• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Inilah 5 Realiti Sebenar Tentang 'Superbike 250cc' yang Nubis Perlu Tahu

Inilah 5 Realiti Sebenar Tentang 'Superbike 250cc' yang Nubis Perlu Tahu

October 18, 2018 By ZY 74 Comments

24.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERGAYA dan mampu milik (sudah tentu selepas permohonan ansuran pinjaman diluluskan), 'superbike 250cc' seperti Kawasaki Ninja 250 dan Yamaha R25 sentiasa jadi impian penunggang muda dan nubis (newbies) yang ingin melangkah masuk ke dunia superbike.

Selalu dilihat bergaya dan berkuasa, tetapi kerap pula berlaku situasi segala mimpi indah pemilik musnah selepas kunci bertukar tangan. Buktinya, anda boleh dapatkan superbike 250cc terpakai dalam kondisi yang masih cemerlang dengan perbatuan dalam julat 3-4 angka.

Kenapa begitu cepat menukar fikiran? Adakah mereka menyesal menunggang 'superbike 250cc'? Kami akan dedahkan dalam artikel di bawah ini.

1. BUKAN SUPERBIKE SEJATI!

Nampak macam R6 ke R15 v3?

Jangan mudah terpedaya. Walaupun jentera 250cc berkongsi rupa dengan abang superbike, kerana masih dalam kategori sportbike, faktanya ia cuma motosikal dengan enjin yang sedikit lebih berkuasa daripada kapcai. Tak percaya?

Lihat beza kuasa maksimum antara Yamaha R25 (35.5hp) dan Yamaha Y15ZR (15.2hp), bezanya cuma 20.3hp sahaja, atau lebih sedikit dari dua kali ganda.

Bandingkan dengan superbike 1000cc Yamaha R1 dengan kuasa maksimum 200hp. Nah, ada perbezaan 165.5hp! Lebih 5 kali ganda di situ. Malah jika dibandingkan R6 yang cuma 600cc, pun jurang kuasa masih begitu besar, 120hp vs 35.5hp.

Jadi, jika impian anda ialah cuma untuk join rakan lain yang sudah memiliki superbike 600cc atau lebih, kemungkinan besar anda akan dikecewakan (atau dicicirkan, ini kami pasti).

2. TAK LAJU PUN!

Melainkan anda menunggang jentera Moto3, kelajuan lebih 200kmj hanya mimpi jika tiada modifikasi

Berhenti anggap semua sportbike 250cc mampu dipecut hingga 200kmj, setanding sesaran enjin dimiliki. Ini salah faham yang kerap berlaku di kalangan nubis.

Seperti disebutkan, sportbike ini cuma sedikit lebih berkuasa daripada kapcai. Walaupun sering dihebahkan sesetengah sportbike 250cc mampu mencecah kelajuan 170-180km sejam, hakikatnya kelajuan maksimum yang realistik cuma sekitar 150-160kmj sahaja melainkan anda sanggup 'cucuk angin' sepanjang masa.

Sebagai perbandingan, kapcai 150cc seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R mampu mencapai lebih 130kmj dalam spesifikasi standard. Jangan kecewa jika mereka mampu memintas motor anda di lebuh raya kerana sedikit modal modifikasi sudah cukup untuk menyaingi sesetengah jentera 250cc.

BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal

3. ALAT GANTI MAHAL?

Tak sah la naik sportbike kalau tak jatuh, kan brader?

Dari segi penjagaan dan penyenggaraan sportbike 250cc, seperti menukar minyak enjin atau tayar tidaklah begitu mahal, itupun jika anda tidak kisah menggunakan minyak enjin atau tayar bergred rendah.

'Kesakitan' sebenar terasa jika ada komponen penting rosak dan perlu diganti, tetapi tidak dilindungi insurans atau anda tidak mahu menunggu pihak insurans.

Sebagai contoh, sebuah set lampu depan sahaja mampu mencecah lebih RM1,000! Lebih mahal daripada set lampu depan (sepasang) kereta buatan tempatan! Apa jadi kalau enjin tidak boleh dihidupkan langsung walaupun bateri sudah diganti (antara masalah biasa dihadapi)? Sediakan RM1,500 untuk pam minyak atau koil magnet baharu. Rosak teruk akibat kemalangan ringan? Berdoalah perlindungan insurans anda cukup untuk menukar semua komponen yang perlu ditukar.

4. HARGA PASARAN 2ND HAND CEPAT MERUDUM

Ninja 250 ini kami jumpa dengan perbatuan masih di bawah 5,000km - kredit KHM Kian Huat

Ramai nubis menganggap tidak kisah harga pasaran merudum jika mereka memang berniat memiliki sportbike itu untuk jangka masa panjang. Tetapi memiliki, tidak bermakna ia masih boleh ditunggang.

