• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Apakah Itu 'Honda Sensing' pada Honda CR-V (2017) - Power Sangat Ke?

Apakah Itu 'Honda Sensing' pada Honda CR-V (2017) - Power Sangat Ke?

July 12, 2017 By Abang GYL 6 Comments

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Sensing
 ialah salah satu ciri pemanduan keselamatan yang ditawarkan pada Honda CR-V (2017). Tahukah anda, apakah itu Honda Sensing?

Honda Sensing ialah ciri bantuan pemanduan pertama diperkenalkan Honda. Lebih menarik, Malaysia menjadi negara pertama menerima Honda CR-V (2017) dengan teknologi Honda Sensing, terdiri daripada 7 ciri bantuan pemanduan iaitu:

  • Kawalan Jelajah Adaptif / Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Jejak Kelajuan Rendah / Low-Speed Follow (LSF)
  • Sistem Amaran Perlanggaran Depan / Front Collision Warning (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran / Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong / Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Mitigasi Tukar Lorong / Road Departure Mitigation (RDM)
  • Amaran Tukar Lorong / Lane Departure Warning (LDW)

honda cr-v 2017 malaysia
Sistem Kawalan Jelajah Adaptif / Adaptive Cruise Control (ACC) dan Jejak Kelajuan Rendah / Low-Speed Follow (LSF) memudahkan pemandu memandu jarak jauh atau santai seperti di lebuh raya. Kedua-dua sistem itu membolehkan CR-V (2017) membrek dan memecut kembali pada kelajuan ditetapkan ACC secara automatik dan boleh berfungsi bermula dari keadaan lalu lintas henti-gerak, hingga kelajuan 180kmj.

Amaran Perlanggaran Depan / Front Collision Warning (FCW) dan Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran / Collision Mitigation Braking System (CMBS) pula membantu pemandu mengelak rempuhan dari depan. Sistem FCW akan mengeluarkan amaran jika mendapati ada sebarang potensi berlaku perlanggaran dari arah depan, manakala CMBS berfungsi membrek automatik jika pemandu dikesan tidak memberikan sebarang respon untuk mengelak perlanggaran tersebut.

BACA >>> Honda CR-V Spesifikasi Eropah Paling Selamat, Penuhi Piawaian Keselamatan EU

Sistem Bantuan Kekal Lorong / Lane Keeping Assist System (LKAS), Sistem Mitigasi Tukar Lorong / Road Departure Mitigation (RDM), dan Amaran Tukar Lorong / Lane Departure Warning (LDW) pula disepadukan bagi meminimumkan risiko kemalangan bahagian sisi. Sistem LDW dibina untuk mengesan garisan jalan di kiri dan kanan kereta. Amaran visual dan getaran stereng akan dikeluarkan jika pemandu dikesan melanggar garisan jalan tanpa memberikan signal membelok.

honda cr-v 2017 malaysia
45 All-New CR-V_Honda SENSING Lane Keep Assist System (LKAS)
48 All-New CR-V_Honda SENSING Collision Mitigation Braking System (CMBS)
47 All-New CR-V_Honda SENSING Forward Collision Warning (FCW)
49 All-New CR-V_Honda SENSING Adaptive Cruise Control (ACC)
50 All-New CR-V_Honda SENSING Low Speed Follow (LSF)
46 All-New CR-V_Honda SENSING Road Departure Mitigation (RDM)

Sistem LKAS berfungsi membetulkan posisi stereng bagi memastikan pemanduan kereta kekal dalam lorong. Terdapat kamera sebagai sensor diletakkan di sisi kereta bagi mengesan sebarang tanda atas permukaan jalan bagi mengekalkan kedudukan pemanduan yang tepat.

Sistem RDM pula diaktifkan apabila kereta menghampiri tepi jalan ketika dipandu dalam kelajuan 72kmj hingga 180kmj. Fungsinya, roda stereng akan bergetar sebagai amaran dan jika pemandu tidak memberikan sebarang reaksi, kereta akan cuba keluar dari lorong dan sistem Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA) akan diaktifkan untuk mengembalikan semula kedudukan kenderaan.

Tertarik mahu membeli CR-V (2017)? Apa kata baca artikel ini terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan lanjut sebelum membeli kenderaan utiliti sukan itu (SUV).

BACA >>> Mahu Beli Honda CR-V 2017? Ini 10 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu...

Artikel Berkaitan

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: apa itu honda sensing, harga honda cr-v 2017, honda cr-v 2017, Honda Malaysia, honda sensing, Roda4, teknologi Honda Sensing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
  • Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan
    Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my