Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: Satu Daripada Lima Kenderaan Jual Di India Ada Bumbung Suria
Autotainment

Kajian: Satu Daripada Lima Kenderaan Jual Di India Ada Bumbung Suria

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SETIAP satu daripada lima unit kenderaan yang dijual di India pada ketika ini hadir dengan ciri bumbung suria. Segmen yang menjadi penyumbang utama trend iatu ialah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Pendedahan itu dikongsi firma penganalisis data automotif, Jato Dynamics India menerusi kajian yang dijalankan dan hasil penemuan adalah seperti berikut:

  • SUV merangkumi lebih 50 peratus daripada jumlah kenderaan berbumbung suria dijual di India antara Januari hingga Jun 2021. SUV ialah penyumbang utama kepada trend bumbung suria.
  • Inovasi dalam teknologi kaca ditambah dengan serta citarasa dan keselesaan pengguna juga menyumbang kepada pertumbuhan jualan bumbung suria.
  • SUV bawah harga 1,000,000 rupee  (RM56,752) juga ada bumbung suria.

Antara kenderaan SUV mampu milik dilengkapi bumbung suria ialah Tata Nexon, Kia Sonet, Hyundai Venue, Ford EcoSport dan Honda WR-V.

Selain itu, bumbung suria juga ditawarkan bersama model lebih mahal seperti Hyundai Creta, Kia Seltos, Tata Harrier dan MG Hector. Mahindra XUV700 dikatakan mempunyai bumbung suria paling besar dalam segmen SUV.

BACA >>> Jalan Raya Tertinggi Dunia Kini di India, Bukan Lagi Bolivia
BACA >>> Pusingan U Terbesar Dunia Ada di Lebuh Raya Pergunungan China

Pekongsi Grant Thornton Bharat LLP, Sridhar V berkata:

“Bumbung suria ialah salah satu ciri yang ada pada kenderaan mewah tetapi ini, ia mula mendapat tempat dalam rangkaian produk SUV dan semakin berkurangan dalam segmen kereta saiz sederhana atau besar.

“Ia membantu seseorang pemandu untuk menikmati (suasana persekitaran) pada awal musim panas atau musim bunga di negara beriklim sejuk.

“ Hari ini, orang melihatnya sebagai ciri premium. Memang ia ada menambah kos tetapi juga sebagai ciri menarik membantu lebih banyak cahaya menerangi kabin selain udara masuk tanpa bunyi bising.”

Pakar industri automotif India, Avik Chattopadhyay menyatakan bahawa bumbung suria ialah ciri gaya hidup premium di India tetapi tidak beri manfaat berguna disebabkan faktor iklim.

“Malah ia mengurangkan kecekapan penyaman udara disebabkan haba panas yang masuk dari bahagian atas bumbung. Orang suka memiliki ciri itu untuk menunjuk-nunjuk, memandangkan kita pun boleh lihat kanak-kanak keluar dari bumbung untuk menikmati perjalanan.”

Beliau menambah, faktor lain menyebabkan lebih banyak kenderaan berbumbung suria ialah ia dijadikan ciri standard pada model SUV. Malah, jika pengguna tidak mahu ciri tersebut, harga mungkin lebih mahal.

“Banyak jenama (pengeluar automotif) terus mengekalkannya dan memasarkan ia sebagai satu ciri gaya hidup premium.”

Pakar-pakar industri percaya bumbung suria tidak mempunyai sebarang fungsi dalam suasana iklim di India. Mereka cuma menampakkan kenderaan sebagai lebih premium dan itu disukai pembeli.

SUVs are driving the growth of #sunroof. One in five cars sold in India has a factory-fitted sunroof. The #penetration in the #SUV category is higher. Innovation in glass technology and demand for comfort and convenience are driving the increase in sunroof #sales. pic.twitter.com/wz5zILtVgy

— JATO Dynamics India (@JATOIndia) August 24, 2021

BACA >>> Kajian: Jualan Kenderaan Baharu Merudum, Pemilik Lebih Suka Guna Kereta Sedia Ada
BACA >>> Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
BACA >>> Kajian: WHO Cadang Halaju 30kmj untuk Kawasan Bandar
BACA >>> Kajian: 4 Juta Pemandu UK Mengaku Pernah Terlelap Ketika Memandu

SUMBER: CarAndBike

Avik Chattopadhyay Jato Dynamics India Sridhar V
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.