Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus RC Final Edition, RC F Final Edition 2025 – Model Edisi ‘Sayonara’ Tahun Ini
Roda4

Lexus RC Final Edition, RC F Final Edition 2025 – Model Edisi ‘Sayonara’ Tahun Ini

Abang HirataBy Abang Hirata20/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDAR TAK SEDAR, Lexus RC sudah dikeluarkan sejak 2014 dan kini tiba masa untuk ditamatkan. Bukan sebulan dua lagi dan masih ada masa hingga pengeluaran ditamatkan pada November 2025.

Sempena tahun akhir, dua model istimewa ditawarkan, iaitu RC dan RC F Final Edition sebagai penghargaan kepada pelanggan.

Sejak dikeluarkan, ada kira-kira 79,000 unit RC dijual di 62 negara dan rantau. RC F pula lebih garang bernadikan enjin aspirasi natural (NA) 5.0L V8 dengan kira-kira 12,000 unit dijual di 57 negara dan rantau.

Berikut fakta mengenai Lexus RC Final Edition 2025 dan Lexus RC F Final Edition 2025:

  • Lexus RC F Final Edition 2025 dilengkapi rim aluminium BBS 19 inci dalam warna Metal Star Gloss Black (hitam), kaliper brek merah, cermin sisi lipatan automatik warna hitam dan kelabu (smoke) dan spoiler belakang karbon jenis aktif.
  • Menggunakan rim aluminium Enkei 19 inci, kaliper dan cermin sisi sama warna seperti RC V8.
  • Bahagian dalaman menggunakan komponen karbon dan balutan Ultrasuede yang membangkitkan aura F.
  • Dalaman Black & Flare Red memonjolkan imej garang Final Edition dan ada sembilan warna untuk RC dan tujuh buat RC F, termasuk pilihan warna baru Sonic Iridium yang menyerlahkan bentuk tajam kereta.
  • RC F Final Edition dijana Enjin 2UR-GSE 5.0 liter V8 dengan output kuasa 481ps dan tork 535Nm.
  • RC Final Edition pula ditawarkan dalam tiga varian, iaitu RC350 dengan enjin 2GR-FKS 3.5L V6 berkuasa 318ps dan tork 380Nm.
  • RC300 dijana enjin 8AR-FTS 2.0L turbo berkuasa 245ps dan tork 350Nm. Kedua-dua enjin menggunakan transmisi SPDS 8-kelajuan.
  • Satu-satunya varian hibrid, iaitu RC300h menggunakan enjin 2AR-FSE 2.5L berkuasa 178ps dan tork 221Nm yang dipadankan transmisi E-CVT dengan motor elektrik berkuasa 105kW (143ps) dan tork 300Nm.
  • Daripada empat pilihan di atas, model RC F dihasilkan 200 unit sahaja, dan tiada had untuk RC Final Edition.

Ciri Lexus RC F Final Edition 2025

  • Enjin 2UR-GSE 5.0L V8 dengan lencana khas.
  • Output kuasa 481ps @ 7,100rpm, tork 535Nm @ 4,800rpm.
  • Transmisi SPDS 8-kelajuan.
  • Spoiler depan karbon.
  • Sirip skirt sisi karbon.
  • Bumbung karbon.
  • Difuser karbon.
  • Sayap belakang karbon jenis aktif.
  • Rim Final Edition dari BBS 19 inci warna Metal Star Gloss Black.
  • Kaliper brek merah dengan logo F depan dan belakang.
  • Cermin sisi boleh lipat automatik Final Edition warna hitam dan kelabu.
  • Ada tujuh pilihan warna badan.
  • Ruag kabin Final Edition Black & Flare Red.
  • Kluster instrumen analog dan meter tengah besar Final Edition dengan animasi khas.
  • Lencana Final Edition pada konsol tengah.
  • Panel karbon pada laci papan pemuka, panel karbon suis tingkap kuasa.
  • Balutan Ultrasuede pada kerusi sport jenis tinggi, bahagian pemandu dengan memori, fungsi pemanas dan pengudaraan untuk pemandu dan penumpang sisi.
  • Balutan Ultrasuede pada stereng, tombol gear dan trim pintu.
  • Balutan fabrik ala sued pada atas meter.
  • Suluhan logo Fย atas permukaan jalan.
  • Sarung/bekas sijil pemeriksaan kenderaan daripada fabrik ala sued.

Ciri Lexus RC Final Edition 2025

  • Varian RC350 dijana enjin 2GR-FKS 3.5L V6 dengan output kuasa 318ps @ 6,600rpm,dan tork 380Nm@4,800rpm.
  • Varian RC300 dijana enjin 8AR-FTS 2.0L turbo dengan output kuasa 245ps @ 5,200-5,800rpm, dan tork 350Nm @ 1,650-4,400rpm.
  • Transmisi SPDS 8-kelajuan
  • Varian RC300h dijana enjin 2AR-FSE 2.5L hibrid dengan output kuasa 178ps @ 6,00o rpm, dan tork 221Nm @ 4,200-4,800rpm, manakala motor elektrik 105kW (143 ps), dan tork 300Nm.
  • Transmisi E-CVT
Lexus RC Final Edition
Lexus RC Final Edition
  • Rim Final Edition Enkei 19 inci.
  • Kaliper brek merah dengan logo Lexus depan dan belakang.
  • Cermin sisi boleh lipat automatik Final Edition warna hitam dan kelabu.
  • Dalaman Final Edition Black & Flare Red.
  • Panel karbon pada laci papan pemuka, dan panel karbon suis tingkap kuasa.
  • Lencana Final Edition pada konsol tengah.
  • Balutan Ultrasuedeย pada kerusi sport, bahagian pemandu dengan memori, fungsi pemanas dan pengudaraan untuk pemandu dan penumpang sisi.
  • Balutan Ultrasuede pada stereng, tombol gear dan trim pintu.
  • Balutan fabrik ala sued pada atas meter.
  • Kluster instrumen TFT LCD 8 inci Final Edition dengan animasi khas.
  • Suluhan logo F Sportย atas permukaan jalan.

Harga

  • RC350 Final Edition: 7,670,000 yen (RM221,750)
  • RC300h Final Edition: 7,110,000 yen (RM205,560)
  • RC300 Final Edition: 6,660,000 yen (RM192,550)
  • RC F Final Edition: 13,600,000 yen (RM393,205)
Lexus RC F Final Edition 2025
Lexus RC F Final Edition
Lexus RC F Final Edition
Lexus RC F Final Edition
Lexus RC Final Edition 2025
Lexus RC Final Edition
Lexus RC Final Edition
Lexus RC Final Edition
Lexus Lexus RC Lexus RC F Lexus RC F Final Edition Lexus RC Final Edition Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.