• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Cekup Mak Sorok Anak dalam But Kereta Sebab Nak ke Pasar Raya

Polis Cekup Mak Sorok Anak dalam But Kereta Sebab Nak ke Pasar Raya

February 19, 2021 By AO Leave a Comment

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG wanita ditahan polis kerana menyorokkan anak tirinya dalam but kereta dalam cubaan merentas daerah untuk ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kejadian berlaku dalam sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 2.4 di Lebuhraya Bultterworth Kulim (BKE), pada jam 5 petang semalam apabila seorang pemandu wanita berusia 35 tahun didapati memandu kereta jenis Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.

Apabila ditahan pemandu memandu bersama seorang remaja lelaki di sebelah. Mereka kemudian memaklumkan tinggal di daerah Seberang Perai Utara dan mahu ke sebuah pasaraya di Seberang Jaya untuk membeli pakaian. Namun selepas pemeriksaan lanjut dibuat polis menemui seorang lagi remaja lelaki berusia 14 tahun yang bersembunyi dalam but.

Wanita itu memberikan alasan terpaksa menyorokkan anak tirinya kerana mahu ke pasar raya dan bimbang ditahan polis jika menaiki kereta lebih dua orang kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKP.

Polis kemudian mengenakan kompaun RM1,000 terhadap pemandu kereta itu kerana gagal mengemukakan permit pergerakan dan kenderaan tersebut turut diarah berpatah balik, termasuk menasihatkan dua remaja lelaki kerana masih di bawah umur. Remaja di kerusi depan ialah rakan sebaya kepada anak tiri pemandu.

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kompaun PKP, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP, PKP 2.0, Pulau Pinang, Sorok Anak dalam But

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my