Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenali 6 Jenis Bau dalam Kereta, Petanda Awal Kereta Mungkin Bermasalah
Autotainment

#TahukahAnda: Kenali 6 Jenis Bau dalam Kereta, Petanda Awal Kereta Mungkin Bermasalah

Han OthmanBy Han Othman11/06/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SECARA normal, kereta anda memang akan mengeluarkan bau sama ada berpunca daripada tubuh badan sendiri atau material dalam kabin – sesuai dengan usia kereta. Anda tentunya arif dan dapat mengenal pasti bau antara kereta lama dan baharu. Jadi, tidak hairanlah, kita menggunakan pewangi  kereta untuk menyingkirkan bau-bauan kurang enak itu.

Namun, berbanding bau normal itu, anda juga sepatutnya peka mengenai bauan asing lain di luar kebiasaan seperti bau tengik, hapak, berasid, benda terbakar dan seumpamanya. Tahukah anda semua bau tersebut menandakan kereta anda sedang bermasalah?

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Jaga Helmet Supaya Kekal Bersih, Tidak Berbau dan Cantik Bersinar!

Ya, bukan mata sahaja yang perlu peka dengan kondisi kereta, tetapi juga hidung anda. Dan jangan ambil mudah, kerana kecuaian anda bertindak akan menyebabkan masalah menjadi lebih buruk.

1. BREK DAN KLAC PERLUKAN PERHATIAN

klac-terbakar
BAU: AKRID (tengik menusuk hidung)

Bau akrid kebiasaannya menandakan material brek atau klac kereta sudah terbakar. Memandu sambil memijak brek atau lupa meriliskan brek tangan adalah antara punca yang menyebabkan bau tersebut. Kaliper atau kabel brek bermasalah juga boleh mengeluarkan bau sama.

Klac terbakar berbau sangat sama dengan pad brek yang terlalu panas. Ia mungkin berpunca akibat tabiat memandu tanpa meriliskan klac sepenuhnya. Boleh jadi juga klac anda mengalami masalah gelincir akibat sudah haus atau perlu dilaraskan. Jika menggunakan sistem klac hidraulik, klac gelincir juga menandakan anda berdepan masalah sistem hidraulik.

2. AIR MASUK DALAM KABIN

karpet-kereta-basah
BAU: HAPAK, KEPAM, TENGIK

Bau hapak, kepam atau tengik menandakan ada air bertakung dalam kereta anda yang berpunca daripada masalah pintu atau pengedap tingkap bocor. Jika anda mengesan kerusi atau karpet kereta basah, sudah tentu itulah punca bau tersebut. Selain itu, penyejat penyaman udara juga boleh menyebabkan bau sama.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Hilangkan Bau Busuk dalam Kereta

3. KEBOCORAN MINYAK

minyak-bocor
BAU: MINYAK TERBAKAR

Minyak yang menitis pada mana-mana bahagian sistem ekzos akan terbakar hingga mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Malah, minyak yang bocor teruk boleh mengeluarkan kepulan asap biru tipis. Bagaimanapun, cara mengatasinya cukup mudah, iaitu cuba atasi segera masalah kebocoran tersebut.

4. PENUKAR PEMANGKIN PECAH


BAU: SULFUR

Penukar pemangkin (catalytic converter) ialah komponen kawalan emisi yang berfungsi mengubah gas ekzos untuk mengurangkan pelepasan asap berbahaya. Apabila peranti itu tidak bekerja dengan baik, anda akan terhidu bau seperti telur tembelang atau telur busuk.

Bau itu dapat diatasi dengan menggantikan penukar pemangkin dan membaiki apa saja kerosakan yang menyebabkan kegagalan peranti tersebut. Sesetengah pelincir transmisi manual juga boleh berbau sama seperti sulfur apabila sudah berusia.

5. KEBOCORAN GAS

petrol-bocor
BAU: AROMA HIDROKARBON (gas mentah)

Jika terhidu bau gas yang kuat dalam kereta, itu ialah petanda utama bahawa ada tidak kena dengan kereta anda. Tidak mengapa jika bau gas cuma sedikit, terutama jika kereta anda jenis karburetor. Tetapi, kenderaan jenis suntikan bahan api sepatutnya tidak mengeluarkan bau gas yang kuat.

Hos bahan api, injektor tersumbat, pengatur tekanan bahan api rosak, dan hos lain boleh saja menjadi punca kepada kebocoran bahan api yang menyebabkan pencemaran bau gas. Dalam kes tertentu, lebih baik anda cuba menjejaki sumber kebocoran itu secepat mungkin berbanding melengahkannya.

BACA >>> #Videotomotif: ‘Bau Kedai’ Belum Hilang, Lelaki Ini Sudah Kemalangan Ferrari AS$1.8 Juta

6. BARANGAN BASAH TERBIAR LAMA

ikan-dalam-kereta
BAU: REPUT, HANYIR, MATI

Kebanyakan alasan kereta berbau di atas adalah disebabkan kerosakan dan kegagalan mekanikal. Tetapi ingat, bau kereta anda mungkin saja berpunca daripada sumber luar, misalnya barangan basah seperti ikan, sayuran dan buah. Jadi, sebelum anda tergesa-gesa mahu menghantar kereta ke bengkel, periksa dahulu bawah kerusi atau belakang but. Pastikan tiada objek yang terbiar lama di dalam kereta. Selepas tiada apa-apa, barulah cuba selesaikan masalah bau kereta.

SUMBER: Lifewire.com 

autotainment jenis bau dalam kereta masalah kereta berbau punca kereta berbau tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026

5 Comments

  1. Darul on 04/08/2017 10:29

    Bau hangit & kereta jadi berat biler memandu

    Reply
  2. Amon on 13/09/2018 18:15

    Bau hangus macam getah

    Reply
  3. Rusli on 28/03/2019 21:42

    Kenapa kereta saya mengeluarkan asap putih yg teruk dan baunya seperti bau minyak brek. Dan minyak brek pula berkurangan dengan cepat. Brek juga tiada cengkaman.

    Reply
  4. Mxhsin on 26/01/2022 08:42

    Asalamualaikum, salam sejahtera boss , air cond kereta persona 2008 saya tak sejuk , lepastu pi check kt bengkel rupanya gas dah habes. Pomen ckp kalau topup gas riso gas kering semula sbb mungkin ada bocor. Saya pon baru perasan kalau tgh drive laju sikit mesti ada mcm bau gas .. Soalan saya , betul ke air cond saya bocor , dan apa yang perlu saya tukar untuk elak ditipu.Mohon pencerahan.

    Reply
    • AO on 21/02/2022 00:36

      Ya, kalau selepas top up, aircond jadi panas semula. Memang ada kemungkinan masalah bocor. Boleh minta pomen tunjukkan tempat bocor masa repair

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie06/05/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.