Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus RX Serba Baharu Lebih Gah (2015)
Roda4

Lexus RX Serba Baharu Lebih Gah (2015)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/03/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lexus-RX-Pandulajudotcom-04

LEXUS MALAYSIA memperkenalkan model Crossover terbaharunya, Lexus RX generasi ke-4 dengan penambahan ciri-ciri inovatif dan rekabentuk lebih elegan.

RX yang membawa maksud Radiant Crossover itu ditawarkan dalam enam varian berbeza.

HARGA: (Tidak termasuk insurans)

  • Lexus RX200t Premium – RM388,800
  • Lexus RX200t Luxury – RM408,400
  • Lexus RX200t F SPORT – RM422,990
  • Lexus RX350 Luxury – RM457,800
  • Lexus RX350 F SPORT – RM486,300
  • Lexus RX450h – RM520,200

Lexus-RX-Pandulajudotcom-038 PILIHAN WARNA MENARIK:

  1. Red MC.
  2. Sonic Titanium
  3. Graphite Black
  4. Deep Blue
  5. Platinum Silver Metallic
  6. Amber CS (Crystal Shine)
  7. Sonic Quartz
  8. White Nova GF

Lexus-RX-Pandulajudotcom-17PRESTASI:

Lexus RX ditawarkan dalam dua unit enjin berbeza. Bagi varian RX 220t, ia dikuasakan unit enjin bersesaran 2.0L turbocaj suntikan terus 4-silinder sebaris. Hasil bantuan kotak gear transmisi automatik 6-kalajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 235hp pada 4,800 hingga 5,600rpm dan tork puncak 350Nm (1,650 – 4,000rpm)

Manakala varian RX350 pula dilengkapi enjin 3.5L V6 suntikan terus dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 295hp pada 6,300rpm bersama tork puncak 370Nm (4,600 – 4,700rpm).

Berlainan pula bagi RX450h, tugas penghantaran kuasa diserahkan kepada unit enjin 3.5L V6 dengan sistem penjana hibrid.

Lexus-RX-Pandulajudotcom-07LUARAN:

Dengan menampilkan rekaan lebih menarik dan garang, sosok badan Lexus RX menerima sentuhan yang menunjukkan kematangannya berbanding pesaing lain.

Bagi varian F SPORT, rekaan hadapan adalah sama seperti adiknya, Lexus NX.

Lexus-RX-Pandulajudotcom-20    Lexus-RX-Pandulajudotcom-14

Lihat saja keseluruhan tubuh badannya sudah mampu membuatkan anda mengiur kegeraman. Jeriji spindle yang ikonik dan lampu depan berbentuk tiga L jenis LED mampu membuatkan sesiapa saja terpukau melihatnya. Keseluruhan rekabentuk melahirkan gambaran dinamik yang agresif tanpa mengenepikan kemewahan.

Lebih garang, kesemua varian dipadankan dengan rim aloi bersaiz 20 inci.

Lexus-RX450h-Pandulajudotcom-25DALAMAN:

Untuk rekod, Lexus RX serba baru ini adalah lebih luas berbanding generasi sebelumnya. Dengan pertambahan 50mm jarak antara roda, ia menyumbang kepada  keluasan kabin secara keseluruhannya.

Lexus-RX-Pandulajudotcom-24

Lexus-RX-Pandulajudotcom-21    Lexus-RX-Pandulajudotcom-01

Kerusi penumpang belakang boleh dilaras untuk memberikan keselesaan tempat duduk yang mampu menandingi model tertinggi sedan mewah keluarannya, Lexus LS.

Sekiranya mahu ruang lebih besar, tempat duduk belakang boleh diratakan dengan hanya menekan butang pada bahagian bonet belakang.

Lexus-RX-Pandulajudotcom-23KESELAMATAN:

Aspek keselamatan, Lexus RX serba baru ini didatangkan dengan Panoramic View Monitor (PVM), 10 beg udara SRS dan Blind Spot Monitor (BSM) serta Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Bagi anda yang mahu melihat lebih dekat lagi bolehlah kunjungi bilik pameran Lexus berdekatan. Jangan malu-malu, pandu uji sendiri untuk merasai kehebatannya.

Lexus RX Serba Baharu

 

Crossover Kereta Lexus LS Lexus Malaysia Lexus NX Lexus RX UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Roda4

    Range Rover GT – Model Paling Senyap, Rekaan Lebih Rendah

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Auto Terkini

    OMODA 9 SHS P 2026 untuk UK, Varian Baharu Black Noble Lebih Eksklusif

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.