Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lori Rempuh Banyak Kenderaan di JB-Woodlands, Menteri Janji Hukuman Tegas!
Auto Terkini

Lori Rempuh Banyak Kenderaan di JB-Woodlands, Menteri Janji Hukuman Tegas!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU video tular menunjukkan insiden sebuah lori gagal berhenti dan merempuh banyak kenderaan di JB-Woodlands pagi tadi hingga menarik perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau dalam satu perkongsian di Facebook mengakui sedia maklum berhubung insiden itu dan menegaskan akan segera membuat siasatan.

BACA >>> Brek Buat Hal, Lori Rempuh 9 Kenderaan, 3 Cedera di Lebuh Raya ELITE
BACA >>> Masalah Brek: Lori Rempuh 7 Kenderaan Di Sungai Buloh

Ka Siong berkata;

Saya amat memandang serius kes-kes seperti ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman tegas kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.”

Ka Siong berkata lagi;

Agensi di bawah MOT, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) akan segera menjalankan siasatan Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) berhubung insiden ini.

“Sementara pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan membuat ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori tersebut. Tindakan tegas akan dikenakan kepada pemandu lori atau syarikat terbabit jika didapati gagal mematuhi peraturan ditetapkan, selepas JPJ melengkapkan audit ICOP.

“Ini termasuk menggantung lesen PSV (lesen kenderaan perkhidmatan awam) pemandu lori, menggantung permit syarikat atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).”

BACA >>> Ajal Rempuh Lori Rosak, Anggota Cawangan Khas Bukit Aman Maut

Jelas beliau, Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pula akan menyiasat daripada aspek teknikal untuk mencari punca kemalangan tersebut.

Beliau turut meminta bantuan orang ramai di lokasi kejadian ketika kemalangan itu supaya menyerahkan bukti seperti rakaman video (jika ada) untuk membantu siasatan.

BACA >>> JPJ Lancar Op Khas Hari Raya Aidiladha 2022, Siap Menyamar Jadi Orang Biasa!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bukan Myvi, Tetapi Banyak Tayar Lori, Treler Tercabut?
BACA >>> Lori Simen Terbabas Masuk Rumah Orang

SUMBER: Facebook | DashCam Owners Malaysia

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Jabatan Pengangkutan Jalan JB-Woodlands Kementerian Pengangkutan Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.