Kebanyakan sportbike ini cuma boleh ditunggang dalam kelajuan tinggi sekitar setahun atau dua tahun pemilikan, atau kira-kira 50,000km perbatuan sebelum perlu diberi penyenggaraan menyeluruh dengan belanja kos yang bukan sedikit (tiada pakej ansurans untuk penyenggaraan OK).

Memandangkan kebanyakan pemilik sportbike sudah mengambil pakej ansuran jangka panjang melebihi 3 tahun, walaupun mereka berniat menjual sportbike mereka pada tahun kedua kerana tidak mampu menanggung kos penyenggaraan mahal, harga jualan masih tidak cukup menampung saki baki pinjaman.

Harga pasaran juga akan mempengaruhi perlindungan insurans. Dengan harga pasaran yang cepat jatuh, tetapi harga alat ganti masih tinggi, tidak hairan segelintir pemilik sportbike 250cc terpaksa menerima nasib motosikal mereka diisytihar pihak insurans sebagai 'total loss' walaupun mengalami kerosakan luaran saja.

BACA >>> Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko Yang Bakal Anda Hadap

5. WAJIB TAHU DAN BELAJAR TENTANG SERVIS, TERMASUK BAIK PULIH SENDIRI

Sesetengah bengkel turut menawarkan khidmat towing - kredit NPB Workshop

Akhir sekali, anda kena terima hakikat banyak bengkel di luar sana belum cukup mahir untuk membaik pulih sportbike, malah melakukan servis 'superbike' anda pun belum tentu mekanik biasa-biasa mampu melakukannya dengan betul.

Ambil contoh mudah, isian liter minyak enjin untuk sportbike 250cc sentiasa berbeza mengikut spesifikasi pengeluar. Sesetengah bengkel yang tidak mahir, jika tidak ditegur pemilik, akan melebihkan sukatan minyak enjin hingga menyebabkan prestasi enjin rasa lebih 'berat'. Jadi, penting bagi setiap pemilik nubis membaca dan khatam dulu buku manual servis, terutama bab penjagaan asas.

Berita baik kepada bakal pemilik pula, dengan ada media sosial seperti Facebook, anda kini boleh berhubung dengan bengkel-bengkel khas membaik pulih sportbike pilihan anda. Misalnya, bengkel NPB Workshop di Damansara ini menumpukan kepada sportbike Kawasaki Ninja 250 dan juga model Kawasaki lain yang bersesaran rendah.

Ada juga bengkel lain di luar sana menumpukan kepada model tertentu daripada Yamaha, KTM, Naza atau lain-lain.  Asalkan anda rajin membuat tinjauan, dan jangan pula terlalu berharap lokasi bengkel terletak berdekatan tempat anda.

Related

24.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: bengkel 250cc, bengkel superbike, harga market 250cc, harga sparepart 250cc, npb workshop, r25 vs y15, superbike 250cc, top speed 250cc, workshop 250cc, workshop superbike

Comments

  1. Rush says

    October 18, 2018 at 11:32 PM

    Maaf. Tapi ni satu artikel yg tidak menggunakan maklumat yg tepat dan perbandingan yg tersasar jauh.
    1. Perbandingan harus dibuat antara kategori yg sama. Tidak adil banding sportbike dengan superbike. R25 dengan R6 atau R1. Nak banding, bandingkan dengan sportbike lain contohnya XJ6 @ 78HP.
    2. Kelajuan bergantung pada jentera + owner + alat keselamatan dipakai + aksesori ditambah. Makin berat total makin slow motor. Kalau mengikut logik perbandingan penulis artikel, CBR500 pon jgn pandang pasal moto ini slow, top speed baru 187kmh.
    3. Alat ganti import sentiasa lebih mahal dari tempatan. Baik sportbike mahupun kapcai. Dan lampu depan R25 bernilai tidak sampai RM500. Tp jgn gunakan alat ganti bergred rendah, membahayakan nyawa namanya tu. Harga rendah tak apa.
    4. Harga 2nd bergantung pada populariti baik motor atau kereta. Ade je Ninja lama milage boleh tahan tp jual RM15K++. Oh ye, major service kebanyakan motor ni 40,000km - 50,000 km. Bukan 70,000 ye. Habis segala valve, gasket, trim, float, plug rosak dulu enjin sadai kalau tunggu sampai 70,000 tu.
    5. Yg ni saya sokong. Tak buat sendiri tak apa. Tapi wajib tahu kalau berlaku emergency, dah supaya tidak di tipu sesetengah kedai yg tak bertanggungjawab.

    Reply
    • ZY says

      October 19, 2018 at 12:35 AM

      Terima kasih atas komen yang bernas, penulis setuju. Tapi artikel ini ditulis bagi menjawab soalan soalan yang kami warga penulis dan reviewer biasa terima dari nubis, dengan penyampaian yang mudah difahami mereka (atau lebih mudah buat mereka tersentap.. Hehe).

