Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kerusi Kereta Kanak-Kanak, Pelaburan Keselamatan Demi yang Tersayang
Autotainment

Kerusi Kereta Kanak-Kanak, Pelaburan Keselamatan Demi yang Tersayang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/06/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

kerusi-kereta-kanak-kanak

PENGGUNAAN car seat atau kerusi kereta kanak-kanak, setakat ini bukanlah perkara wajib dipatuhi oleh pengguna. Tetapi kalau mengikut aspek keselamatan, ia sebenarnya satu keperluan yang tidak boleh dipandang remeh.

“Tak sampai hati tengok dia menangis bila letak dalam tu.”

“Letak dia dalam tu, terus meronta.”

“Pergi kedai dekat rumah aja pun.”

Itulah antara alasan yang sering digunakan oleh ibu bapa apabila tidak menggunakan kerusi kereta kanak-kanak. Memegang status sebagai ibu, tidak dinafikan timbul rasa belas apabila tengok anak menangis. Tetapi mana satu anda mahukan? Melihat anak menangis atau kita sendiri menangis menyesal apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini ke atas anak? Bukan mendoakan, tetapi bukankah mencegah itu yang terbaik?

Antara faktor penting penggunaan kerusi kereta kanak-kanak adalah memudahkan ibu atau bapa, yang terpaksa memandu seorang diri, mengajar anak tentang keadaan sebenar dalam kereta ketika di jalan raya. Paling penting, keselamatan anak itu sendiri!

PicsArt_06-06-09.33.25

Keselamatan dan nyawa bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Mungkin ada yang memberi alasan anak masih menyusu. Tetapi, seandainya kita menjadikan ia sebagai rutin, pasti lama-kelamaan anak terbiasa. Pangku anak ketika hendak menyusu dan letakkan semula ke kerusi kereta kanak-kanak selepas selesai.

Tidak dinafikan harga sebuah kerusi kereta kanak-kanak agak mahal hingga mencecah ribuan ringgit. Namun, masih ada banyak pilihan yang ditawarkan dalam harga berpatutan. Demi keselamatan si anak, rasanya tiada salah seandainya kita buat sedikit pelaburankan? Pilih dan belilah mengikut kemampuan.

Secara ringkasnya ada dua jenis kerusi kereta kanak-kanak:

1. BAKUL BAYI (CARRIER)

car seat 3
Boleh menampung berat bayi hingga maksimum 15kg mengikut jenama tertentu. Lebih sesuai untuk bayi dan ada yang boleh diubah menjadi stroler.

2. KONVERTIBEL

car seat 1

Boleh menghadap ke hadapan atau belakang. Sesuai untuk bayi hingga berusia 3 atau 4 tahun bergantung kepada berat.

car seat 6

Kedua-duanya didatangkan dengan fungsi yang hampir sama tetapi dengan had umur dan berat berbeza.

PANDUAN MEMILIH

  • Pilih car seat mengikut kesesuaian berat dan umur anak.
  • Senang dan mudah dipasang.
  • Tidak membebankan untuk diangkat.
  • Menepati piawaian Malaysia (MS 594:1995) dan piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECE R44.03 atau R44.04).

Jangan kedekut mengeluarkan sedikit wang demi keselamatan anak. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Fikir-fikirkanlah.

autotainment car seat Car Seat - Jangan Ambil Mudah kerusi kereta kanak-kanak Panduan Memilih Car Seat panduan pilih kerusi kereta kanak-kanak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.