• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Bernilai RM6 Bilion Siap 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Bernilai RM6 Bilion Siap 2026

August 2, 2021 By AO Leave a Comment

413
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)
dijangka siap menjelang 2026 dengan kerja fasa pertama projek bernilai RM6 bilion itu bakal dimulakan dalam masa terdekat.

Ini dimaklumkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang berkata, KXP dijangka membawa perubahan besar dalam lanskap ekonomi negeri termasuk pelaksanaan beberapa projek sokongan.

Jelasnya, KXP juga akan memainkan peranan dalam beberapa cabang industri penerbangan serantau seperti menjadi hab industri halal dan e-dagang, produk farmasi dan pelbagai kategori kargo.

BACA >>> Tak Tahan Stres, Wanita Pandu Kereta Masuk Bangunan Lapangan Terbang
BACA >>> BMW Malaysia dan Sime Darby Buka Kilang Pemasangan Enjin di Kulim, Kedah

Menurutnya, beberapa projek dijangka menyusul membabitkan pembangunan infrastruktur utama seperti Lebuh Raya Koridor Utara (NCH) bagi laluan antara Bandar Baharu ke Sungai Petani melalui KXP. Selain itu, juga bakal dibina adalah akses baharu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Tikam Batu dan kerja menaik taraf laluan keluar masuk ke Sungai Petani.

Ada juga cadangan penjajaran baharu kereta api dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang melalui Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan Sungai Petani.

Muhammad Sanusi, yang juga Pengerusi KXP AirportCity Holdings sebelum itu memeterai perjanjian usahasama bersama Kumpulan ECK yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Dr Khor Eng Chuen.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya optimis KXP mampu menjana peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kedah yang diunjurkan mencapai 7.5 peratus setahun berbanding 4.5 peratus ketika ini.

"Lapangan terbang ini akan dijadikan hab baik pulih industri penerbangan dan pusat operasi bencana serantau berdasarkan kedudukannya di tengah rantau Asia Tenggara.

"Bagi meningkatkan daya ekonomi rakyat, KXP bakal menyediakan antara 15,000 hingga 18,000 peluang pekerjaan secara langsung untuk diisi penduduk tempatan," katanya.

BACA >>> #SembangDeras: Ambulans Langgar Persona, Siapa yang Bersalah?
BACA >>> Polis Cekup Mak Sorok Anak dalam But Kereta Sebab Nak ke Pasar Raya
BACA >>>> MB Kedah Nak Bina Litar Prestasi Tinggi untuk Pemilik Supercar Langkawi

SUMBER: HMetro

413
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kedah, Kulim, Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my