      So sedikit sahaja penulis nak terangkan:

      1. Perbandingan dibuat dari sudut nubis. Percayalah, masih ramai beranggapan sportbike 250cc masih boleh ikut geng-geng superbike 600cc/1000cc berkonvoi. Sudahnya mereka terpaksa bergelut untuk terus ikut rakan-rakan superbike mereka ni. Tak dinafikan, tak semua geng SBK jenis suka tinggalkan kawan2 tapi perkara ini tidak asing. .

      2. Jujurnya, kami sendiri rasakan 160kmj cukup laju untuk sebuah sportbike 250cc. Tapi seperti point pertama tadi, komen ini dari sudut nubis yang sering membuat andaian sportbike 250cc patutnya mampu memecut lebih 200kmj. Bila diberitahu sportbike yang kami uji cuma mampu capai sekitar 160km/j, mereka sendiri mengeluh kata tak laju.

      3. Ada lebih 5 jenis sportbike 250cc di pasaran dan masih diguna pakai selain Yamaha R25 dan Kawasaki Ninja 250 dengan harga alat ganti berbeza bergantung kepada populariti. Biasanya harga alat ganti berlawanan dengan harga pasaran terpakai. Jadi bila harga pasaran terpakai rendah, harga alat ganti akan lebih tinggi. Ini peringatan kepada mereka yang memilih sportbike lebih murah tapi kurang popular.

      4. Maaf, ada sedikit khilaf semasa penyusunan ayat. Yang dimaksudkan, pemilik kurang berkemampuan akan melengahkan major service ini ke 70000km atau lebih, hinggalah motosikal mereka benar-benar rosak dan terpaksa keluarkan lebih banyak belanja rawatan.

      Reply
      • Rush says

        October 20, 2018 at 11:38 PM

        Sama tuajuan lain2 jalan. Saya faham maksud penulis dan respect tujuan artikel ni.
        Tp rasa kena ubah sikit ayat. Bukan hanya nubis berpendapat begini. Ade juga yg dah lama berkecimpung dlm permotoran tp masih beranggapan begini. Mungkin kerana kurang minat utk buat research dan pembelajaran yg betul. Ade juga yg mungkin syok sendiri.
        Mcm mana pon tahniah. Berdasarkan komen yg saya lihat, nampaknya sasaran tercapai

        Reply
      • abc says

        June 18, 2019 at 7:21 PM

        160kmh tu tak laju tu sebab penulis dah test dan review superbike selalu masuk area 190-299 sebab tu type 160kmh tu lambat

        Reply
  2. A says

    October 19, 2018 at 9:28 AM

    Salah 250 aku leh je sampai 170km or 180km.. penulis buat kajian hanya pada 1 motor??

    Reply
    • ZY says

      October 19, 2018 at 9:34 AM

      Dah test dengan GPS? Dah try dengan rider yang lagi berat? Kalau tak tunduk boleh dapat speed 170-180km/j tu?

      Sebab warga penulis dah cuba pelbagai jenis motor 250cc lah berani kata speed motor-motor ni cuma sekitar 160km/j tu sahaja. Speed GPS ok... Setakat speed meter penulis tak percaya, lagi-lagi jenama Y.

      Reply
      • rider250 says

        October 20, 2018 at 10:23 PM

        saya 170 ulsyee gps standard

        Reply
      • abc says

        June 18, 2019 at 6:44 PM

        150-160 dah laju, kalau yang cakap tak laju tu hati dia memang kering,crash 90kmh pun dah masuk icu.kalau crash 200kmh silap-silap dh boleh masuk kubur.Liter bike pun bila ada traffic jam pun slow jugak takkan terbang atas langit kot???
        (INI HANYA LAH PENDAPAT!!!)

        Reply
        • dino says

          December 3, 2019 at 10:15 PM

          Motosikal 250cc ni meternya ada yg ringan contoh zzr saya..bila meternya 180km...meter kereta dan superbike 650 baru 160km..

          Reply
    • Roy says

      March 14, 2019 at 7:09 AM

      250 kau tu y15 pun boleh kejar.

      Reply
      • pat says

        December 26, 2019 at 8:31 AM

        sportbike engine cc249 vs yamaha ysuku engine cc150..both standart..tolong share link video or ANY video ysuku dapat kejar motor250..kalau ada share no AC saya bayar anda 1k

        Reply
        • elzex says

          June 19, 2020 at 3:30 PM

          hhahahahah terserdak air kopi aku. hahahha

          Reply
  3. Jibon says

    October 19, 2018 at 11:45 AM

    Saya dah cuba test drive banyak motor bersesaran 250 cc ni. Saya setuju dengan penulis bahawa kalau pakai 250 jgn perasan nak ikut 600 atau 1,000. Mmg macam langit dan bumi. Jauh tertinggal. Sebab maximum top speed 180. Tapi bukan semua boleh dapat angka tu terutama moto yang ada cut off. 160 angka yang ideal. Itu pun kadang2 kena potong dengan Kips atau rxz. Tahniah kepada penulis kepada memberi kesedaran kepada pemilik 250 walaupun bahasa agak sinis.

