Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Fakta Atau Auta: Benarkah Kereta Baharu Kena Pantang?
Autotainment

Fakta Atau Auta: Benarkah Kereta Baharu Kena Pantang?

Han OthmanBy Han Othman14/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENARKAH kereta baharu kena pantang seperti diberitahu ramai orang? Bagaimana memandu kereta baharu dan apakah tempoh berpantang itu saranan pengeluar atau sekadar cakap-cakap orang?

Kami akan jelaskan dalam artikel di bawah…

Sesebuah kereta mengandungi pelbagai komponen yang diikat atau saling bersambung antara satu sama lain, terutama bahagian enjin. Secara normal, apa saja benda yang bersambungan, pasti terdapat ruang salah padan (mismatch) yang sangat kecil atau  dalam bahasa mudahnya, ruang longgar. Dalam kejuruteraan, ruang ini dipanggil toleran dan ia wujud supaya setiap komponen dapat beroperasi atau berfungsi dengan baik dan sempurna.

BACA >>> #Videotomotif: Zombi dalam Iklan Komersil Audi, Jangan Servis Kereta Sembarangan!

Misalnya, gelang piston perlu dilapiskan pada dinding silinder, di mana proses penyesuaian (run-in/break-in) diperincikan dalam manual pemilik. Kebiasaannya, pemandu disarankan supaya memandu perlahan pada jarak 1,600km pertama tanpa melangkau rev (rpm) tertentu. Namun, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menguji kereta baharu anda selain hanya memandu secara statik seperti dinasihatkan pengeluar.

1. CUBA PELBAGAI TAHAP KELAJUAN

Sebenarnya, memandu atas jalan raya dalam gear tinggi selama beberapa jam bukanlah cara terbaik kerana anda tidak mengenakan variasi beban ke atas enjin. Jadi, cuba memecut dalam gear tinggi dengan memainkan pendikit pada kelajuan berbeza, termasuk memandu dalam posisi gear di bawah gear paling atas, iaitu gear 4 untuk manual atau gear 3 untuk auto.

Jangan pula terlalu membebankan enjin dengan memandu dalam posisi gear pada kelajuan tidak munasabah, contohnya memandu gear lima pada kelajuan 40kmj.

2. ENJIN MESTI PANAS

tolok-suhu

Harus diingat, lakukan pandu uji ini hanya apabila enjin berada pada tahap suhu operasi, iaitu jarum tolok suhu dalam posisi separuh (lihat gambar atas), dan stabil. Faktanya, apa saja pemanduan laju atau ekstrem seeloknya dilakukan ketika enjin panas tidak kira sama ada kereta itu sudah bergerak atau tidak.

Namun, menghidupkan enjin dan membiarkan kereta melahu statik bukanlah cara betul untuk memanaskan enjin kerana anda hanya membazirkan bahan api dan meningkatkan proses kehausan komponen, walhal enjin masih sejuk. Anda sepatutnya memandu perlahan di bawah 3,000rpm sebaik sahaja enjin dihidupkan (kurang seminit).

BACA >>> Perlu Tak Saya Panaskan Enjin Kereta Setiap Pagi?

3. TIDAK ELOK MEMANDU PADA REV TINGGI

Jika anda mahu melepasi takat RPM tertentu semasa tempoh run-in, terus lakukan saja asalkan dilakukan apabila enjin betul-betul panas atau dalam erti kata lain berada pada tahap suhu operasi. Anda tentu rasa teruja dan tidak sabar mencuba kuasa pecutan kereta baharu, tetapi bukan idea yang bagus untuk anda berlumba yang memerlukan enjin bergerak pada rev tinggi.

4. KURANGKAN BAWA BEBAN LEBIH

kereta-overload

Satu lagi arahan run-in yang sering disarankan pengeluar ialah mengurangkan bawaan beban dalam kereta. Jadi, kurangkan memuatkan barangan berat sekurang-kurangnya pada tempoh awal pemililkan kereta. Kadangkala, sesetengah komponen baharu memerlukan proses pendasaran (bed-in) bagi membolehkan ia beroperasi optimum. Misalnya pad brek yang memerlukan tempoh tertentu supaya pad getah dapat melekap baik pada rotor brek, sekali gus memberikan kuasa hentian maksimum.

Walaupun kereta moden dibina dengan baik dan lebih reliabel berbanding kereta terdahulu, masih terdapat sebarang kemungkinan masalah berlaku. Malah, kereta lama yang digantikan enjin baharu juga memerlukan fasa run-in yang sama seperti kereta baharu. Jangan begitu mudah berkata OK, sebaliknya anda mesti selalu bertanya, kenapa? Jika tidak selesa dengan jawapan diterima, bertanyalah pula kepada mereka yang lebih pakar.


INGAT 2 NASIHAT INI

Pertama, jangan bandingkan kereta biasa dan kereta lumba dengan menganggap sesebuah model itu bagus jika ia bagus berlumba atas trek. Itu tidak benar sama sekali kerana kereta lumba memiliki pasukan mekanik pakar sendiri yang sentiasa memantau prestasi kereta, termasuk menjalani proses pembikinan semula setiap kali selesai perlumbaan. Kereta biasa tidak begitu!

Kedua ialah untuk pemilik kereta lama. Kereta-kereta lama atau terpakai memiliki toleran komponen yang tinggi. Jadi anda perlu berhati-hati dengan melakukan proses run-in yang lebih lama. Walaupun proses run-in kereta baharu tetap ada, tetapi kurang kritikal ke atas jangka hayat kereta dan anda tidak perlu risau seperti mana kereta keluaran 10-30 tahun lalu.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Guna Besi Penyandar Kepala Boleh Pecahkan Cermin Kereta?

Namun, proses run-in seperti disarankan pengeluar ialah bersebab, dan tidaklah sesukar mana untuk dipatuhi. Malah, ia mengurangkan banyak isu berbangkit mengenai perlindungan waranti. Ikut sajalah. Lagipun, bukankah anda sepatutnya melayan kereta baharu seperti mana ia patut dilayan?

autotainment Break-In Fakta atau Auta kereta baharu kena pantang panaskan enjin kereta tip automobil tip bawa kereta baharu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

By Abang Hirata24/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.