Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#KLIMS2024: MG4 EV, MG7, MG ZS HEV Sedang Jalani Proses Tinjauan Pasaran Malaysia
Auto Terkini

#KLIMS2024: MG4 EV, MG7, MG ZS HEV Sedang Jalani Proses Tinjauan Pasaran Malaysia

SyafieBy Syafie06/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM memperagakan pelbagai pilihan model MG di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, SAIC Motor Malaysia (SAIC Motor) turut mengambil peluang untuk menjalankan satu tinjauan pasaran terhadap model-model seperti MG4 EV, MG7, dan MG ZS HEV.

Walaupun salah satu daripada tiga model itu merupakan model konsep, namun ia sedikit sebanyak menunjukkan komitmen MG dalam melihat perkembangan dan permintaan pasaran yang ada di Malaysia.

Jadi, ia akan menjanjikan hala tuju jualan yang baik, di samping memastikan produk yang dilancarkan kekal berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna tempatan.

Ketiga-tiga model ini juga merangkumi pelbagai jenis kelas kenderaan seperti kereta sedan, kenderaan uliti sukan (SUV), kenderaan elektrik (EV), dan hibrid elektrik (HEV).

Berikut perincian untuk tiga model daripada MG:

MG4 EV (Kereta Konsep)

  • Bateri berkapasiti 64kWj
  • Jarak perjalanan mampu mencapai 435km (WLTP)
  • Pengecasan outlet Type 2 dengan CCS COMBO.
  • Mampu menghasilkan 203PS dan 250Nm.
  • Pengecasan AC (7kW) 0-80%: 8.5 jam, manakala pengecasan DC (150kW) 0-80%: 26 minit.
  • Sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Kelajuan 0-100kmj hanya mengambil masa 7.7 saat.
  • Dimensi keseluruhan: panjang 4,287mm, lebar 1,836mm, tinggi 1,504mm, dan 2,705mm.
  • Menggunakan livery British edisi konsep.
  • Pemijak pintu edisi konsep.
  • Bampar depan edisi konsep.
  • Visor pintu edisi konsep.
  • Spoiler aero berkembar.
  • Lampu depan LED.
  • Rim aloi 18 inci.
  • Kerusi kulit edisi konsep.
  • 4 pilihan mod memandu: Standard, Sport, ECO, Custom.
  • Panel meter pemandu 7 inci.
  • Skrin infotainmen 10.25 inci.
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Kerusi belakang kulit gaya hitam dan boleh lipat 60:40.

MG7

  • Dikuasakan enjin 2.0L turbo dengan transmisi automatik 9-kelajuan.
  • Mampu menghasilkan 261PS dan 405Nm.
  • Dimensi Keseluruhan: panjang 4,884mm, lebar 1,889mm, tinggi 1,447mm, dan jarak roda 2,778mm.
  • Menggunakan rekabentuk fastback coupe.
  • Spoiler elektrik adaptif.
  • Pintu tanpa bingkai (frameless).
  • Rim aloi 19 inci.
  • Sistem ekzos sport.
  • Lampu depan LED.
  • Kaliper brek berwarna merah.
  • Panaromik sunroof.
  • Skrin infotainmen 12.3 inci.
  • Sistem audio daripada BOSE.
  • Pengecasan wayarles.
  • Menggunakan stereng sport dengan padel shifter.
  • Kerusi kulit bucket.
  • Kerusi pemandu boleh laras 6-arah, manakala kerusi penumpang depan 4-arah.
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Dilengkapi kamera 360′ dengan sensor.

MG ZS HEV

  • Dikuasakan enjin 1.5L DOHC 16 valve DVVT dengan transmisi hibrid 3-kelajuan.
  • Mampu mencapai output gabungan 197PS dan 465Nm.
  • Dimensi Keseluruhan: panjang 4,430mm, lebar 1,818mm, tinggi 1,635mm, dan jarak roda 2,610mm.
  • Rekabentuk depan yang dinamik.
  • Lampu utama bentuk tajam bersambung dengan lampu nyalaan siang (DRL).
  • Gril buka-luas.
  • Spoiler yang minimal.
  • Rim aloi Sabre 18 inci.
  • 3 mod penjanaan semula tenaga.
  • Panel meter digital 7 inci.
  • Skrin infotainmen 12.3 inci.
  • Pengecas wayarles.
  • Kulit upholisteri.
  • Kerusi pemandu boleh larah 6-arah.
  • Kerusi belakang boleh lipat 60:40.
  • Sistem audio 6-pembesar suara.
  • Konektiviti Apple CarPlay, Android Auto, dan MG iSMART.
  • Kamera 360′ dengan sensor.

MG4 EV

MG7

MG ZS HEV

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV) Kereta Sedan MG MG ZS HEV MG4 EV MG7 Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) SAIC Motor Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.