    Reply
    • ZY says

      October 19, 2018 at 11:52 AM

      Terima kasih support. Bahasa kena sinis, kalau guna ayat skema kebanyakan tak baca pun..hahaha

      Reply
    • dino says

      December 3, 2019 at 10:21 PM

      Saya pernah bawa moto 250 ikut rakan yg bawa moto 650cc ke atas. Walau mereka bawa 160km sj tapi torque motosikal mereka sangat tinggi..semasa mula bergerak ketika gear dua sj mereka dah tinggal jauh moto 250 saya..akibatnya sy tertinggal teramat jauh apa lg masa mendaki..lagi tertinggal jauh..

      Reply
    • pat says

      December 26, 2019 at 8:36 AM

      cuba motor cc150 follow cc250..jauh tinggal mcm langit dn bumi..so lebih kurang le jwpnye klau motor cc250 follow motor cc lagi besar..

      Reply
    • pat says

      December 26, 2019 at 8:44 AM

      tak pernh lagi saya jumpa kips or rxz standard overtake motor cc250..melainkan engine dah operate then Mybe he can..dn mcm mana pula klau cc250 itu operate engine dan ecu..ada kah itu saja pengetahuan ANDA dlm bidang permotoran?

      Reply
    • krantau senja says

      May 27, 2020 at 11:30 AM

      aku pemilik z250 std laju 160km/j. mmg btol kata penulis, 250cc utk nubis nak berjinak2 motor besar. dapatlah rasa berat bodynya....hahaha! laju lbihkurang y15 atau honda rs150. silap2 kena tapau. kalau rxz atau kips150rr modi mmg senang2 kena tapau. sebelum ni pakai kips150rr modi ckit pun dah selamba cecah 190km/j. x pe ada rezeki upgrade cc lg besar lepas ni...huhuhu!

      Reply
  4. Botak says

    October 19, 2018 at 12:55 PM

    Salam
    Pada pendapat saya motor cc250 memang tidak laju jika seseorang pengguna itu memilih untuk kelajuan tetapi gaya tunggangan serta keseronokan mengawal motor rersebut di litar lumba halal atau haram tidak pelik rasanya cc250 boleh mengejar cc600 didalam sepang.... Ade pepatah berbunyi it not about speed it about tecnique...... Ape2 pun kawal motor anda sebelum motor yang mengawal anda hahahaa

    Reply
  5. DuaKaliGanda says

    October 19, 2018 at 2:50 PM

    Punyalah sinis ayat penulis tapi dua kali ganda pun tak faham macam mana. Hahaha.

    Reply
  6. CR250 says

    October 20, 2018 at 12:03 AM

    250cc 4 stroke lebih kurang 125cc 2 stroke ( Contoh :125Z)

    Reply
    • wan says

      December 17, 2019 at 7:18 PM

      125 17hp je bang tk laju mana. klau abg kata 250cc 4 stroke bersamaan 150cc 2stroke ada cerita la juga. mcm kawasaki double r

      Reply
  7. SalomonYensem says

    October 20, 2018 at 12:12 PM

    160km/j dah cukup laju dah
    Laju2 nak pergi mane?
    Jngan sampai aku keke kepala kau

    Reply
  8. zaini says

    October 21, 2018 at 3:10 PM

    yg penting low end torque.

    170-180kmh cukup laju dah.

    Reply
  9. oldtamer says

    October 31, 2018 at 1:09 AM

    kepada penulis saya kurang setuju dengan statement tidak laju untuk 250cc. saya memiliki kuda lama cbr250rr model mc22 yg masih dalam kondisi baik dgn 54hp (asal 45hp). top speed gps yg pernah saya dapat dalam 200 hingga 206kmh. kalau standard sebelum modified boleh dapat 185 hingga 190kmh. berat rider juga main peranan.

    Reply
    • abc says

      June 18, 2019 at 6:47 PM

      tu 4silinder memang laju

      Reply
  10. Bbbb says

    March 11, 2019 at 10:19 PM

    Itu enjin 4 silinder... Mana ada dah 250cc 4 silinder dah..

    Reply
    • Odenn says

      March 13, 2019 at 8:56 AM

      Saya setuju dengan penulis, setelah kuda jantan 250cc yg saya tunggang patah kaki nya akibat bermain dgn kuda betina. Maka si jantan itu telah sy sembelih di hari raya korban yg lalu bagi memberi laluan kuda2 jantan yg lain.

