Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kawasaki Ninja ZX-25R Bakal Tawar Tiga Warna Pilihan, Termasuk Seragam KRT!
Roda2

Kawasaki Ninja ZX-25R Bakal Tawar Tiga Warna Pilihan, Termasuk Seragam KRT!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/03/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Portal Jepun, Young Machine mendakwa Kawasaki Ninja ZX-25R bakal ditawarkan dalam tiga warna, termasuk seragam KRT seperti dipamerkan pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 lalu. Bagaimanapun, dua lagi warna tidak didedahkan sumber yang enggan dikenali.

Menggunakan janaan komputer (CG), Young Machine memilih warna hitam yang sering digunakan model siri ZXR, manakala warna bayangan lain (biru, putih, perak dan merah) disusun mengikut opsyen yang dijangka popular.

Mengenai harga, ZX-25R dengan seragam KRT berserta ciri standard bernilai 990,000 yen (RM39,820), manakala warna lain mungkin 10,000 yen (RM402) lebih murah.  Harga tersebut jauh mendahului model pesaing dalam kelas sama, Honda CBR250RR ABS, iaitu 821,700 yen (RM33,050).

BACA >>> Kenapa Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R Boleh Menjerit Lain Macam?

MAKLUMAT RINGKAS CIRI ZX-25R

1. PANEL METER ANALOG+DIGITAL: Panel meter sama seperti Ninja 250 kecuali jarum. Panel digital pada kluster kecil takometer (rpm) menunjukkan indikator gear, manakala panel kanan memaparkan spidometer. Hendal dipasang bawah top bridge untuk pengendalian sporty.

2. PUNAT KAWALAN SEPERTI H2, ZX-6R: Punat sebelah kiri ada mod kuasa dan lain, sama seperti ZX-6R. Punat sebelah kanan ialah suis penghidup dan pemati enjin (killswitch), iaitu ciri biasa untuk model siri H2.

3. CIRI LARAS KIRI, KANAN: Tuil kiri dan kanan ada lima tetapan laras yang jarang dibekalkan pada model kelas 250cc. Jadi ini satu-satunya ciri dalam kelas dwi-silinder.

4. PEG KAKI TINGGI DAN KE BELAKANG: Material peg kaki jenis solid tanpa getah dengan posisi lebih tinggi berbanding model Ninja 250. Pemegang peg kaki jenis heksagon, dan gad tumit juga tinggi.

Peg kaki tandem dipasangkan pada rel pelana struktur trellis, manakala gad tumit memudahkan pengguna menggunakan cangkuk barangan.

ZX-25R dilengkapi frem slider heksagon yang nampak sama seperti aksesori asli Ninja 650 dan Ninja 1000.

Cangkuk barang ditawarkan pada lampu signal belakang bersama cangkuk pada peg kaki belakang untuk bawa barangan.

BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Ninja ZX-25R Baru Gear 5 Sudah 160kmj, 17,000rpm!

SUMBER: YoungMachine

4 Dapur Kawasaki Kawasaki Motor Malaysia (KMM) kawasaki ninja Kawasaki Ninja ZX-25R Kawasaki ZX-25R roda2 sportbike Sportbike Suku Liter young machine
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026

    3 Comments

    1. Gabby on 19/03/2020 22:12

      Soalannya, masuk Malaysia ke tidak? Tu Yang Penting

      Reply
    2. Jan on 20/03/2020 21:08

      betul tu. tapi kalau harga dah cecah dekat 40k, macam x berbaloi plak rasa 😀

      Reply
    3. Atiq Atiq Atiq on 21/03/2020 09:55

      Xmasuk akal harga..just 250 je..harga mampu tengok…kalau beli second hand 600cc dah boleh dapat..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.