Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lamborghini Sekali Lagi Catat Jualan Tahunan Tertinggi, Urus Paling Laris!
Auto Terkini

Lamborghini Sekali Lagi Catat Jualan Tahunan Tertinggi, Urus Paling Laris!

Abang HirataBy Abang Hirata20/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP awal tahun, pengeluar kenderaan biasanya akan mendedahkan  angka jualan tahun sebelumnya. Bagi pengeluar massa, angka jutaan unit adalah perkara biasa, tetapi bagaimanakah pula jenama prestasi?

Ini angka diumumkan pengeluar supercar dari Itali, Automobili Lamborghini yang mengakhiri 2021 dengan rekod baharu syarikat, iaitu 8,405 unit jualan.

BACA >>> Lamborghini Urus ST-X Concept – Super SUV yang Direka untuk Perlumbaan!

Jumlah itu sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan syarikat berstatus gergasi, tetapi sudah cukup tinggi dalam liga jenama prestasi. Jualan global itu menyaksikan peningkatan 13 peratus berbanding 2020.

Daripada jumlah jualan tahunan tersebut, SUV super Urus dapat dijual sebanyak 5,021 unit!

Ini bermakna keputusan Lamborghini mengeluarkan SUV memang tepat apabila banyak membantu meningkatkan jualan pengeluar itu sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu.

BACA >>> #RetroAuto: Aventador – Model V12 yang Paling ‘Kick’ dalam Sejarah Lamborghini!

Model kedua terlaris ialah Huracán (2,586 unit), manakala Aventador (798 unit). Menariknya, tempahan kenderaan Lamborghini sudah hampir penuh mengikut jadual pengeluaran dirancang sepanjang 2022. Peminat pula bakal dihidangkan dengan empat buah tangan baharu Lamborghini sepanjang tahun ini.

Berikut pelancaran model baharu sepanjang 2021:

  • Huracán STO – Super Trofeo Omologata – model jalanan yang dihasilkan daripada jentera lumba Huracán Super Trofeo EVO dan GT3 EVO.
  • Aventador Ultimae – siri terakhir daripada Aventador.
  • Countach LPI 800-4 – model ikonik yang dijelmakan semula.
Pencapaian Jualan Sepanjang 2021:

  • Peningkatan jualan 14 peratus di Amerika, 14 peratus (Asia Pasifik) dan 12 peratus (EMEA – Eropah, Timur Tengah dan Afrika).
  • Pembahagian jualan di pasaran tersebut hampir seimbang, iaitu 35 peratus, 27 peratus dan 39 peratus.
  • Jualan terbesar datang dari Amerika Syarikat (2,472 unit) meningkat 11 peratus.
  • China di tempat kedua (935 unit), meningkat 55 peratus!.
  • Jerman di tempat ketiga dengan peningkatan 16 peratus kepada 706 unit, disusuli Britain (564 unit), meningkat 9 peratus.
  • Jualan di negara asal, Itali ialah 359 unit, juga meningkat 3 peratus.

Ke Era Hibrid dan Elektrifikasi

Selain model baharu, Lamborghini tahun lalu turut mengumumkan strategi elektrifikasi dan mampan, iaitu Direzione Cor Tauri. Lebih €1.5 bilion  (RM7.12 bilion) akan dibelanjakan sepanjang tempoh empat tahun dan Lamborghini bakal melancarkan model hibrid massa pertama menjelang 2023.

Pada 2024 nanti, semua model Lamborghini akan menggunakan teknologi elektrifikasi dengan sasaran mengurangkan emisi karbon dioksida (CO2) hingga 50 peratus bermula 2025. Lamborghini juga akan melancarkan model elektrik keempat pada penggal kedua dekad ini.

BACA >>> Lamborghini Jalpa (1982) – Model Ikonik yang Penuh Sejarah Selain Countach
BACA >>> Lamborghini Bikin Semula Countach LP 500, Supercar 1971 Kini Hidup Kembali

Auto Terkini Automobili Lamborghini Jualan Lamborghini 2021 Lamborghini Aventador Lamborghini Huracan Lamborghini Urus Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.