Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?
Auto Terkini

Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?

Han OthmanBy Han Othman26/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DRB-HICOM Berhad hari ini memeterai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries, Ltd (KHI) untuk menjual 14,300,000 unit saham biasa dalam Modenas. Dengan perjanjian ini, KHI yang sebelum ini menguasai 19 peratus saham Modenas akan meningkatkan ekuiti kepada 30 peratus. Jualan saham itu ialah atas dasar persetujuan bersama antara pembeli dan penjual pada nilai RM40.3 juta.

KHI juga akan membeli 52,000,000 saham keutamaan boleh tukar (convertible preference shares – CPS) yang akan dikeluarkan Modenas. Apabila ditukar, pegangan ekuiti KHI dalam syarikat pengeluar motosikal nasional itu akan meningkat kepada 48 peratus.

CPS hanya akan ditukar tertakluk kepada Modenas mencapai beberapa tanda aras yang dipersetujui kedua-dua pihak.

BERI MANFAAT KEPADA MODENAS

Pengarah Urusan Kumpulan bagi DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar percaya struktur ekuiti baharu tersebut akan memberi manfaat kepada MODENAS.

“KHI memegang ekuiti dalam MODENAS sejak penubuhannya lagi. Ketika itu pun, produk mereka sudah membantu Modenas mencapai persada carta jualan di pasaran motosikal tempatan. Pegangan ekuiti lebih besar ini juga bererti KHI akan mengambil bahagian dalam operasi MODENAS, berbanding hanya sebagai pemegang saham.

“Saya yakin pengalaman dan kepakaran teknikal KHI akan membawa kepada suatu fasa produk lebih baik untuk pelanggan Modenas, terutama dalam segmen street bike dan sportbike”, kata Syed Faisal.

KHI mula mengeluarkan motosikal Kawasaki pada 1960, dan kini antara syarikat motosikal disegani di dunia. Produk pengeluar itu dihasilkan di beberapa kilang seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat (AS), Filipina, India, Thailand dan Indonesia, selain Jepun. Jenama Kawasaki juga mempunyai ramai peminat di Malaysia sejak mula dipasarkan di negara ini sekitar 70-an. Antara model popular ialah Ninja, Versys dan GTR.

MAHU BANGUNKAN PRODUK DOMESTIK

Syed Faisal berkata, hubungan sedia ada dengan KHI membolehkan kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan lebih berkesan untuk membangunkan produk pasaran tempatan. Beliau juga berpendapat populariti produk utama Kawasaki di Malaysia akan membantu Modenas.

“Kawasaki dan Modenas bukan tidak kenal sesama sendiri, maka sinergi kedua-dua kumpulan akan memastikan kerjasama dengan berkesan untuk membangunkan produk pasaran domestik. Rakyat Malaysia sudah lama menggemari produk Kawasaki, yang dikenali sebagai jenama global berkualiti dan ada rekod kukuh dalam arena sukan permotoran,” katanya lagi.

Auto Terkini Dato’ Sri Syed Faisal Albar Kawasaki Modenas saham
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.