      Reply
  11. Tonga says

    March 12, 2019 at 4:58 AM

    Apapun tgk pada niat..pakai cc besar untuk apa..engineer reka motor untuk golongan yg berbagai bagai. Nak laju cc besar la..duit pun kena besar..kalau tak mampu..cc 250 sudah la..kalau dah 250..jgn la mimpi nak pecut macam cc besar...simple

    Reply
    • Samat says

      January 28, 2020 at 1:22 PM

      ini yg paling tepat... yang nak membeno kan diri. nak tunjuk saper lagi pandai pasal motor. puiihh. dah cukup baik jepun nak buat motor mampu milik. dulu x henggen dia... beli la kawasaki ninja tu .. harga mcm chiii....

      Reply
  12. Yer says

    March 12, 2019 at 9:10 AM

    Kips usang saya dah potong daa

    Reply
  13. The faster says

    March 12, 2019 at 10:32 AM

    Mungkin penulis lahir bukan pada zaman tahun zxr 250 4 inline.....yg mna moto2 seangkatan dgn dia semua top speed melebihi 2++km.....penulis seperti kurang pengalaman era pemotoran zmn kegemilangan dunia motorsikal yg sebenarnya....zmn skrg kebykkan motosikal di cipta lebih kepada profit busniss semata mata bukan utk performance dan kualiti.... contoh model 250 skrg piston pun tak cukup... frame pun besi karat....di banding kan zmn kegemilangan motosikal dahulu....model 250 dibekalkan 4 cylinder...frame hingga ke swing arm material alloy.....jika zmn dulu cc 250 org akan anggap sebuah moto yg laju....tpi zmn skrg 250 engine 1 dan 2 cylinder...ciss mirip engine mesin rumput.....pembuat hanya fikir profit shj.

    Reply
    • pat says

      December 26, 2019 at 8:49 AM

      penulis adalah newbies..pengetahuan bab permotoran agak cetek

      Reply
    • gaban says

      January 2, 2020 at 10:06 AM

      zxr 250 4 inline - meter naik 2++kmj tapi ikot gps tak sampai 200 pun (ex-owner zx2r)

      Reply
  14. Kentut says

    April 17, 2019 at 3:20 AM

    250cc adalah level 1 untuk superbike dan layak dipanggil superbike!

    Reply
  15. saila says

    June 10, 2019 at 9:47 AM

    lagi lima tahun.. geng geng kemboja bikin transport untuk jual ais krim kotak

    Reply
  16. K says

    June 14, 2019 at 7:10 PM

    Xksh la brpe bsr cc...jnji xmnysh org lain..hahhahahaha

    Reply
  17. Hafiz says

    June 16, 2019 at 6:08 PM

    Assalamu'alaikum saya memang x tahu sangat bab² motor ni. Terima kasih sangat² atas penjelasannya. Saya guna motor fz150 je,memang ada keinginan nak upgrade ke cc 250. Tapi bila baca ni rasanya rugi la kalau upgrade 250 sedangkan motor cc rendah pun boleh kejar .
    Cuma saya ada persoalan, boleh ke motor fz saya tu diupgrade untuk tambah kelajuan lagi?

    Apa yang perlu dibuat?Biasa saya bawa setakat 120/130 je.

    Jika boleh diupgrade ada ke kesan² buruk yang boleh berlaku?

    Mohon penjelasan pihak tuan.

    Reply
    • Setan says

      November 30, 2019 at 6:41 PM

      Yang paling bodoh banding kan dgn 250cc standard dgn kapcai yg dah modi ribu riban. Memang la boleh kejar 250cc bodo bodo. cuba std vs std memang berkampung kena tingal. Tolong jangan jadi bodo sape yg banding kan motor std dgn modi. Lepas tu acah king sb tinggal geng std. fvkkk. terasa p mati la hahahahah.

      250cc ni ni dapat 160kmh pun dah cun takkan kau nak 24jam full trottel ? nak mampus awal ke ? nak banding dgn sbk memang tak lepas. sbk lain spb lain kapcai lain. dh modi jng acah king dgn std buat malu je.

      dah beli moto jaga elok² servis on time. bawak elok2 jng kelam kabut. Jaga keselamatan jng nak full trottel je nanti masuk kubur cepat.

      Reply
      • setannomboldua says

        December 26, 2019 at 8:52 AM

        setan ohhh setan bahasa ko mcm setan hahahaha..

        Reply
  18. abc says

    June 18, 2019 at 6:58 PM

    apalah artikel ni cakap 250cc lambat lah kena tinggal lah, artikel lain cakap superbike mahal la ni la tu la tak boleh kawal kuasa lah apalah. kalau tak start dari 250cc nak start dari mana??? 600cc R6 ke?? kapcai pulak tangki kt bontot..

