• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lamborghini Urus Graphite Capsule Lancar Di India, Harga Masih Tanda Soal

Lamborghini Urus Graphite Capsule Lancar Di India, Harga Masih Tanda Soal

August 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

TAHUN 2021 nampak agak meriah bagi jenama Lamborghini di India. Pengeluar supercar Itali itu sudah memperkenalkan sekurang-kurangnya empat varian daripada dua model.

Varian dan model itu membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Urus Pearl Capsule Edition, Huracan Evo RWD Spyder, Huracan STO dan terbaharu, Urus Graphite Capsule Edition.

Ini adalah perincian varian terbaharu Lamborghini Urus Graphite Capsule Edition (2021):

  • Harga rasmi belum diumumkan. Dilaporkan lebih mahal berbanding model Urus standard yang ditawarkan pada harga asas 3.16 crore rupee (RM1.8 juta).
  • Tiada perubahan mekanikal enjin. Trenkuasa masih 4.0 liter V8 turbo menghasilkan kuasa 641hp dan tork 850Nm. Sistem transmisi digunakan ialah automatik 8-kelajuan.
  • Ada empat pilihan warna badan iaitu Nero Noctis (hitam kusam), Grigio Keres (perak), Grigio Nimbus (kelabu) dan  Bianco Monocerus (putih).
  • Ada opsyen warna kontras iaitu  Arancio Leonis (oren), Giallo Taurus (yellow) dan Verde Scandal (hijau). Warna ini dikenakan pada komponen splitter depan, panel pintu dan spoiler belakang.
  • Saiz rim ditawarkan ialah 23 inci Taigete iaitu dua inci lebih besar berbanding rim standard Urus (21 inci). Lamborghini menyediakan sehingga 16 opsyen kombinasi warna untuk pelanggan.
  • Ruang kabin juga dwitona dan menerima balutan material Alcantara pada tempat dudukdan sulaman signatur heksagon Q-citura. Ada juga sulaman logo dalam ruang kabin. Papan pemuka mendapat kemasan gentian karbon dan aluminium.

BACA >>> #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
BACA >>> Lamborghini Tawar 112 Unit Countach LPI 800-4 Hibrid, Ada Lebih 30 Pilihan Warna
BACA >>> Kereta Saya Hilang di Parkir Berbayar, Bolehkah Minta Ganti Rugi daripada Pengurusan?
BACA >>> Renault Arkana - SUV Coupé dengan Harga Orang Kebanyakan?

SUMBER: HindustanTimes | CarWale

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Lamborghini India, Lamborghini Urus Graphite Capsule Edition (2021), Roda4, SUV Itali

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my