• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Lamborghini Bikin Semula Countach LP 500, Supercar 1971 Kini Hidup Kembali

Lamborghini Bikin Semula Countach LP 500, Supercar 1971 Kini Hidup Kembali

November 16, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMBORGHINI pada Ogos lalu memperkenalkan Countach LPI 800-4 Hybrid.  Sama seperti Countach asal, model hibrid itu berjaya menarik perhatian ramai pemerhati dan peminat pengeluar supercar dari Itali itu.

Countach generasi pertama ialah model penting Lamborghini yang menjadi idaman ramai peminat supercar dengan banyak poster digantung di bilik mereka. Dengan rekabentuk revolusi, model itu tampil begitu futuristik dan jauh lebih moden ke hadapan.

BACA >>> 'Mat Lamborghini' Mengaku Salah, Kena Penjara Wajib 2 Minggu, Denda RM9k
BACA >>> Lamborghini Urus Graphite Capsule Lancar Di India, Harga Masih Tanda Soal

Bagaimanapun, Countach baharu itu (foto atas) dikritik kerana dituduh tidak menyerupai model asal. Seperkara perlu diketahui, Countach lama di pasaran dengan pengeluaran bermula dari 1974 hingga 1990. Sepanjang tempoh itu, banyak versi Countach dikeluarkan dan ada yang tampil bersahaja dan lebih garang dengan spoiler tinggi.

Apabila Countach baharu dikritik, soalan perlu ditanya, versi keluaran mana yang dibandingkan?

Selepas Countach LPI 800-4 diperkenalkan, Lamborghini pada Oktober lalu melancarkan pula Countach LP 500, iaitu model asal 1974 yang dikeluarkan semula. Model itu dibikin semula sebagai respons kepada permintaan peminat model klasik dan Lamborghini pada penghujung 2017.

Seperti dilihat, Countach LP 500 asal itu hadir bersahaja tanpa spoiler belakang. Model ini kali pertama diperkenalkan pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 1971 dan selepas itu foto supercar itu tular serata dunia kerana tampil dalam bentuk luar biasa.

Selepas tiga tahun terlibat dalam pembangunan, Countach LP 500 dikorbankan untuk ujian perlanggaran pada Mac 1974. Bagaimanakah model yang sudah tidak wujud itu dilahirkan semula?

Berikut proses pembinaan semula Countach LP 500:

  • Beberapa bulan pertama dihabiskan untuk mengumpul pelbagai bahan dan analisis mendalam.
  • Segala foto, dokumen, laporan mesyuarat, lukisan asal termasuk memori tentang model itu dikumpul.
  • Yayasan Fondazione Pirelli turut membantu membekalkan bahan arkib bagi mengeluarkan semula tayar LP 500 asal.
  • Kerja dimulakan pada bahagian casis.
  • Bagi komponen mekanikal, alat ganti tulen Lamborghini digunakan, manakala komponen lain dibaik pulih dan bahagian rosak dihasilkan semula.
  • Pirelli menghasilkan semula tayar asal Pirelli Cinturato CN12 dengan corak dan estetika sama seperti model terdahulu dengan kompaun dan struktur tayar mengikut teknologi masa kini.
  • Warna dengan komposisi sama bagi menghasilkan warna kuning asal, dipanggil Giallo Fly Speciale.

Secara keseluruhan, projek berkenaan mengambil masa 25,000 jam untuk disiapkan Lamborghini Polo Storico, iaitu divisyen yang bertanggungjawab memulihara kenderaan buatan Lamborghini.

Selepas siap, Countach LP 500 diserahkan kepada pemiliknya di litar Vizzola Ticino di Itali bagi merasai sendiri pengalaman baharu bersama.

Apa boleh dikatakan, projek tersebut memang luar biasa yang  tidak hanya mengenai duit yang banyak, tetapi memerlukan masa, ketekunan dan kesabaran. Ini bukan projek restorasi, tetapi projek menghasilkan semula kereta yang sudah lama tiada. Hasilnya memang menakjubkan!

BACA >>> Lamborghini, LEGO Hasilkan Replika Sian FKP 37 Saiz Sebenar, 360 Hari Baru Siap
BACA >>> Lamborghini Sián - Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

Lamborghini Countach LP 500.01
Lamborghini Countach LP 500.02
Lamborghini Countach LP 500.09
Lamborghini Countach LP 500.10
Lamborghini Countach LP 500.11
Lamborghini Countach LP 500.12
Lamborghini Countach LP 500.13
Lamborghini Countach LP 500.14
Lamborghini Countach LP 500.15
Lamborghini Countach LP 500.16
Lamborghini Countach LP 500.17
Lamborghini Countach LP 500.18
Lamborghini Countach LP 500.19
Lamborghini Countach LP 500.20
Lamborghini Countach LP 500.21
Lamborghini Countach LP 500.22
Lamborghini Countach LP 500.23
Lamborghini Countach LP 500.24
Lamborghini Countach LP 500.25
Lamborghini Countach LPI 800-4
Lamborghini Countach LPI 800-4.01
Lamborghini Countach LPI 800-4.02
Lamborghini Countach LPI 800-4.03
Lamborghini Countach LPI 800-4.04
Lamborghini Countach LPI 800-4.05
Lamborghini Countach LPI 800-4.06
Lamborghini Countach LPI 800-4.07
Lamborghini Countach LPI 800-4.08

Artikel Berkaitan

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: Countach LP 500, Lamborghini Countach, Lamborghini Countach LP 500, Lamborghini Polo Storico, Polo Storico, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Mitsubishi Triton Lite - Raja Trak Pikap
    Mitsubishi Triton Lite - Raja Trak Pikap
  • Senarai Tempoh Menunggu Model Perodua 2023, Alza Paling Lama, Lebih Setahun!
    Senarai Tempoh Menunggu Model Perodua 2023, Alza Paling Lama, Lebih Setahun!
  • Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia - Harga RM10,500 Seunit
    Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia - Harga RM10,500 Seunit

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my