• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Malaysia dan Sime Darby Buka Kilang Pemasangan Enjin di Kulim, Kedah

BMW Malaysia dan Sime Darby Buka Kilang Pemasangan Enjin di Kulim, Kedah

May 4, 2018 By AI Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Group Malaysia dan Sime Darby Auto Engineering (SDAE), iaitu divisyen Sime Darby Motors melancarkan  Kilang Pemasangan Enjin SDAE di Kulim, Kedah dengan jumlah pelaburan bernilai RM132 juta daripada SDAE.

Kemudahan yang dibangunkan atas tanah 6 ekar dengan ruang berkeluasan mencecah 8,500 meter persegi itu akan menjadi sokongan kepada peningkatan permintaan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) BMW Group Malaysia dengan teknologi enjin baharu selain membantu inisiatif eksport ke pasaran serantau.

Kilang pemasangan itu turut dilengkapi peralatan pemasangan EST, kelengkapan Teknologi Dosing and Bonding (DoboTech), pengukiran enjin, pengisian minyak enjin dan mesin ujian untuk pampasan injap hidraulik, dan ujian kebocoran, termasuk ujian kepanasan dan kesejukan.

Menurut Timbalan Presiden Kanan, Enjin Produksi dan Powertrains Elektrik, BMW Group Ilka Horstmeier, hasilnya ialah penubuhan kilang pemasangan enjin 3 dan 4-silinder, enjin diesel 4-silinder, dan enjin pembakaran dalaman 3 dan 4-silinder untuk kenderaan elektrik Plug-In Hibrid.

" Malah, SDAE turut menambah 60 pekerja tambahan sebagai komitmen kepada peluang pekerjaan dan prospek kerjaya dalam pasaran pekerjaan tempatan di kawasan Teknologi Tinggi Kulim," katanya lagi.

Visi Sime Darby Motors ialah menjadi rakan pemasangan berkontrak untuk pengeluar kenderaan terbaik di Asean dengan sasaran menghasilkan lebih 50,000 kenderaan dan komponen enjin serta kenderaan lain menjelang 2020.

GALERI
Fasiliti Enjin SDAE Kulim BMW
Fasiliti Enjin SDAE Kulim BMW
Fasiliti Enjin SDAE Kulim BMW
Fasiliti Enjin SDAE Kulim BMW
Fasiliti Enjin SDAE Kulim BMW
102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, BMW Group Malaysia, fasiliti, Fasiliti Pemasangan Enjin SDAE, kilang, kilang Pemasangan, Sime Darby Auto Engineering (SDAE), Sime Darby Motors

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!
    Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my