Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kronologi Impak Covid-19 Terhadap Industri Automotif dan Sukan Permotoran
Auto Terkini

Kronologi Impak Covid-19 Terhadap Industri Automotif dan Sukan Permotoran

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


COVID-19 yang diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik mula mencetuskan panik seluruh dunia, tidak terkecuali negara kita.

Bermula hanya 200 kes dan kini sudah mencecah lebih 500 kes positif dijangkiti, Kerajaan mengeluarkan arahan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari untuk mengelak kesan penularan semakin buruk.

Jika anda bersikap tenang, faham dan mendapat maklumat tepat di saluran yang betul (contohnya PanduLaju 🤭) maka tidak berlakulah pembelian panik sampai tunggang-langgang pasar raya kita. Tidak salah hendak panik, tetapi janganlah sampai melampau. Cukup kita buat pencegahan awal seperti jaga kebersihan, dan elak pergi kawasan terbuka yang ramai orang.

Sepanjang 80 hari lalu, Covid-19 sebenarnya banyak memberi impak besar ke atas industri automotif. Banyak siri perlumbaan ditunda dan dibatalkan, kilang pemasangan ditutup, manakala pameran auto dan pelancaran produk baharu serta sidang media terpaksa dibatalkan.

Kesan paling buruk dapat dikesan sepanjang bulan ini menerusi penularan gelombang kedua Covid-19 Berikut satu garis masa impak virus tersebut yang mengubah industri automotif dan dunia sukan pemotoran dunia.

29 JANUARI 2020

Tesla mengumumkan pihak berkuasa China mengarahkan penutupan kilang baharu di Shanghai yang dijadualkan menghasilkan Model 3. Sebenarnya, penutupan membabitkan seluruh China, terutama wilayah Hubei yang menempatkan 17 daripada 104 kilang pemasangan akhir di negara itu.

Jumlah itu lebih banyak daripada mana-mana wilayah lain, termasuk penutupan sementara operasi pemasangan automobil dan alat ganti.

1-8 MAC 2020

Dorna membatalkan psuiangan pembukaan MotoGP 2020 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 8 Mac lalu. Alasan Doha, pengunjung dari Itali perlu dikuarantin 14 hari, sekali gus menjejaskan barisan pelumba yang akan terbang dari Itali.

Bagaimanapun perlumbaan kelas Moto2 dan Moto3 berlangsung seperti biasa kerana pelumba sudah berada di Qatar untuk ujian pramusim sebelumnya. Tiga lagi perlumbaan seterusnya ditunda termasuklah pusingan GP Argentina pada 19 April nanti. Musim ini dijangka dibuka di GP Jerez, Sepanyol sekitar 3 Mei nanti jika tiada halangan.

Pada 3 Mac lalu, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BMS) 2020 mengumumkan menunda acara tersebut yang sepatutnya berlangsung 25 Mac hingga 5 April ke tarikh baharu 20 April-3 Mei depan.

BACA >>> Covid-19: IIMS 2020 Diteruskan Ikut Jadual April Nanti

12 MAC 2020

Pameran Auto Vancouver yang akan menyambut ulang tahun ke-100 ditunda, manakala debut filem Fast & Furious, F9: The Fast Saga ditunda setahun daripada 22 Mei depan kepada 2 April 2021. Kilang Windsor di Ontario yang memasang minivan Chrysler Pacifica ditutup pada 12 Mac selama 24 jam selepas seorang pekerja didapati mempunyai kontak dengan mangsa positif Covid-19.

BACA >>> Covid-19: Filem Fast and Furious 9 (Fast 9) Ditunda Tahun Depan!

13 MAC 2020

Pembukaan Formula Satu (F1) di Australia dibatalkan dua hari sebelum perlumbaan. Keputusan dibuat selepas  McLaren menarik diri kerana salah seorang ahli pasukan dikesan positif Covid-19.

Pasukan F1, terutama Mercedes-AMG Petronas juga memohon supaya acara dibatalkan atau ditangguhkan. Kini dua lagi pusingan F1 turut dimasukkan dalam senarai penangguhan, iaitu GP Bahrain dan GP Vietnam yang kali berlangsung.

Ford membatalkan pelancaran Ford Bronco (2021) berikuta kebimbangan Covid-19, manakala Lamborghini mengumumkan penutupan kilang Sant’Agata Bolognese hingga 25 Mac ini. Genesis pula mengumumkan inisiatif prihatin Perlindungan Kehilangan Kerja Genesis, iaitu ihsan penangguhan enam bulan pembayaran kepada pembeli kereta jenama itu selepas 14 Mac) yang kehilangan kerja tahun ini.

14 MAC 2020

Covid-19 memaksa jutawan Kanada, Lawrence Stroll membelanjakan £20 juta (RM106 juta) kepada Aston Martin. Sebelum ini Stroll melabur £55 juta (RM292 juta) untuk menyelamatkan jenama mewah itu. Namun, gara-gara Covid-19, jualan mengalami kemerosostan dan mencetuskan kekurangan aliran tunai.