    Reply
  19. Joelan says

    August 27, 2019 at 10:39 AM

    Sy guna tnt250 je utk pegi blk keje.. 140kmj dh terasa laju ulang alik kl klang.. Berbaloi je berbanding drive kereta.. Pucuk pangkal.. Ko beli moto atas tujuan apa.. Tepuk dada tanye poket

    Reply
    • krantau senja says

      May 27, 2020 at 11:37 AM

      aku pemilik z250 std laju 160km/j. mmg btol kata penulis, 250cc utk nubis nak berjinak2 motor besar. dapatlah rasa berat bodynya....hahaha! laju lbihkurang y15 atau honda rs150. silap2 kena tapau. kalau rxz atau kips150rr modi mmg senang2 kena tapau. sebelum ni pakai kips150rr modi ckit pun dah selamba cecah 190km/j. x pe ada rezeki upgrade cc lg besar lepas ni...huhuhu!

      Reply
  20. Hamba allah says

    October 3, 2019 at 9:00 PM

    Sy nak share pndpt n pnglmn..
    wlpn ayat mcm kejam n mtk dkecam tpi good advise n guideline for rider yg plan nak upgrade dr kapcai ke sbk..
    250 laju or x dpnd pd kbrnian rider tu sndri..
    Utk yg speed hunter mmg akn ckp 250 xjlu, tpi xslh jgk utk user yg bli 250 utk riding feeling or commuting daily yg quite far..
    So pd rider yg nak upgrade ke 250 pk dlu purpose tu utk apa, jgn dah bli nnt complain serba x kena, sbb hrga bkn nye murh..
    Klu blh test ride kwn2 pny dlu is the best, feel the bike by ur self, rview kat web or utube is okay but might not meet ur requirement..
    Skdr pndgn dr sy alhamdulillah dah rse few bike, so far semua ok pd sy smua ada pro n con..

    Kriss-yamaha sukan-rxz-ninja 250r-xj6-rs150r

    Reply
    • Abang GYL says

      October 4, 2019 at 10:03 AM

      Salute!!!

      Reply
    • Azmil says

      October 27, 2019 at 7:45 AM

      Salam abg gyl.... Nk tny pendapat personal bro....mana pilihan yg wajar... Antara beli RS150 dgn Cb 250 r... Utk daily commute dlm 50-60km sehala dan kdng2 long distance utk balik kg...

      Reply
      • Abang GYL says

        October 28, 2019 at 8:07 AM

        Kalau mampu, beli cc besar lagi better. Tapi kalau setakat gerak di bandar, RS sudah memadai

        Reply
      • krantau senja says

        May 27, 2020 at 11:44 AM

        saya sokong kata abg gyl. kalau bnyk guna dlm town better rs tp psl kdng2 nak ride blik kg cbr250 boleh difikirkan jgk.

        Reply
  21. broninja says

    October 31, 2019 at 5:16 PM

    Betul anggaran kelajuan oleh penulis tp meter ninja 250 saya ikut belakang yamaha lc meter dia 130 meter motor sye baru 100 kmh dan ada motor kapchai yg dah terasa laju sangat 180kml bila ikut sebelah baru 140 jew jadi pada saya kesimpulannya mana yg rasa 250 dengan kelajuan 160-170 tu tak laju cuba la bawak sendiri dengan rxz 200kmh pun pasti tak mampu potong lg itu pengalaman motor sye lah

    Reply
  22. Ridernubis says

    December 9, 2019 at 8:36 AM

    Sory pertanyaan nubis..... Berapa kos bagi major servis bagi cc 250 nie...??

    Reply
    • setannomboldua says

      December 26, 2019 at 8:59 AM

      bajet mcm belanje awek sebulan amount yg lebih kurang...

      Reply
  23. shah says

    January 3, 2020 at 5:32 PM

    Yang penting torque..bawa CC besar sebab torque padu. kalau kau bawa 200kmh dalam masa 1/2 jam direct tanpa slow. Boleh la try apply moto GP

    Reply
  24. Wfy says

    January 23, 2020 at 8:31 PM

    Asssalam

    Saya pemilik r25. Saya pilih r25 sebab minat dan baru nak berjinak2 dgn moto besar walaupun bermula dgn 250cc. Skrg masih belajar teknik, insyallah lg 4 or 5 tahun akan upgrade. Saya gunakan r25 utk cari rezki, kdg2 outstation ride sorg2, sje nak feel, kalau dah suka ride..sorg2 pon jadi kan..hehe
    Dari segi pendapatan, sy mmg mampu utk beli cc besar.. Tp nnt dlu lah.. Slow2.

    Kalau.kat hway, rr , rxz, lc, y15 nak potong,.potonglah..kalau nak cucuk2 aku, mmg aku x layan. Sbb awal2m aku dah baca doa naik kenderaan, dan ride cari rezki. No point utk test spe laju.. Hmmm..apa aku bebel ni.. Haha..

