Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KPDN: Tiga Sebab Subsidi Diesel Kekal di Sabah, Sarawak, Labuan
Auto Terkini

KPDN: Tiga Sebab Subsidi Diesel Kekal di Sabah, Sarawak, Labuan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tampil menjawab persoalan umum mengapa Kerajaan Persekutuan tidak melaksanakan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kenyataan dikeluarkan semalam menggariskan tiga sebab utama pemberian subsidi diesel masih dikekalkan setakat ini dan diberikan secara pukal di Sabah, Sarawak dan Labuan. Tiga faktor itu ialah:

  1. Kebergantungan tinggi pengguna di Sabah dan Sarawak kepada penggunaan kenderaan bahan api diesel disebabkan faktor keperluan mengambil kira faktor geografi dan taraf jalan perhubungan darat dan air.
  2. Pertimbangan risiko kesan rantaian (chain effect) mengambil kira kadar harga barangan dan perkhidmatan di Sabah, Sarawak dan Labuan yang sememangnya lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.
  3. Tahap kesediaan dan akses maklumat pengguna bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk pemprofilan (profiling) penyasaran subsidi diesel bagi pengguna individu, agro komoditi dan sektor pengangkutan awam serta barangan.

JUMLAH SUBSIDI DIESEL SABAH, SARAWAK, LABUAN

Kenyataan sama menjelaskan;

Atas faktor-faktor tersebut, Kerajaan memutuskan untuk meneruskan kaedah sedia ada penyaluran subsidi pukal diesel di peringkat runcit bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Dianggarkan subsidi bahan api diesel bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2024 ialah mencecah RM3.6 bilion.”

SABAH, SARAWAK, LABUAN BEBAS PENYELUDUPAN?

KPDN menjelaskan Kerajaan TIDAK PERNAH menafikan isu ketirisan, termasuk penyelewengan dan penyeludupan bahan api di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Malah Kerajaan juga MENGARAHKAN semua agensi penguatkuasaan di situ untuk memperkasa strategi dan pendekatan untuk meningkatkan mekanisme penguatkuasaan yang lebih efektif. Agensi yang disenaraikan ialah:

  • KPDN
  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  • Polis Diraja Malaysia
  • Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia

autoterkini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup subsidi diesel
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia โ€“ 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.