Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lihat Foto, Spesifikasi dan Fakta Menarik Tentang Lotus 3-Eleven & Evora Sport 410
Roda4

Lihat Foto, Spesifikasi dan Fakta Menarik Tentang Lotus 3-Eleven & Evora Sport 410

Han OthmanBy Han Othman03/05/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LOTUS sebentar tadi baru saja melancarkan dua model paling terkini jenama itu, 3-Eleven dan Evora Sport 410 untuk pasaran Malaysia bertempat di bilik pameran Lotus Cars Malaysia dekat Damansara, Kuala Lumpur yang dirasmikan Pengerusinya, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali.

Berikut fakta menarik mengenai dua model sport buatan Britain itu.

LOTUS 3-ELEVEN

  • Cuma 311 unit dihasilkan seluruh dunia dalam setahun.
  • Dua daripada pemilik awal Lotus 3-Eleven ialah orang Malaysia.
  • Dua varian ditawarkan, Road (sah atas jalan) dan Race (sah dalam trek lumba sahaja).
  • Penggunaan material komposit ultra ringan mengurangkan berat badan kereta hingga 40 peratus berbanding model terdahulu, 2-Eleven.
  • Sayap belakang (terma Malaysia: spoiler) dan bar pelindung diberikan sebagai aksesori standard untuk kedua-dua varian.
  • Tiada pintu untuk masuk ke dalam kokpit. Anda perlu melangkah, melompat atau terjun dari atas tiang bomba (sekadar contoh).
  • Varian Race diberikan bar pelindung tambahan, kerusi lumba spesifikasi Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), tali keledar lumba 6-poin, pemadam api dan ‘suis mati’ (kill switch).
  • Sebagai pengetahuan, ‘suis mati’ bukan untuk bunuh diri atau bunuh orang, tetapi digunakan untuk mematikan cas elektrik daripada bateri. Penting sebagai ciri keselamatan jika berlaku kemalangan.
  • Kluster instrumen TFT gaya perlumbaan boleh diubah mod daripada standard kepada litar.

SPESIFIKASI LOTUS 3-ELEVEN

ENJIN 3.5L V6 supercaj Edelbrock
TRANSMISI Manual 6-kelajuan nisbah rapat (Road), 6-kelajuan sekuensial dengan pedal anjakan sebagai opsyen (Race)
KUASA MAKSIMUM 410hp @ 7,000rpm; 460hp (Race)
TORK MAKSIMUM 410Nm @ 3,000 – 7,000rpm; 525Nm (Race)
0-100KMJ 3.4 saat; Kurang 3 saat (Race)
KELAJUAN MAKSIMUM 290kmj; 280kmj (Race), lebih perlahan kerana kit aero.
SUSPENSI Double-wishbone independen penuh, bar anti-oleng tetap, sprinh Eibach dan peredam boleh laras tunggal Ohlins
TAYAR Michelin Pilot Super Sport 225/40/ZR18 (depan); 275/35/ZR19 (belakang); Michelin Pilot Sport Cup 2 (Race)
BREK Cakera 332mm kaliper brek 4-piston AP Racing 
HARGA RM640,855 (Road)


LOTUS EVORA SPORT 410

  • Cuma 150 unit dihasilkan untuk pasaran global dalam setahun.
  • 410 juga merujuk kepada kuasa kuda maksimum, 410hp dan tork maksimum 410Nm.
  • Boleh dianggap sebagai model Lotus Evora 400 yang dibuaskan dengan 10hp lebih berkuasa.
  • Desain, material, komponen dan talaan enjin disemak semula untuk dapatkan lebih prestasi optimum.
  •  70kg lebih ringan berbanding Evora 400 dengan berat keseluruhan 1,325kg untuk manual (MT) dan 1,337, automatik (AT).
  • Penggunaan banyak material gentian karbon seperti difuser belakang, spliter depan, panel bumbung, but, kerusi sport, dan panel akses depan.
  • Bahagian belakang direka bersepadu dengan badan, memberikan 15 peratus dayabawah (downforce) lebih baik.
  • Sistem suspensi ditala semula, 5mm lebih rendah.
  • Catatan masa lap terpantas, 1 minit 28 saat di Litar Hethel, trek ujian Lotus, 3 saat lebih pantas berbanding Evora 400.
  • Ada punat mod Sport dan Race untuk dapatkan talaan prestasi menerusi sistem Pengurusan Prestasi Dinamik (DPM) Lotus.
  • Kemasan kulit Alcantra pada kerusi, roda stereng dan konsol tengah.
  • Sistem infotainment bersepadu dengan sambungan iPod dan Bluetooth.

SPESIFIKASI LOTUS EVORA SPORT 410

ENJIN 3.5L V6 supercaj Edelbrock, 24-injap
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan; Manual 6-kelajuan dengan LSD jenis Torsen
KUASA MAKSIMUM 410hp @ 7,000rpm
TORK MAKSIMUM 420Nm @ 3,500rpm
0-100KMJ 4.1 saat (AT); 4.2 saat (MT)
KELAJUAN MAKSIMUM 285kmj (AT); 305kmj (MT)
SUSPENSI Double-wishbone independen aluminium tempa, bar anti-oleng, spring Eibach dan peredam Bilstein.
TAYAR Michelin Pilot Sport 235/35 R19 (depan); 285/30 R20 (belakang)
HARGA RM640,999 (MT); RM651,999 (AT)


GALERI

LOTUS 3-ELEVEN
LOTUS EVORA SPORT 410
Kereta Sport Lotus Lotus 3-Eleven Lotus Cars Malaysia Lotus Evora Sport 410 Roda4 Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

15/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

15/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.