Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM 990 Duke, 1390 Super Duke R 2024 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99.8k
Roda2

KTM 990 Duke, 1390 Super Duke R 2024 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99.8k

SyafieBy Syafie06/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM Malaysia melancarkan dua model supernaked KTM Duke 2024 dengan sesaran enjin besar sempena sambutan Aniversari KTM Duke ke-30 yang bertemakan ‘No Bullshit‘.

Kedua-dua model itu ialah KTM 990 Duke 2024  dan KTM 1390 Super Duke R 2024.

Berikut harga ditawarkan:

  • KTM 990 Duke – RM99,800
  • KTM 1390 Super Duke R – RM151,300

1. KTM 990 Duke (The Sniper)

  • Menggunakan enjin 4-lejang dwi-silinder Parallel-Twin LC8c berkapasiti 990cc penyejukan cecair/minyak dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 123hp @ 9500rpm, tork 103Nm @ 6,750rpm.
  • Dilengkapi klac antigelinci PASC (Power and Assist Slipper Clutch) dan Quickshifter+ dengan transmisi manual 6-kelajuan, manakala kelajuan maksimum 250kmj.
  • Tinggi pelana 825mm. Berat 179kg. Kapasiti tangki 14.5 liter.
  • Sistem dwi-brek cakera 300mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan brek cakera tunggal 240mm kaliper 2-piston di belakang serta dilengkapi Sistem Brek Anti Kunci (ABS) 2-saluran.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) WP APEX 43mm jenis boleh laras mampatan dan lantunan (depan), dan monoshock WP APEX jenis boleh laras prabeban dan lantunan (belakang).
  • Tayar Bridgestone S22.
  • Panel meter TFT 5 inci baharu dengan tetapan 5-click dan maklumat boleh dikendalikan menerusi punat pada bar hendal serta dilengkapi konektiviti telefon pintar, termasuk port USB Type-C.
  • Ada tiga mod tunggang: Street, Rain, Sport, Performance (opsyen), dan Track (opsyen).
  • Ada dua ciri elektronik baharu, iaitu Tech Pack (opsyen) dan Track Pack (opsyen).
  • Ciri Tech Pack:
    • Kawalan Jelajah (Cruise Control)
    • Regulasi Gelincir Motor (Motor Slip Regulation, MSR)
    • Quickshifter+
    • Lampu Brek Adaptif (Adaptive Brake Light, ABL)
  • Ciri Track Pack:
    • Kawalan Luncur
    • Pelaras Putaran MTC (MTC Spin Adjuster)
    • Pilihan Pemetaan Enjin (Engine Map Selection, EMS)
    • Telemetri
    • Pemasa Lap
    • Mod Performance
    • Mod Track
    • Mod Anti-Wheelie

2. KTM 1390 Super Duke R (The Beast)

  • Dijana enjin 4-lejang dwi-silinder LC8 V-Twin 1,350cc penyejukan cecair/minyak dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 190hp @ 10,000rpm, tork 145Nm @ 8,000rpm.
  • Dilengkapi klac antigelincir PASC (Power and Assist Slipper Clutch) dan Quickshifter+ dengan transmisi manual 6-kelajuan, manakala kelajuan maksimum 290kmj.
  • Tinggi pelana 834mm. Berat 212kg. Kapasiti tangki 17.5 liter.
  • Dipasang sistem brek cakera kembar 320mm dengan kaliper brek radial Brembo Stylema Monobloc 4-piston di depan, dan brek cakera tunggal Brembo 240mm dengan kaliper 2-piston di belakang berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2-saluran.
  • Sistem suspensi fork WP Apex 48 dengan travel 125mm di depan, dan monoshock WP Apex dengan travel 140mm (belakang).
  • Tayar Michelin Power GP
  • Panel meter TFT digital telemetri 5 inci dengan pemasa lap (lap timer), dan konektiviti telefon pintar dan port USB Type-C.
  • Ada lima mod tunggang: Street, Sport, Rain, Performance dan Track.
  • ABS daripada Bosch 9.3 MP dengan ciri ABS Belok dan SUPERMOTO ABS.
  • Ciri lain dalam Tech Pack:
    • Regulasi Gelincir Motor (Motor Slip Regulation, MSR)
    • Quickshifter+
    • Lampu Brek Adaptif (Adaptive Brake Light, ABL)
    • Kawalan Luncur
    • Kawalan Traksi Tahap
    • Respons Terotel
    •  Telemetri
    • Pemansa Lap
    • Mod Anti-Wheelie
    • Kawalan Brek Enjiin (Engine Brake Control, EBC)
2024 KTM 1390 SUPER DUKE R 2024 KTM 990 DUKE Auto Terkini ktm malaysia roda2 Supernaked
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.