Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mahu Beli Honda CR-V 2017? Ini 10 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu…
Roda4

Mahu Beli Honda CR-V 2017? Ini 10 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu…

Abang GYLBy Abang GYL04/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

honda cr-v 2017 malaysiaHONDA Malaysia terus mengganas dengan memperkenalkan model keempatnya tahun ini, Honda CR-V 2017.

Lebih menarik, Honda CR-V 2017 menjadi model pertama Honda yang dilengkapi pakej bantuan pemanduan, Honda Sensing. Apa itu Honda Sensing? Kami akan kupaskan satu persatu dalam artikel ini.

Bagi anda yang sedang merancang mahu membeli model SUV, kami sediakan 10 perkara perlu anda tahu mengenai Honda CR-V 2017.

1. EMPAT VARIAN

Honda CR-V 2017 didatangkan dalam empat varian dengan dua pilihan enjin. Antaranya;

  • Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged Premium 2WD
  • Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged 4WD
  • Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged 2WD
  • Honda CR-V 2017 2.0L 2WD

2. HARGA BERMULA RM142,400

Dengan menawarkan pelbagai ciri menarik, Honda CR-V 2017 ditawarkan pada harga bermula RM142,400 hingga RM167,700.

  • Honda CR-V 2017 2.0L 2WD – RM142,400
  • Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged 2WD – RM155,700
  • Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged 4WD – RM161,600
  • Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged Premium 2WD – RM167,700

* Harga termasuk GST tanpa insurans.

enjin honda cr-v 2017 malaysia3. ENJIN TURBO

Honda CR-V generasi terdahulu didatangkan dalam pilihan enjin 2.0L dan 2.4L. Kini, varian 2.4L digugur dan digantikan dengan enjin bersesaran 1.5L.

Dalam erti lain, Honda CR-V 2017 dipadankan dalam dua pilihan enjin iaitu 1.5L Turbocharged dan 2.0L N/A.

Bagi 1.5L Turbocharged, enjin berkenaan turut digunapakai oleh Honda Civic Turbo. Bagaimana, beberapa talaan dilakukan bersesuaian dengan karekter Honda CR-V 2017.

Hasilnya, ia mampu menghasilkan sebanyak 191hp pada 5,600rpm dan tork 243Nm (2,000 – 5,000rpm). Manakala enjin 2.0L N/A pula mampu menghamburkan kuasa 152hp pada (6,500rpm) bersama tork 189Nm (4,300rpm).

4. PENGIKTIRAFAN EEV

Lebih menarik, Honda CR-V 1.5L Turbocharged diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Secara tidak langsung, ia menawarkan penggunaan minyak lebih cekap iaitu dengan catatan 7L per 100km.

honda cr-v 2017 malaysia5. WARNA PILIHAN

  • Dark Olive Metallic (warna baharu)
  • Obsidian Blue Pearl
  • Modern Steel Metallic
  • Lunar Silver Metallic
  • White Orchid Pearl

honda cr-v 2017 malaysia6. HONDA SENSING

Honda Sensing ialah ciri pemanduan pertama ditawarkan oleh Honda. Antara tujuh ciri bantuan pemanduan Honda Sensing ialah;

  1. Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control – ACC)
  2. Jejak Kelajuan Rendah (Low-Speed Follow – LSF)
  3. Sistem Amaran Perlanggaran Hadapan (Front Collision Warning – FCW)
  4. Sistem Pembrekan Mitigasi Perlanggaran (CollisionMitigation Braking System – CMBS)
  5. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist System – LKAS)
  6. Sistem Mitigasi Tukar Lorong (Road Departure Mitigation – RDM)
  7. Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning – LDW)

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Honda Sensing pada Honda CR-V 2017, anda boleh baca artikel di bawah;

BACA >>> Apa Itu Honda Sensing Pada Honda CR-V 2017 – Power Sangat Ke?

honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia
honda cr-v 2017 malaysia

7. REKAAN MENARIK

Berikut ialah ciri menarik yang ada pada luaran Honda CR-V 2017;

  • Rekaan solid wing
  • Lampu utama LED
  • Lampu Nyalaan Siang LED
  • Lampu belakang dan brek LED
  • Lampu kabus hadapan LED
  • Spoiler belakang
  • Rim aloi 2-tona
papan pemuka honda cr-v 2017 malaysia
kerusi honda cr-v 2017 malaysia

8. DALAMAN LEBIH LUAS

Berbanding generasi terdahulu, Honda CR-V 2017 adalah lebih luas dan lebar. Ketinggian Honda CR-V 2017 meningkat dari 1,685 mm kepada 1,689 mm (+4 mm), lebar kini 1,855 mm (+35 mm), jarak roda 2,660 mm (+40 mm). Bagaimana, panjang dikurangkan sebanyak 6 mm (4,584 mm) berbanding sebelumnya.

Manakala ruang kargo juga 250 mm lebih luas berbanding generasi sebelum ini. Ruang kargo 522L boleh dibesarkan kepada 1,084L apabila tempat duduk barisan kedua dilipat sepenuhnya.

honda cr-v 2017 malaysia9. AKSESORI TAMBAHAN

Bagi mereka yang mahukan penampilan lebih ranggi, Honda Malaysia turut menawarkan tiga pakej tambahan iaitu Utility, Urban dan Aero.

honda cr-v 2017 malaysia10. MANA 1 PATUT SAYA BELI

Ada yang bertanya kepada kami, varian mana satu patut dibeli. Sejujurnya jika anda memiliki kemampuan, kami syorkan anda memilih Honda CV-V 2017 1.5L Turbocharged Premium 2WD.

Kenapa? Harga ditawarkan (RM167,700) boleh dianggap berbaloi kerana varian ini turut memiliki ciri keselamatan Honda Sensing. Ini kerana ciri keselamatan begini hanya boleh didapati pada model premium. Kini dengan harga dibawah RM200,000, anda sudah memilikinya.

Kami yakin anda pasti tidak akan menyesal selepas memiliki Honda CR-V 2017 ini kerana ia sememangnya berbaloi dengan ciri ditawarkan.

GALERI

enjin honda cr-v 2017 malaysia harga honda cr-v 2017 harga honda cr-v 2017 malaysia honda cr-v 2017 Honda CR-V 2017 Malaysia honda crv 2017 malaysia Honda Malaysia suv cr-v 2017
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante – Kini Lebih Ringan, Super SUV Paling Pantas Dunia!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.