedua. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali menyamakan situasi tersebut dengan perumpamaan separuh gelas penuh.

BACA >>> Juara MotoGP 2019 Sah Milik Marquez!

Domenicali kini positif menunggu baki empat perlumbaan terakhir MotoGP. Ducati juga menganggap kemenangan Honda dalam MotoGP lebih kepada keupayaan Marquez, dan bukan jentera. Nampaknya hampir setiap komen, Ducati enggan mengulas tentang kekalahan pasukan itu kepada Honda.

Dari sudut pandang Domenicali dan Ducati, Honda hanya menang dengan Marquez, dan tiada pelumba lain lebih baik prestasinya apabila menunggang RC213V edisi 2019, apatah lagi 2018. Betul ke?

BACA >>> Rossi Kesal Sia-Siakan 3 Kejuaraan, Mula Risau Marquez Samakan Rekod 9 Kali MotoGP

Claudio Domenicali_1
dovizioso_and_petrucci

Domenicali berkata;

Kami ialah syarikat yang berdaya saing, tujuan utama kami ialah merangkul kejuaraan dunia, tapi tahun ini kami dah tau takkan menang! Masih positif lihat apa yang Honda dan Marquez buat, dan lihat apa yang pelumba (Honda) lain buat.

"Kedua-dua pelumba kami menjuarai perlumbaan tahun ini, tetapi dua lagi pelumba Honda tak menang pun. Maknanya, kami dah bagus. Tapi adakah cukup bagus? Tak!"

Malah, sebelum musim 2019 berakhir, Domenicali sudah nampak apa yang perlu diperbaiki Ducati tahun depan. Walaupun tiada penyesalan, Claudio menegaskan mengenai dua perkara yang perlu diberikan tumpuan, iaitu jentera dan pelumba.

Kata Domenicali lagi;

Kami perlu baiki 50 peratus keupayaan jentera ( Desmosedici GP20) untuk pecutan di tengah selekoh dan julat dinamik ketika menukar arah (kanan ke kiri dan sebaliknya) yang masih lemah! Pelumba juga  tak ada kaitan dengan dua hal itu. Inilah masalah yang Ducati perlu uruskan.

"Selebihnya usaha pelumba kerana mereka yang akan lawan Marc (Marquez). Kerana kami harus kalahkan Marc. Kalau dia tak ada, kami mungkin dah menang separuh perlumbaan MotoGP. Ini fakta sejarah dan bukan andaian saya."

BACA>>>Dovi Gagalkan Hasrat Marquez Lengkapkan Kemenangan di Semua Litar MotoGP

andrea-dovizioso-dan-marc-marquez
andrea-dovizioso-danilo-petrucci-dan-marc-marquez

Domenicali turut berpesan kepada duo pelumbanya, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci;

Marc ada bakat hebat, tapi bukan sekadar bakat. Dia pelumba yang boleh mempelajari dan menganalisis karakter orang lain. Marc pelumba yang menemui cara baru berlumba daripada gaya tunggangan, tengoklah macam mana dia tongkatkan diri dengan siku dan kawal tayar depan. Gila crazy hoccay..."

Domenicali kemudian sempat membayangkan alangkah indah jika Marquez yang menunggang Ducati suatu hari nanti.

Artikel Berkaitan

699
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, Andrea Dovizioso, Auto Terkini, Claudio Domenicali, Danilo Petrucci, Ducati, Ducati Team, Honda, Honda Repsol, Kejuaraan Dunia MotoGP, Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Marc Marquez, Mission Winnow Ducati Team, MotoGP, roda2, sukan permotoran, WorldSBK, WSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
  • Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
    Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my