    Btw, enjoy ur bike, enjoy ur ride.. Ride with passion.. Eventhough, european rider also enjoy 250cc without prejudice.. Depend on your interest.. Maaf salah silap ya 😁

    Reply
  25. Razlan Al Haj says

    January 28, 2020 at 12:56 PM

    Artikel yang banyak membantu. informasi yang sangat berguna. memberikan kiter alasan untuk memikirkan kembali sebelum membeli yang baru atau terpakai. Persoalan saya terjawab, kenapa motor yang baru dibeli dengan jumlah penggunaan baru 1000km dah ada kat kedai ah seng? berapa harga ah seng amek? Ah seng boleh jual dengan harga belasan ribu? ah seng x amek untung kah... baiknyer.
    Bila motor indah khabar dari rupa, tak sampai maksud dan cita-cita yang digambarkan. sebelum aku rugi.. baik x yah beli . tqvm bro ... x kesah klu y suku potong r25 ni.. aku bimbang e kali lima potong .... sedih wei....

    Reply
  26. Donia says

    February 20, 2020 at 6:41 PM

    Selera dan pendapat masing-masing
    Pakai motor apa pun yang penting toksah belagak
    Kalau pakai motor besar,tapi sentap kena potong dengan ex5,mintak doa banyak2 diberikan ketenangan dan rasa syukur dan enjoy dengan apa yang ada😁✌🏻
    Masalah jiwa tu kalau kuat compare2 ni

    Reply
  27. Abg tzr says

    May 24, 2020 at 7:21 PM

    Saya pakai motor tahun 1991. Yamaha TZR 250 3xv. Hp boleh google dalam 50hp je. Motor ni top speed mmg takde la kemana takat 180km/h. Saya suka motor ni sebab pick up dia saing2 600cc kalau battle traffic light ke traffic light la (400m). Dalam KL takat follow superbike punya pick up tak jadi masalah. Kalau highway nak maintain follow superbike mmg sakit.

    Reply
  28. sinjon says

    May 25, 2020 at 8:31 AM

    Kalau nak laju cari nsr 250 atau tzr 250.kalau 2 bijik moto ni ade yg kate tak laju jugak tak tau la nak kate ape.sorry kalau ade yg tak setuju 😇😇

    Reply
  29. Aerospace Engineering says

    May 26, 2020 at 10:03 AM

    Point penulis ingin memberi tahu ialah pada tahap engine in cruising kelajuan 200kmh dapst dicapai. Sekiranya engine di stress utk capai kelajuan, mmg tak tahan lama engine.. gearbox.. wheel bearing.. chain. Mmg 150 atau 250 dapat capai 180 tapi pada tahap maxima engine dan kadar stress. Dari sudut engineering stress yield factor penting untuk engine tahan lama.. i.e. kadar kepanasan yg berpanjangan dan effect pada metallurgical state engine block... molecule metal akan lemah. Jadi bukan faktor kelajuan sahaja yg perlu di lihat tapi dari sudut kejuruteraan.

    Reply
  30. Proud 250 rider says

    May 28, 2020 at 1:20 AM

    Penulis ni antara geng kapcai yang tak mampu nak beli 250 ke?hahahaha.pastu yang modi ysuku sampai naik 30hp.pakai la full throttle ysuku ko tu.tengok berapa lama sebelum enjin berderai.orang beli moto baru sebab tahu sejarah dia.kalau moto second 250 harga 8 ribu memang ada tapi ntah dah rendam air laut.ko beli lah.haha

    Reply
    • AO says

      May 29, 2020 at 11:20 AM

      Masalahnya, penulis ni memang pakai sportbike suku liter 😆

      Reply
  31. ZY says

    May 29, 2020 at 4:28 PM

    Haha... Dah pakai, dah merasa tergolek kat corner, dah merasa tunggu 3 bulan claim insurans, dah merasa test single cylinder, twin cylinder, empat silinder, dah lama tak bawak kapchai, alih2 dikatanya penulis geng ysuku 😅

    Reply
  32. Z says

    June 13, 2020 at 1:37 PM

    Boleh bagi cadangan rider semua? Saya nak beli motor 250cc untuk ulang alik kerja dari Seremban ke KL. Tak berniat nak join ride ke apa. Sesuai tak motor 250cc untuk ulang alik? Dan motor apa yang sesuai untuk perjalanan jauh? Terima kasih.

