Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

Abang HirataBy Abang Hirata04/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

BERMULA Julai 2026, BMW M2 bakal menerima kit trek M Performance, iaitu pakej komponen prestasi tinggi yang ditala untuk aksi litar, tetapi sah untuk pemanduan jalan raya biasa.

Tawaran terbaharu BMW M Performance Parts itu menumpukan kepada peningkatan dinamik melalui teknologi masa depan dan kualiti tanpa kompromi.

Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Logo BMW M

Pembangunan kit tersebut dilakukan dengan kerjasama pasukan pakar BMW M yang menggunakan kepakaran daripada pengalaman perlumbaan, selain menjalani proses pengoptimuman aerodinamik di terowong angin BMW.

Talaan halus (fine-tuning) keseluruhan kit diketuai jurutera ujian pembangunan casis dan pemandu handalan BMW M, Jörg Weidinger.

Aerodinamik, Kawalan Litar Maksimum

Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

Antara komponen utama M Performance Track Kit ialah spliter depan boleh laras manual yang disepadu dengan difuser depan.

Melengkapi bahagian depan ialah difuser gerbang roda dan saluran udara di bawah penyejuk minyak enjin.

Gabungan itu berfungsi meningkatkan daya mendap (downforce) dengan bantuan winglet aero (aero flicks) untuk cengkaman lebih mantap.

Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

Di belakang, sayap belakang swan neck yang diilhamkan daripada model lumba BMW M4 GT4 dan BMW M4 GT3 turut dipasang.

Sayap itu menawarkan mod lumba (Race Mode) unik dengan kedudukan digerakkan ke belakang 50mm untuk kecekapan aerodinamik maksimum.

Apabila dalam mod jalanan (Street Mode), status model itu masih patuh peraturan jalan raya Jerman (StVZO).

Sudut kecondongan (angle of attack) sayap juga boleh dilaras melalui dua tetapan berbeza bagi mengimbangi daya mendap pada gandar belakang mengikut karakter litar. Satu lagi ciri unik ialah lampu brek yang disepadu pada sayap belakang.

Casis, Pengendalian Sport

Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

Aspek pengendalian, kit itu dilengkapi sistem suspensi dengan damper mampatan dan lantunan boleh laras 4-tetapan, bearing sokongan boleh laras dan sistem damper permotoran pertama yang sah jalan raya.

Suspensi itu boleh diturunkan sehingga 20mm di depan dan belakang, manakala ketinggian boleh dilaras tanpa had.cKomponen tersebut berinteraksi unik, terutama apabila digabungkan dengan tayar ultra-track pilihan.

Sistem Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

Selain kit trek, BMW turut memperkenalkan sistem ekzos M Performance untuk model eksklusif BMW M2 CS.

Sistem itu bukan saja meningkatkan aspek visual melalui penggunaan tip ekzos karbon dan titanium, tetapi juga lebih ringan sekitar 8kg berbanding komponen standard.

Laluan gas ekzos dioptimum memberikan deruman enjin 6-silinder sebaris berkuasa 530hp yang lebih agresif melalui beberapa mod talaan bunyi disediakan.

Spesifikasi, Maklumat Teknikal

Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

M Performance Track Kit (BMW M2)

  • Ketersediaan bermula Julai 2026
  • Spliter depan manual boleh laras dengan difuser depan
  • Laluan udara bawah penyejuk minyak enjin
  • Sayap belakang swan neck dengan Race Mode (anjakan 50mm ke belakang)
  • Lampu brek bersepadu pada sayap belakang
  • Sistem suspensi boleh laras mampatan dan lantunan 4-tetapan
  • Ketinggian boleh direndahkan sehingga 20mm
  • Aerodinamik dipotimum melalui ujian terowong angin BMW
  • Harga di Jerman €23,500 (RM108,120), tidak termasuk cukai dan pemasangan

Sistem Ekzos M Performance (BMW M2 CS)

  • Pengurangan berat sekitar 8kg berbanding ekzos asal
  • Muncung ekzos dibuat daripada kombinasi karbon dan titanium
  • Pilihan beberapa mod talaan bunyi enjin
  • Harga di Jerman bermula €8,343.50 (RM38,390), tidak termasuk pemasangan

Bikin Auto Bikin Kereta BMW BMW M BMW M Performance Parts BMW M2 BMW M2 CS Jörg Weidinger M Performance M Performance Track Kit Modifikasi Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.