Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kembar Raize, SUV Toyota Yaris Cross Lancar di Jepun, Harga Mula RM70k
Auto Terkini

Kembar Raize, SUV Toyota Yaris Cross Lancar di Jepun, Harga Mula RM70k

Abang HirataBy Abang Hirata03/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA kebelakangan ini muncul bertubi-tubi memperkenalkan banyak model dengan rupa baharu silih berganti. Sebagai contoh, kenderaan utiliti sukan (SUV), Yaris Cross yang dilancarkan selepas model subkompak Yaris hatchback dan versi prestasi GR Yaris.

Kemudian entah dari mana, Toyota memperkenalkan SUV Corolla Cross pula.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Toyota Corolla Cross (2020) Debut Global di Thailand, Harga RM132k

Selepas melakukan debut pada April lalu, Yaris Cross kini ditawarkan secara rasmi di Jepun pada 31 Ogos lalu. Ini sebenarnya perkembangan menarik kerana pengguna Jepun sekarang ini sudah pun ditawarkan SUV subkompak, Raize.

Jika Raize dibina menggunakan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA), Yaris Cross pula dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) GA-B.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

Dari segi saiz, Raize berukuran 3,995mm panjang dan 1,695mm lebar, manakala Yaris Cross memiliki dimensi 4,180mm panjang dan 1,765mm lebar, cuma sedikit besar atau tidak jauh beza dengan Raize. Tinggi Raize pula 1,620mm, manakala Yaris Cross sedikit rendah, 1,560mm.

Rekabentuk luaran Yaris Cross menampilkan gaya tersendiri yang diadun pengaruh Yaris hatchback. Toyota menerusi Yaris Cross menggunakan konsep robust and minimalist dan energetic Smart bagi menggambarkan rekabentuk luaran model ini.

Rekabentuk papan pemuka dalam kabin Yaris Cross dan Yaris hatchback hampir sama kecuali kemasan warna, paparan meter dan konsol kawalan penyaman udara. Pengguna juga boleh memanfaatkan ruang 390 liter di belakang apabila papan lantai dialihkan.

Apabila papan lantai diturunkan ke bawah, pengguna dapat memuatkan dua beg saiz 110 liter atau dua beg golf 9.5 inci yang berpadanan dengan saiz SUV kompak. Bagi mendapatkan lebih ruang dan fleksibiliti, penyandar kerusi belakang boleh direbahkan dalam 40:20:40.

Yaris Cross dipacu enjin 1.5L Dynamic Force (M15A-FKS) dengan transmisi Direct Shift-CVT dalam pilihan pacuan roda depan dan empat roda (4WD). Satu lagi varian ialah 1.5L Dynamic Force (M15A-FXE) dengan THS II (hibrid) dan padanan pacuan FWD atau E-Four.

BACA >>> Toyota Camry Black Edition JDM Rai Ulang Tahun ke-40 di Jepun

Dari segi teknologi keselamatan, Yaris Cross dilengkapi teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense terkini sebagai ciri standard (kecuali X B package), terdiri daripada:

  • Sistem Keselamatan Pra-Pelanggaran (Pre-collision Safety System), Kawalan Pecutan Rendah (Low Speed Acceleration Control, Bantuan Stereng Kecemasan (Emergency Steering Assist).
  • (Kawalan Jelajah Kelajuan Penuh) Full Speed Range Radar Cruise Control, (Kawalan Pengesanan Susur) Lane Tracing Assist (LTA), Sistem Lampu Puncak Suai (Adaptive High-beam System /AHS).
  • Bantuan Isyarat Jalan Raya (Road Sign Assist/RSA), Pembrekan Untuk Pelanggaran Kali Kedua (Secondary Collision Brake), Monitor Titik Buta (Blind Spot Monitor/BSM), S-VSC dengan kawalan angin lintang (lateral wind control).

Mengenai harga, Yaris Cross dijual pada harga bermula 1,798,000 yen (RM70,250) bagi varian asas B Package FWD dan 2,815,000 yen (RM109,984) untuk varian paling premium Hybrid Z E-Four.

BACA >>>  Toyota Hilux (2020) Facelift Ini Versi JDM, Tetapi Import dari Thai, Harga Mula RM137k

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Toyota Toyota Yaris Cross Toyota Yaris Cross (2020)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

    28/04/2026
    Auto Terkini

    Jamal Zaman Kaus Menang Perodua Alza 1.5H Dalam Kempen ‘Belanja dan Menang’ PLUS

    28/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z Tampil Di China, Lebih 1,000 ps, 0-100 km/j Tak Sampai 2 Saat!

    28/04/2026
    Roda4

    LEPAS Debut Global di Auto China 2026 – Perkenal Strategi NEV dan Model L6 EV, L4 EV

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.