Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Konvoi Amal Pusat Tahfiz Himpun Lebih 50 Penunggang Modenas, Beri Sumbangan RM3k
Auto Terkini

Konvoi Amal Pusat Tahfiz Himpun Lebih 50 Penunggang Modenas, Beri Sumbangan RM3k

ZYBy ZY09/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODENAS bersama Modenas Pulsar Owners Club (MPOC), Dominar 400 Club Malaysia (D4CM) dan Modenas Elegan Downtown (MEDT) pada 21 Jun lalu mengadakan lawatan amal ke sekolah Tahfiz Ulum Ad Din Nur Ramadhan di Tanjung Malim dengan barisan konvoi yang terdiri daripada model Pulsar, Dominar dan Elegance sebanyak 150 unit.

Walaupun tempoh singkat, MPOC dalam konvoi kali ini masih dapat mengumpulkan lebih 50 unit Pulsar RS dan NS. Hujan pada hari konvoi turut tidak mematahkan semangat peserta untuk melepaskan gian memulas terotel masing-masing selepas berakhir Ramadan dan Aidilfitri.

BACA >>> Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?

DARI KANAN: Pengetua Tahfiz Ulum Ad Din Nur Ramadhan, Ust Abd Aziz, Presiden MPOC, Amirul Solihin, wakil LadyBikers MPOC, Nurzazalena Zulkifli, CEO Modenas, Roslan Roskan dan Setiausaha MPOC, Amril Norman

Konvoi rasmi melibatkan tiga kelab itu, bertujuan beramah mesra sesama pemilik motosikal dalam kelab yang bernaung bawah Modenas selain mengambil inisiatif melakukan kerja amal seperti seperti mengecat dewan dan menyampaikan sumbangan kepada wakil Tahfiz Ulum Ad Din Nur Ramadhan, Ustaz Abdul Aziz.

Sumbangan disampaikan Presiden MPOC, Amirul Solihin, berjumlah RM3,000 yang dikumpul daripada peserta MPOC menerusi akaun yang disediakan khas Norzazalena selaku wakil LadyBikers MPOC. MPOC juga turut menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan.

MPOC diberikan tanggungjawab untuk mengetuai konvoi kali ini selain membantu mengawal keselamatan peserta, diketuai Ketua Marsyal, Amril Norman bersama rakan marsyal lain, Sofian Akasah dan Mohd Ahtar yang dibantu  Tirmizi, Khairi Hussain (Sai) dan Presiden D4CM, Wan Botak.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

LadyBikers turut serta dalam Konvoi Ride Amal kali ini.

Amirul berkata, aktiviti MPOC kali ini bertujuan memberikan sokongan kepada Modenas dalam menjalankan program khidmat sosial korporat  (CSR) dan MPOC sendiri turut mengumpul sedikit dana untuk disampaikan kepada pusat Tahfiz AnNur.

“Paling utama ialah mengekalkan silaturahim antara peserta MPOC dan membina hubungan baru dengan D4CM dan MEDT. Konvoi kali ini juga mendapat sokongan MPOC Perak dan MPOC Pahang yang turut hadir bersama.

“Selepas ini akan ada lagi beberapa siri konvoi bagi mengekalkan ukhuwah sesama peserta dan menyokong beberapa aktiviti Modenas pada masa akan datang,” kata Amirul lagi.

BACA >>> 4 Reviu Pantas | Modenas Dominar D400 vs Pulsar NS200 vs Kawasaki Z250

Kepada mereka yang mahu terus menyumbang kepada pusat tahfiz ini, bolehlah salurkan ke akaun Maybank di bawah ini:

TAHFIZ DAN ULUM AD DIN NUR RAMADHAN
1580-8846-2815

GALERI

LAPORAN DISEDIAKAN: Amirul Solihin, Presiden Modenas Pulsar Owners Club (MPOC)
FOTO: Modenas | Mahathir Che Amad

Auto Terkini dominar Dominar 400 Club Malaysia Dominar 400 Club Malaysia (D4CM) konvoi Lawatan Amal Modenas Modenas Elegan Downtown Modenas Elegan Downtown (MEDT) modenas pulsar owners club Modenas Pulsar Owners Club (MPOC) MPOC Pusat Tahfiz Annur Tahfiz Ulum Ad Din Nur Ramadhan
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.