Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lamborghini Sián – Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach
Roda4

Lamborghini Sián – Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

Abang HirataBy Abang Hirata05/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA rekabentuk sesebuah model kereta berteraskan konsep agresif, cabaran untuk menghasilkan model seterusnya lebih sukar berbanding falsafah timeless yang lebih malar segar. Tidak hairanlah adda sesetengah model begitu menyerlah pada satu-satu generasi dan kemudian hilang arah pada generasi seterusnya.

Namun, situasi seumpama itu tiada pada Lamborghini. Generasi demi generasi, Lamborghini berjaya meletakkan sempadan baharu dalam falsafah rekabentuk jenama itu. Terbaharu, Lamborghini akan memperkenalkan Sián di Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt (IAA) 2019 yang turut mempamerkan masa depan jenama itu.

BACA >>> Debut Lamborghini Huracan Evo, Berkuasa 640hp, Tetapi Lebih Jinak Dipandu

ILHAM MODEL IKONIK, COUNTACH

Sián tidak hanya memperkenalkan konsep rekabentuk, tetapi juga teknologi hibrid kuasa tinggi. Nama model ini bermaksud ‘kilat’ atau ‘petir’ dalam dialek Bolognese di Itali, merujuk kepada aplikasi elektrik pertama untuk model pengeluaran Lamborghini.

Seperkara menarik, walaupun Sián sarat elemen futuristik, pasukan perekabentuk Lamborghini berjaya menerapkan unsur-unsur model legenda Countach. Pengaruh dan garisan Marcello Gandini, iaitu pereka Countach, jelas dapat dilihat pada bahagian depan yang diteruskan pada keseluruhan bentuk Sián, termasuk enam lampu belakang bentuk heksagon.

Supercar hibrid Sián ini dijana enjin V12 dengan injap masukan titanium untuk ledakan kuasa setinggi 785hp @ 8,500 rpm, yang juga output paling tinggi berbanding mana-mana enjin Lamborghini setakat ini.

Paduan kuasa 34hp daripada sistem hibrid menjadikan total kuasa supercar ini melonjak kepada 819hp. Walaupun sebuah hibrid, ia masih lagi mengeluarkan deruman bunyi enjin seperti didambakan daripada sebuah model Lamborghini. Tambahan berat daripada sistem hibrid juga tidak membebankan kerana nisbah berat kepada kuasa Sián lebih baik berbanding Aventador SVJ. Ini dicapai melalui penggunaan komponen dan alat ganti ringan.

BACA >>> Bikin Anugerah Sendiri, Jeremy Clarkson Pilih Lamborghini Huracan Performante

MODEL LAMBO TERPANTAS!

Dari segi prestasi, pecutan 0-100kmj mengambil masa kurang 2.8 saat, juga model Lamborghini terpantas dari segi pecutan, manakala kelajuan maksimum pula mencecah lebih 350kmj.

Sempena IAA nanti, Sián tidak hadir sebagai model konsep yang sekadar produk pameran. Sebaliknya tampil untuk dijual dalam unit terhad, iaitu 63 unit sahaja dengan mengikut cita rasa pembeli. Angka 63 merujuk kepada tahun penubuhan Lamborghini.

Sayangnya, semua 63 unit Sián sudah pun habis dijual. 😩

BACA >>> Lamborghini Urus ST-X Concept – Super SUV yang Direka untuk Perlumbaan!

GALERI
hibrid Kereta super Kereta super hibrid Lamborghini Lamborghini Sián Marcello Gandini Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Auto Terkini

    Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

    08/05/2026
    Roda4

    Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.