Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Videotomotif: Zombi dalam Iklan Komersil Audi, Jangan Servis Kereta Sembarangan!
Autotainment

#Videotomotif: Zombi dalam Iklan Komersil Audi, Jangan Servis Kereta Sembarangan!

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH kerap kali kita saksikan klip video komersil menarik dihasilkan pelbagai pengeluar automotif sama ada berupa iklan promosi secara langsung ataupun sempena sambutan perayaan tertentu. Penghujungnya, sudah tentu mahu menghasut penonton supaya membeli produk mereka.

Berbeza pula dengan iklan komersil Audi di bawah ini yang dibikin khas buat pemilik jenama kereta mewah buatan Jerman itu. Iklan tersebut cuba menyampaikan pesanan kepada pemilik Audi tentang betapa penting kereta mereka disenggara oleh mekanik bertauliah di pusat servis sah.

Menerusi video berkenaan, mekanik luar digambarkan sebagai ribuan zombi yang saling berlumba mahu membaiki sebuah kereta Audi. Kenapa zombi? Semestinya Audi mahu memberitahu tindakan menyenggara kereta di bengkel luar tidak ubah seperti menyerahkan diri kepada zombi untuk disedut darah (cekik darah?). Bengkel luar mungkin murah, tetapi belum tentu selamat. Samalah seperti zombi dalam klip video berkenaan.

Akhirnya si pemandu selamat tiba di bengkel Audi sah dan menyerahkan kunci kepada mekanik bertauliah untuk disenggara, manakala zombi di luar entahlah apa jadi kepada mereka.

SUMBER: AutoBlog

Audi autotainment iklan Audi iklan komersil klip video videotomotif zombi dalam iklan Audi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie02/05/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.