• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Brek Buat Hal, Lori Rempuh 9 Kenderaan, 3 Cedera di Lebuh Raya ELITE

Brek Buat Hal, Lori Rempuh 9 Kenderaan, 3 Cedera di Lebuh Raya ELITE

May 13, 2022 By Farah Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKIBAT masalah brek, sebuah lori bermuatan getah beku hilang kawalan dan merempuh sembilan kenderaan lain di di KM9.2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dekat Subang, Selangor, malam tadi.

Insiden jam 11.44 malam itu menyebabkan tiga orang. termasuk dua kanak-kanak cedera, iaitu seorang wanita warga Bangladesh bersama seorang kanak-kanak perempuan 5 tahun, dan seorang lagi ialah kanak-kanak lelaki 10 tahun.

Kenderaan paling teruk terjejas ialah Perodua Axia dinaiki empat sekeluarga dan kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina dinaiki tujuh warga Bangladesh.

Polis berkata, lori dari arah Slim River, Perak menghala Tampin, Negeri Sembilan itu terbabas dan merempuh sembilan kenderaan yang berhenti di lorong tengah, dan paling kanan kerana terdapat kerja pembinaan jalan.

Menurut saksi kejadian, hanya tiga kenderaan berada di lokasi, iaitu Axia yang dilanggar lori dan Grand Livina, manakala kenderaan lain mengalami kerosakan kecil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori berusia 54 tahun disoal siasat.

SUMBER: Bernama

BACA>>> Masalah Brek: Lori Rempuh 7 Kenderaan Di Sungai Buloh
BACA>>> 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), lori langgar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
    Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my