Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Bernilai RM6 Bilion Siap 2026
Auto Terkini

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Bernilai RM6 Bilion Siap 2026

Han OthmanBy Han Othman02/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)
dijangka siap menjelang 2026 dengan kerja fasa pertama projek bernilai RM6 bilion itu bakal dimulakan dalam masa terdekat.

Ini dimaklumkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang berkata, KXP dijangka membawa perubahan besar dalam lanskap ekonomi negeri termasuk pelaksanaan beberapa projek sokongan.

Jelasnya, KXP juga akan memainkan peranan dalam beberapa cabang industri penerbangan serantau seperti menjadi hab industri halal dan e-dagang, produk farmasi dan pelbagai kategori kargo.

BACA >>> Tak Tahan Stres, Wanita Pandu Kereta Masuk Bangunan Lapangan Terbang
BACA >>> BMW Malaysia dan Sime Darby Buka Kilang Pemasangan Enjin di Kulim, Kedah

Menurutnya, beberapa projek dijangka menyusul membabitkan pembangunan infrastruktur utama seperti Lebuh Raya Koridor Utara (NCH) bagi laluan antara Bandar Baharu ke Sungai Petani melalui KXP. Selain itu, juga bakal dibina adalah akses baharu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Tikam Batu dan kerja menaik taraf laluan keluar masuk ke Sungai Petani.

Ada juga cadangan penjajaran baharu kereta api dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang melalui Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan Sungai Petani.

Muhammad Sanusi, yang juga Pengerusi KXP AirportCity Holdings sebelum itu memeterai perjanjian usahasama bersama Kumpulan ECK yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Dr Khor Eng Chuen.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya optimis KXP mampu menjana peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kedah yang diunjurkan mencapai 7.5 peratus setahun berbanding 4.5 peratus ketika ini.

“Lapangan terbang ini akan dijadikan hab baik pulih industri penerbangan dan pusat operasi bencana serantau berdasarkan kedudukannya di tengah rantau Asia Tenggara.

“Bagi meningkatkan daya ekonomi rakyat, KXP bakal menyediakan antara 15,000 hingga 18,000 peluang pekerjaan secara langsung untuk diisi penduduk tempatan,” katanya.

BACA >>> #SembangDeras: Ambulans Langgar Persona, Siapa yang Bersalah?
BACA >>> Polis Cekup Mak Sorok Anak dalam But Kereta Sebab Nak ke Pasar Raya
BACA >>>> MB Kedah Nak Bina Litar Prestasi Tinggi untuk Pemilik Supercar Langkawi

SUMBER: HMetro

Auto Terkini Kedah Kulim Lapangan Terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.