Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Keputusan Rossi ke Petronas Yamaha SRT Diketahui Sebelum Aksi Jerez Bulan Depan
Auto Terkini

Keputusan Rossi ke Petronas Yamaha SRT Diketahui Sebelum Aksi Jerez Bulan Depan

AryonBy Aryon09/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRINSIPAL Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata, pasukannya kini hampir melengkapkan rundingan yang bakal menyaksikan legenda hidup, Valentino Rossi menjadi pelumba baharu pasukan satelit tersebut untuk saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2021.

Rossi sebelum ini ada membuat kenyataan yang  hasratnya untuk terus bersaing dalam MotoGP 2021 akan ditentukan berdasarkan prestasi musim ini. Namun, krisis Covid-19 yang melanda membuatkan segalanya berubah apabila perlumbaan terpaksa ditangguhkan.

BACA >>> Razlan: Belum Ada Rundingan dengan Rossi Pasal Petronas Yamaha SRT

Ketika tahap kompetitif Rossi menjadi tanda tanya dan aksi kelas premier MotoGP masih belum bermula, Yamaha Motor Racing pula merekrut rookie musim lalu, Fabio Quartararo sebagai pelumba baharu pasukan pengilang tersebut untuk menemani pelumba sedia ada, Maverick Vinales, sekali gus membuatkan nasib The Doctor terumbang ambing.

Bagaimanapun, Yamaha juga masih komited mahu mengekalkan pelumba Itali itu dengan menyatakan kesediaan memberikan tempat dan jentera gred A seperti mana digunakan pasukan pengilang walaupun beliau berlumba dengan pasukan satelit.

BACA >>> Rossi: Dulu Ramai Cakap Menang Sebab Honda, Jadi Aku Pindah ke Yamaha

KEPUTUSAN SEBELUM AKSI JEREZ, JULAI 2020

Walaupun kata putus berada di tangan Razlan selaku bos Petronas Yamaha SRT, Yamaha dikatakan mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan pasukan satelit itu. Khabarnya, keputusan mengenai lamaran kepada Rossi akan diketahui menjelang penghujung Jun ini.

Memetik kenyataan daripada BHOnline, Razlan mengakui bukan mudah mahu memikat Rossi untuk menyertai Petronas Yamaha SRT, tetapi menurutnya keputusan muktamad dijangka dicapai sebelum pusingan pertama kelas premier MotoGP di Jerez, Sepanyol, 19 Julai nanti.

Perbincangan masih positif setakat ini. Jika kedua-dua pihak bersetuju, maka semua akan jadi positif dan kita sedang menghala ke arah itu. Namun, ia masih belum dimuktamadkan lagi. Kita harap urusan ini dapat diselesaikan sebelum pusingan pertama bulan depan.

“Rossi bukan seorang pelumba biasa, jadi perbincangan itu tidak mudah (membabitkan banyak pihak), banyak yang perlu dibincangkan bersama.

“Kita akan buat satu sidang video bersama Rossi nanti. Dia ingin tahu apakah jangkaan pasukan terhadapnya bukan kerana dia terpaksa atau kita perlu mengambilnya. Sekiranya musim ini berlangsung baik, kita mungkin tidak melihatnya sebagai pilihan.

“Namun dengan keadaan sekarang (Covid-19), kita perlukan kestabilan dalam pasukan. Dalam situasi berbeza ini, elok untuk kita mengambil seorang pelumba yang boleh memberi kestabilan dalam pasukan,” katanya.

Razlan juga tidak menolak kemungkinan Rossi menamatkan karier beliau bersama Petronas Yamaha SRT.

“Ada kemungkinan dia bersara dalam pasukan kita. Ini juga satu penghormatan. Tak sangka dalam tempoh sesingkat ini, pasukan sudah melalui banyak detik positif,” kata Razlan lagi.

BACA >>> Maregalli: Dua atau Tiga Perlumbaan Sudah Cukup Tentukan Masa Depan Rossi

SUMBER: BHOnline

Auto Terkini Datuk Razlan Razali MotoGP Petronas Yamaha SRT Valentino Rossi Yamaha Motor Racing
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Dengan Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Wang Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Auto Terkini

    PETRONAS Sprinta Ladies Dilancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.