Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Leapmotor Catat Rekod Jualan di China Tujuh Bulan Berturut-Turut
Auto Terkini

Leapmotor Catat Rekod Jualan di China Tujuh Bulan Berturut-Turut

Abang HirataBy Abang Hirata29/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lafa5 800

JENAMA kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor yang mula menunjukkan taring di Malaysia, terus mencatat prestasi jualan memberangsangkan.

Pada November 2025, pengeluar itu menyerahkan 70,327 unit kenderaan di China, termasuk jualan domestik dan eksport, juga bulan ketujuh berturut-turut mencatatkan rekod penghantaran tertinggi, iaitu peningkatan 75 peratus berbanding November 2024.

Leapmotor A10

Bagi tempoh Januari hingga November 2025, Leapmotor menyerahkan 536,132 unit kenderaan, termasuk pasaran domestik dan eksport, menunjukkan pertumbuhan 113 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada 15 November, Leapmotor mengumumkan penghantaran tahunan melepasi 500,000 unit, sekali gus mencapai sasaran 2025 lebih awal berbanding dijangka.

Leapmotor T03

Lonjakan Jualan Dipacu Produk Baharu

Pertumbuhan Leapmotor di China dipacu oleh pelancaran produk baharu seperti:

  • Lafa5 (B05): Hatchback elektrik dilancarkan 27 November
  • A10 (B03X): Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik, debut di Pameran Auto Guangzhou
  • D19: SUV ekstender jarak dengan bateri 80kWj, terbesar setakat ini

Leapmotor menawarkan model elektrik (BEV) melalui T03 dan B01, manakala model lain seperti A10, B10, C01, C10, C11, C16 dan Lafa5 turut ditawarkan dengan varian ekstender jarak (REEV).

Stellantis Malaysia

Leapmotor B10 | Malaysia

Di Malaysia, Stellantis Malaysia secara rasmi melancarkan SUVsegmen-C  5-kerusi, Leapmotor B10 selepas C10 dalam dua varian: Life dan Design, pada harga culup kompetitif:

  • B10 Life – RM107,800 (harga pengenalan RM99,800 untuk 200 unit pertama)
  • B10 Design – RM118,800 (harga pengenalan RM109,800 untuk 200 unit pertama)

Dengan rebat pengenalan itu, Leapmotor B10 menjadi lebih murah berbanding pesaing seperti Proton e.Mas 7 dan BYD Atto 3 Ultra dalam tempoh promosi.

Leapmotor C10

Pelaburan Stellantis

Diasaskan pada 2015, Leapmotor menumpukan pada EV pintar berasaskan teknologi. Pengasasnya, Zhu Jiangming, iaitu jurutera elektronik dengan lebih 30 tahun pengalaman.

Pengeluar itu menguasai rekabentuk, kajian dan pembangunan (R&D), pembuatan, bantuan pemanduan, kawalan elektronik motor, sistem bateri dan penyelesaian Internet Kenderaan berasaskan awan.

Pengasas Leapmotor, Zhu Jiangming;  CEO Leapmotor International, Tianshu Xin; CEO Stellantis, Carlos Tavares; dan Pegawai Perhubungan Leapmotor, Grégoire Olivier
Pengasas Leapmotor, Zhu Jiangming;  CEO Leapmotor International, Tianshu Xin; CEO Stellantis, Carlos Tavares; dan Pegawai Perhubungan Leapmotor, Grégoire Olivier

65 peratus kos kenderaan datang daripada komponen yang dibangunkan sendiri, seperti:

  • Sistem pacuan elektrik lapan-dalam-satu
  • Teknologi integrasi casis bateri CTC
  • Arkiktektur elektronik dan elektrik bersepadu pusat empat-dalam-satu

Pada 2023, Stellantis Group melabur dan pada Mei 2024, kedua-dua pihak menubuhkan Leapmotor International Joint Venture untuk pasaran antarabangsa.

Leapmotor Lafa5
Leapmotor T03
Leapmotor T03
Leapmotor C16
Leapmotor A10
Leapmotor C10
Leapmotor C10
Leapmotor B10 | Malaysia
Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Leapmotor Stallantis Group Stellantis
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.