Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kawasaki Ninja 250 Terpakai [Siri 2]: Berapakah Kos Servis Motosikal Suku Liter Ini?
Autotainment

Kawasaki Ninja 250 Terpakai [Siri 2]: Berapakah Kos Servis Motosikal Suku Liter Ini?

ZYBy ZY13/03/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIRI 1 sebelum ini, kami ada kongsikan kos cukai jalan dan insurans untuk pelbagai model Kawasaki Ninja 250 yang dikongsikan En Zul, selaku pemilik dan mekanik NPB Workshop yang berpengalaman dalam membaik pulih dan menaik taraf Ninja 250 dan model 250cc lain.

Siri 2 ini pula akan menumpukan kepada kos servis, dan perkara lain yang perlu diberikan perhatian jika anda memilih untuk membeli Ninja 250 terpakai. Ikuti sambungannya di bawah.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 Terpakai [Siri 1]: Berapakah Kos Cukai Jalan dan Insurans?


KOS SERVIS BERKALA

Bagi kos servis, terutama menukar minyak enjin, ada perbezaan kapasiti diperlukan antara Ninja 250 versi 2008-2012, 2013-2017 dan Ninja 250SL.

Walaupun semua didatangkan dengan enjin bersesaran 250cc, kapasiti minyak enjin berbeza. Sesetengah bengkel luar yang tidak maklum dengan perkara ini, akan menggunakan sukatan sama yang kebiasaannya melebihi sukatan sepatutnya. Jadi penting untuk periksa terlebih dahulu spesifikasi motosikal anda.

Bagi servis minyak enjin tanpa menukar penapis minyak (oil filter) pula, selalunya anda boleh memilih untuk membawa lebihan minyak ketika servis terdahulu. Bagaimanapun, sesetengah bengkel seperti NPB Workshop turut menyediakan pakej bayaran mengikut sukatan tambahan. Jadi terpulang kepada pilihan anda.

Adakah perbezaan kos servis jadi penentu? Nilaikan sendiri.

1. NINJA 250 (2008-12)

  • 1.8 liter, tidak termasuk tukar penapis minyak (anggaran RM29)
  • Penapis minyak RM30-40 (berbeza ikut bengkel)
  • 2 liter, termasuk tukar penapis minyak (anggaran RM89.80-RM109.80)
2. NINJA 250 (2013-17)

  • 2 liter, tidak termasuk tukar penapis minyak (anggaran RM59.80)
  • Penapis minyak RM40-58 (berbeza ikut bengkel)
  • 2.2 liter, termasuk tukar penapis minyak (anggaran RM127-RM147)
3. NINJA 250SL (2014-16)

  • 1 liter, tidak termasuk tukar penapis minyak (anggaran RM29.90)
  • Penapis minyak RM25-RM35 (berbeza ikut bengkel)
  • 1.1 liter, termasuk tukar penapis minyak (anggaran RM104.8-RM124.8)

Harga minyak enjin di atas merujuk kepada harga rasmi Kawasaki Genuine Oil: RM29.90 (Semi Synthetic) 1 liter dan RM39.90 (Fully Synthetic) 1 liter 10w-40. Berbanding pelincir lain di pasaran, harga minyak Kawasaki boleh dikategorikan sebagai mampu milik. Jadi terpulang jika mahu guna minyak enjin lain yang lebih mahal dan berkualiti kalau mampu.

Tempoh perbatuan disarankan untuk setiap servis ialah 5,000km. Bagaimanapun, memandangkan kualiti minyak enjin turut mempengaruhi prestasi jentera dan melindungi komponen lain seperti klac, jadi tempoh kekerapan penukaran sekitar 3,000km adalah digalakkan. Ini bermakna jika anda menetap di Klang dan bekerja di Petaling Jaya, tempoh menukar minyak enjin ialah kira-kira setiap 3 bulan sekali.


RANTAI DAN TAYAR

Tidak seperti kapcai, Ninja 250 dan jentera 250cc lain menggunakan rantai jenis O-ring dengan pitch 520 yang lebih lebar. Jadi, jangan terkejut kos untuk rantai dan sproket untuk jentera 250cc lebih mahal.

Memandangkan jangka hayat rantai hingga 18,000km-30,000km, pemeriksaan dan penukaran rantai, termasuk sproket perlu diberi perhatian apabila membeli motosikal terpakai.

