Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Ninja 250 Terpakai [Siri 1]: Berapakah Kos Cukai Jalan dan Insurans?
Auto Terkini

Kawasaki Ninja 250 Terpakai [Siri 1]: Berapakah Kos Cukai Jalan dan Insurans?

ZYBy ZY12/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA anda yang mahu menaik taraf motosikal sedia ada kepada kelas 4-lejang 250cc, Kawasaki Ninja 250 ialah antara pilihan paling popular.

Selain rekabentuk memikat, sebab utama lain ialah harga mampu milik, terutama sekali model terpakai yang boleh didapati sekitar RM10,000. Malah ada dijual lebih murah bergantung kepada tahun keluaran dan juga kondisi. Berbanding kapcai 150cc berharga sama, Ninja 250 walaupun sudah berusia, masih mampu dikerah lebih laju daripada had kelajuan kebangsaan, tanpa memerlukan sebarang modifikasi.

Tetapi ingat, mampu membeli belum tentu mampu ‘membela’. 😅

Sedar tentang isu kos servis dan pemilikan akan menjadi kejutan buat bakal pemilik baharu jentera 250cc, kami bertanyakan kepada En Zul daripada kelab motosikal Ninja Puchong Bikers. Beliau ialah pemilik dan mekanik utama bengkel NPB Workshop yang berlokasi di Sungai Penchala (dekat Bandar Utama, Damansara), dan sangat berpengalaman dalam membaik pulih dan menaik taraf Ninja 250 dan jentera 250cc lain.

Berikut beberapa perkara disenaraikan beliau, yang perlu pemilik atau bakal pemilik 250cc ambil tahu.

BACA >>> #TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) – Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?

KOS INSURANS DAN CUKAI JALAN

Kos cukai jalan ialah tetap, iaitu RM50 setahun untuk motosikal bersesaran 250cc. Bagaimanapun, jumlah insurans yang perlu ditanggung berbeza mengikut harga pasaran semasa. Bagi Ninja 250 terpakai, ada 4 model utama seperti senarai di bawah ini dengan tahun keluaran bermula 2008. Jadi, harga semasa dan insurans boleh jadi sangat berbeza satu sama lain.

Kami menggunakan kalkulator online daripada laman Autoworld.com.my sebagai rujukan utama. Memandangkan kos baik pulih jentera 250cc lebih mahal berbanding kapcai, kami gunakan tetapan insurans komprehensif pihak pertama @ 1st party dan all riders kerana pilihan ini lebih selamat sekiranya berlaku kecelakaan dan kerosakan tidak diingini.

1. NINJA 250 (2008-10)

Harga Pasaran Terpakai: RM5,000 – RM7,000
Kos Insurans Setahun + Cukai Jalan: RM423 – RM476

2. NINJA 250 (2011-12)

Harga Pasaran Terpakai: RM6,000 – RM9,000
Kos Insurans Setahun + Cukai Jalan: RM450 – RM528

3. NINJA 250 (2013-17)

Harga Pasaran Terpakai: RM10,000 – RM14,000
Kos Insurans Setahun + Cukai Jalan: RM555 – RM660

4. NINJA 250SL (2014-16)

Harga Pasaran Terpakai: RM6,000 – RM9,000
Kos Insurans Setahun + Cukai Jalan: RM450 – RM528


KESIMPULAN

Harga dinyatakan di atas ialah anggaran kasar dan mungkin sedikit berbeza bergantung kepada faktor lain seperti nilai diskaun tiada tuntutan (NCD), harga pasaran semasa yang tidak tetap dan lain-lain. Bagi model naked seperti Z250, dan Z250SL), harga terpakai lebih murah, iaitu sekitar RM1,000 – RM1,500 berbanding model fairing.

Apa yang penting, kami harap anda faham kos baik pulih jentera 250cc ialah lebih mahal dan kadangkala boleh melebihi nilai motosikal tersebut. Jadi, pilihlah perlindungan insurans terbaik selagi anda mampu. Sesetengah pihak insurans seperti Alliance menyediakan pakej khas iaitu Bike Warrior untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi yang anda boleh baca butiran pada pautan di bawah.

BACA >>> 5 Sebab Kenapa Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Wajib Beli Insurans Bike Warrior

Itu saja buat masa ni untuk SIRI 1. Nantikan SIRI 2 tidak lama lagi yang kami akan senaraikan pula kos servis dan penjagaan yang lebih panjang dan terperinci.

KREDIT: NPB Workshop

autotainment kos maintenance 250cc Kos Pemilikan Motosikal 250cc kos servis 250cc kos servis ninja 250 npb workshop roda2 tahukah anda
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Corolla Cross 2026 Untuk Jepun – Edisi khas Z Adventure ulang tahun ke-60, lebih banyak ciri standard

02/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

02/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

02/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.