Aston Martin  kehilangan lebih 60 peratus daripada nilai pasaran sejak awal 2020 dengan saham merudum £2 (RM10) berbanding £19 (RM100) pada 18 bulan lalu. Sejak Stroll menandatangani perjanjian, harga saham merosot separuh. Jadi, penglibatan wang kecemasan mungkin memerlukan perjanjian rundingan semula. Mungkin daripada pembiaya Kanada dan rakan-rakannya membeli model Aston Martin dalam jumlah banyak.

Lebih banyak perlumbaan dibatalkan seperti Indycar untuk semua perlumbaan di St Petersburg (15 Mac); Birmingham (5 April); Long Beach (19 April) dan Austin (26 April) hingga akhir April ini, dan akan dijadualkan semula. NASCAR juga menunda dua perlumbaan Atlanta (15 Mac) dan Miami (22 Mac) hingga dimaklumkan kelak.

Banyak perlumbaan ditunda, termasuk kejuaraan motosikal Daytona 200 yang sudah memasuki sesi kelayakan dan latihan pada Jumaat lalu, tetapi perlumbaan akhir dibatalkan keesokan hari. Pelan terkini adalah penjadualan semula pada Oktober nanti.

BACA >>> Covid-19: GrabFood Kekal ON untuk Pelanggan Malaysia

15 MAC 2020

Ferrari menghentikan pengeluaran di kilang Maranello dan Modena. Kesannya dua fasiliti, iaitu kilang pengeluaran kereta dan F1 ditutup dua minggu. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ferrari, Louis Camilleri berkata, penutupan tersebut adalah sebagai tanda hormat kepada kakitangan dan ahli keluarga masing-masing.

Sementara itu, pasukan F1 lain masih berjalan seperti biasa, terutama kilang Britain. Pemimpin kesatuan meminta General Motors (GM) menutup kilang CAMI di Ingersoll, Ontario lebih awal. Menurut laporan London Free Press, kesatuan dagangan Unifor Local 88 meramalkan berlaku kemerosotan jualan disebabkan pemberhentian tersebut menjelang Mei dan lebih baik menutup operasi lebih awal untuk menghentikan penyebaran penyakit tersebut.

Ketua Perkilangan Unifor Local 88, Mike Van Boekel (foto atas) berkata, ini mungkin kali pertama pihak kesatuan meminta merehatkan keseluruhan ahli pada masa bukan normal.

“Jika pemberhentian kerja sementara tidak dapat dielakkan pada April atau Mei,  jadilah proaktif, bawa ke depan dan cuba membantu menghentikan penularan virus itu,” katanya.

Sebagai tindak balas, GM Kanada juga akan mengikuti syarikat induk di Amerika Syarikat (AS).  Pengeluar kereta itu turut menyertai pesaingnya, Ford dan FCA bersama eksekutif kesatuan pekerja United Auto Workers (UAW) untuk membentuk pasukan petugas Covid-19 terdiri daripada tiga pegawai tertinggi, Pengerusi Eksekutif Ford, Bill Ford, Presiden UAW, Rory Gamble dan tiga wakil Presiden UAW.

GM turut menggajikan kira-kira 2,000 orang di kilang CAMI yang memasang Chevrolet Equinox.

16 MAC 2020

Sehingga kini masih belum diketahui tarikh musim Formula Satu (F1) 2020 akan bermula. Menurut jangkaan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) sekitar 1-2 Mei nanti.

Namun, F1 Group menjangka aksi di Eropah akan bermula akhir Mei ini. Namun, dengan peningkatan mendadak kes Covid-19 di sana, situasi mungkin berubah berdasarkan pemantauan semasa ke semasa.

Ada kemungkinan perlumbaan pertama berlangsung di GP Monaco yang dijadualkan pada 22-24 Mei. Sebenarnya, tiada siapa tahu masa ideal, dan ramai berpendapat musim F1 tidak akan bermula hingga GP Azerbaijan pada 7 Jun.

Logo Ferrari tanpa perkataan ‘FERRARI’.

Sehari selepas Ferrari tutup kilang, Ford dan FCA Group turut mengumumkan penutupan kilang di beberapa bahagian Eropah. Kilang Ford Valencia ditutup seminggu, manakala Fiat Chrysler menutup kilang di Itali sampai penghujung Mac ini, begitu juga Serbia dan Poland.

Ducati menghentikan sementara operasi kilang untuk menyusun semula barisan pengeluaran. Ini termasuk melakukan pemeriksaan suhu badan setiap pekerja sebelum masuk ke kilang Borgo Panigale, manakala kumpulan pekerja barisan belakang diarahkan bekerja di rumah.

Pengurusan Ducati turut menggantung pengeluaran bermula 13-18 Mac ini dan terbaharu dilanjutkan hingga 25 Mac nanti. Bagaimanapun isu alat ganti tidak terjejas.

BACA >>> Mantan Bos Ducati: Pelumba Tak Lumba, Tak Ada Gaji

Auto Terkini Automotif Coronavirus Covid-19 Ford Louis Camilleri Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Unifor Local 88 United Auto Workers (UAW) WHO
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.