Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lewis Hamilton Bakal Rindu Peminat Terutama Roti Canai di Malaysia
Auto Terkini

Lewis Hamilton Bakal Rindu Peminat Terutama Roti Canai di Malaysia

SyafieBy Syafie11/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA sensasi Formula Satu (F1), Lewis Hamilton yang kini secara rasmi meninggalkan pasukan Mercedes AMG Petronas menyatakan bakal merindui para peminatnya termasuk sajian roti canai yang menjadi tradisi setiap kali mengunjungi Malaysia.

Sepanjang 12 musim bersama Mercedes, Hamilton telah mencipta sejarah dengan enam gelaran juara dunia sebelum meneruskan kariernya bersama pasukan baru iaitu Ferrari pada tahun depan. Ucapan terakhir dan selamat tinggal turut disampaikannya semasa perlumbaan penutup tirai F1 di Grand Prix (GP) Abu Dhabi, pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, pelumba warga Britain berusia 39 tahun itu menyatakan hasrat untuk kembali lagi ke Malaysia sekiranya GP Malaysia suatu hari nanti kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dałam Wawancara Kumpulan Media Eksklusif di Menara Petronas, Lewis Hamilton berkata;

Pertama sekali, saya akan merindui mereka. Sememangnya salah satu faedah atau perkara baik dalam hubungan itu adalah Petronas akan membawa saya ke sini dan saya akan dapat berinteraksi dengan orang ramai di Kuala Lumpur, dan itu adalah sesuatu yang saya akan rindui.”

“Saya berharap GP Malaysia suatu hari nanti akan kembali semula semasa saya masih berlumba. Saya akan sentiasa mengingati ‘roti canai’. Ini adalah hidangan kegemaran saya di sini sejak dahulu. Saya akan cuba menikmatinya malam ini.”

Sebelum ini, Hamilton menyertai Mercedes pada 2013 dan menjadi salah satu pasukan paling dominan di pentas F1 bersama Silver Arrows. Setakat ini, dia telah menjuarai siri F1 pada tahun 2008, 2014, 2015, 2017, 2018, 2019, dan 2020.

Justeru, dia turut berazam untuk merebut rekod kejuaraan dunia kelapan, sekaligus memecahkan rekod pelumba legenda Michael Schumacher yang juga pemenang gelaran kejuaraan dunia F1 sebanyak tujuh kali.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Ferrari FIM MiniGP Malaysia Series Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Abu Dhabi Lewis Hamilton Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Mercedes-AMG Petronas Michael Schumacher Petronas Silver Arrows
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group

    16/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.