Kos rantai, termasuk sproket ialah:

  • O-ring D.I.D, 1 set RM300-RM380, ketahanan 18,000km-23,000km
  • X-ring D.I.D, 1 set RM400-RM500, ketahanan 25,000km-30,000km

Tempoh ketahanan rantai turut bergantung kepada seberapa kerap penjagaan dilakukan. Pelinciran dan pemeriksaan rantai disarankan setiap 500km, atau lebih kerap bergantung kepada faktor jalan (berdebu atau tidak) dan juga cuaca. Memandangkan rantai jenis O-ring dan X-ring tidak boleh sewenangnya menggunakan minyak enjin terpakai sebagai pelincir, ambil kira sekali kos minyak pelincir rantai (sekitar RM30 sahaja).

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Senggara Rantai Motosikal yang Perlu Anda Ikut

Tayar pula ada banyak pilihan. Anggaran kos ialah sekitar RM400 ke atas mengikut kualiti yang anda mahukan. Seeloknya, rujuklah kedai tayar motosikal kerana mereka lebih pakar dalam hal ini.


ISU TAMBAHAN

Perkara ini agak sensitif dibincangkan, tetapi faktanya, setiap motosikal (bukan Kawasaki saja) turut mempunyai masalah tersendiri. Lebih-lebih lagi jika membeli motosikal terpakai yang sudah tidak lagi dilindungi jaminan pengeluar, dan ditambah pula kos baik pulih mahal.

Berikut antara perkara dan komponen yang perlu diberikan perhatian:

1. NINJA 250 (2008-10)

  • Berus karbon @ starter carbon brush
  • Karburetor
  • Suhu mudah naik
  • Kedap pam air @ water pump seal bocor
2. NINJA 250 (2011-12)
  • Throttle body melahu tidak konsisten (unconsistent idling)
  • Berus karbon @ starter carbon brush
  • Kedap pam air @ water pump seal bocor
  • Sensor VDS (program recall sudah dijalankan Kawasaki)
3. NINJA 250 (2013-17)

  • Koil generator @ generator coil terbakar
  • Aci engkol (crankshaft)/rod/bering mudah rosak jika selalu dilenjan
  • Koil palam @ Plug coil terbakar
  • Penegang @ Tensioner
4. NINJA 250 SL

  • Koil generator @ generator coil terbakar
  • Pam minyak @ fuel pump rosak
  • Koil palam @ plug coil merekah
  • Minyak enjin mudah ‘lesap’
  • Penegang @ tensioner
  • Panel meter masuk air
  • Kaca lampu depan mudah merekah sendiri

KESIMPULAN

Nasihat kami, kemampuan menaik taraf motosikal bukan saja patut dinilai dengan kemampuan membeli, tetapi juga servis, baik pulih dan lain-lain, terutama jika jentera itu jenis terpakai. Ramai bakal pemilik mudah terpesona dengan harga rendah ditawarkan, tetapi akhirnya kecewa apabila melihat kos tambahan yang perlu ditanggung kemudian hari.

BACA >>> Inilah 5 Realiti Sebenar Tentang ‘Superbike 250cc’ yang Nubis Perlu Tahu

Bagi pemilik jentera 250cc seperti Kawasaki Ninja 250 dan jenama lain, anda boleh dapatkan servis am seperti menukar minyak enjin, pemeriksaan injap @ valve clearance dan lain-lain di bengkel NPB Workshop, bertempat di Sungai Penchala (dekat Bandar Utama, Damansara).

Bengkel ini cuma dibuka pada waktu malam, seawal jam 8.30pm, sesuai buat mereka yang sibuk bekerja siang. Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, boleh hubungi melalui pautan Facebook rasmi di bawah ini.

KREDIT: NPBWorkshop

autotainment kos maintenance 250cc Kos Senggara Motosikal 250cc kos servis 250cc kos servis ninja 250 npb workshop roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026

3 Comments

  1. Aman on 27/06/2020 14:26

    Salam boleh ke Kawasaki zzr250 curberator nak convert ke injection…..guna injection motor ape,Kawasaki ninja 250 boleh tak?seirimg dengan rxz sekarang bernadikan injection

    Reply
  2. Nahar on 20/10/2021 11:19

    Berapa kos nak baiki masalah suhu senang naik?

    Reply
  3. Hishamudin Bin Ahmad on 13/03/2023 17:43

    Berapa anggaran kos upah tukar clutch z250. Mohon pencerahan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.