    Reply
  33. Burung Antu says

    October 8, 2020 at 2:07 PM

    160kmj jer? ok lah tu.. cc pun baru 250 bukannya 600 ke 1000 cc pun kan? tp memang betul apa pandangan penulis ni. dia nk mberi amaran utk para nubis (sportbike) supaya mereka ni nanti tak merasa menyesal dgn sportbike 250cc mereka yg kononnya mengidam mampu mcapai kelajuan 200kmj ke atas. di thn 2020 skrg dh berlaku perubahan utk sportbike 250cc dn sdh tentu 160kmj itu utk model² yg sbelumnya.. 190kmj sdh bukan mimpi lagi.. tp, kalo anda rasa anda berkemampuan bagus sja korang angkat SUPERBIKE.. pendek kata, kelajuan ikut kemampuan..😂😂😂

    Reply
  34. Nedrozz says

    January 27, 2021 at 12:13 PM

    Kalau kat tempat aku.....cc250, cc600, cc1000 semua sama saja......paling laju ko org bawa pun 120kmsj....cuba lah rempit kat tempat saya.....instead of Pan Borneo, it is Pain Borneo....cubalah bawa cc1000 kat tempat saya...... samada Superbike or Sportbike tersadai atau diri sendiri tersadai. Peace No war...hahaha

    Reply
  35. KJ says

    February 19, 2021 at 3:24 AM

    Kat borneo pakai untuk bergaya n santai ok la...lebih sesuai guna touring....

    Reply
  36. Mamat Chopper 250cc says

    May 16, 2021 at 12:24 PM

    Saya pemilik chopper 250cc.

    Memang betul macam tulis diatas.

    Tambah lagi satu:
    Geng chopper yg 500cc keatas memang tak layan le 250cc. Angkat lambai tangan pun tak balas. Hinanye rase saya. Takpe la. Ade je duit nak beli 1000cc. Saje pakai 250cc.

    Reply
  37. Atika says

    October 2, 2021 at 12:44 PM

    Kalau perempuan sesuai sportbike macam mana?

    Reply
  38. ZY says

    October 2, 2021 at 1:02 PM

    Ikut yang mana berkenan. Biasanya perempuan ni cerewet, mana yang dia berkenan itu la yang terbaik untuk dia.

    Tapi objectively, pilih yang senang nak pijak jalan walaupun sebelah kaki. Try naik dulu, sebab lebar seat pun mainkan peranan. Ada motor rendah tapi seat lebar susah nak pijak lantai, ada motor tinggi tapi ramping tak de masalah nak menapak. Ni memudahkan untuk handle motor dekat traffic light atau mencelah dalam jalan jem dalam masa sama kurangkan risiko kemalangan. Selebihnya terpulang nak pilih motor mana yang berkenan. Ada beza beli motor ikut pilihan sendiri daripada dengar kata orang lain.

    Reply
  39. Kufendi says

    October 4, 2021 at 11:24 AM

    Sebenarnya, untuk keselamatan para nubis yg mahu bejinak dgn dunia jentera laju, perlu start dari bawah misalnya 250cc ni. Bg pengguna baru terus melonjak cc besar misalnya 600-800cc terus amat bahaya segi pemanduan kelajuan. So start dari bawah upgrade cc bila dah mahir pemanduan. Jgn terlalu yakin anda mampu mengawal jentera yg laju klau belom penah bawak.

    Reply
  40. user says

    February 15, 2022 at 11:55 PM

    penulis ni newbies sangat pengetahuan alam permotoran. 250cc xkanlah nak speed sama dgn 600cc. pastuh compare dgn kapcai yg dah modi pulak, 4 stroke vs. 2 stroke. macam sembang budak².

    Reply
    • AO says

      February 21, 2022 at 12:21 AM

      Sedara yang tak faham membaca ni. Penulis cuma jelaskan salah faham sesetengah penunggang yang anggap motosikal 250cc power gila. Faktanya, ia masih dalam kelas enjin rendah.

      Reply
  41. Knightrider says

    May 11, 2022 at 9:22 PM

    Banyak faktor n kelebihan lain motor sportbike berbanding kapcai. Kalau dlm kepala pikir top speed jee susah lah. X cerita plak pasal handling, keselesaan, keselamatan, cruising speed atas highway, tank besar, brek abs, x lenguh badan-2cylinder less vibration, pickup. Byk faktor lain sebab apa org ambk 250/sportbike. Bkn nya nak kejar top speed jee. Kapcai mody mmg leh sampai 150-180 tapi boleh ker maintain/lock speed tu sepanjang highway?

    Reply
  42. Azlan says

    June 17, 2022 at 6:59 AM

    aku sorang saja ke yang berani bawa maksimum 120kmj walaupun performance motor lebih dari tu? Biar pun kapcai nak potong silakan sikit pun jiwa tak tercabar. Nyawa dan masa depan anak isteri lebih penting bagi aku.

    Reply
  43. acap says

    April 29, 2023 at 11:44 PM

    KO MAIN HENTAM JE ACAH ACAH JE .. MEH AKU PELEMPANG KO . XTAU TAHU XYAH BERLAGAK TAHU .. CAKAP MACAM BUDAK BUDAK BARU NAK BERLAJAR MENIPU MAK AYAH ..CERITA KO SEMUA XDE YG BETUL . 250CC 150-160 KMH ?? MEH AKU TUNJAL KEPALA KO ..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev